Friday, March 25, 2011

Inilah Kehidupan.


Assalamualaikum. Rehat sekejap. Penat rupanya mengisi borang-borang yang melambak tu. Dah la asyik tersilap. Memang menguji kesabaran. Fuuh~..

Menulis lagi saya.


PENDAPAT

Sahabat-sahabat sekalian,

Kadang-kadang dalam hidup ni kita kena buat keputusan memilih antara dua perkara yang kita nak, yang sebenarnya kalau boleh kita nak dua-dua sekali. Saya mintak maaf kalau olahan saya kali ni agak membosankan (macamlah biasa tu menarik sangat), tapi untuk kali ni biar lah saya menulis secara direct ok.

Dan memang, anda, saya atau dia suka atau tidak, terimalah yang kita perlu lepaskan salah satu. It's the fact of life.

Itulah pengorbanan bukan?

"Umat Islam kena berjiwa besar. KITA kena berjiwa besar", kata abang Hanif.

Betul. Saya tak salahkan dia. Tapi manusia punya pilihan salah satu saja, bukan dua-dua. Ada benda yang kita boleh dapat, ada benda tidak. Saya tak kata itu untuk melimitkan usaha. Usaha(no issue), kena maximum. Bahkan kita sendiri yang mengukur tahap usaha kita. Terpulang pada anda. Turutkan nafsu, anda rugi. Malas? Dunia tak akan pernah rugi apa-apa.

Ingat, jangan sebab mengejar kedua-duanya, yang dikendong berciciran, lantas masuk ke longkang, yang dikejar pulak lari makin jauh.

Sangat jauh.

Heh. First time ada peribahasa Melayu. Bagus Aiman, ada kemajuan..



Anda faham kah? Minta maaf lah. saya tulis benda yang memang boleh difahami tapi agak susah. Cuba baca lagi sekali.

Making desicions are occassions that you must meet in life. That is why Allah created us as humans. It's because we're given the ability to choose, right or wrong, bad or good, using the glasses of the Quran and the Sunnah. In fact we're not just to choose between which is white or which is black merely, but which is white and which is much WHITER.

WHITER doesn't mean SUPERIOR. It means BETTER, in some means, some perspective, which you choose..

And what ALLAH shall choose for you.

"Don't aim too high or you'll fall dead hard"

another quote from a blog I just pass by.

Itu dah kes lain taip saya tak mahu ulas.

KENAPA DENGAN SAYA?

DQ atau OVERSEAS.

MINAT dan KERJAYA yang tak selari.

Dilema nih, heh. Tolong la angkat kepala saya sikit kalau boleh ye. ^_^

Wednesday, March 23, 2011

SPM 2010

"Ini cuma permulaan.. perjalanan masih jauh," kata Ustazah Zaidah, guru kelas saya.

Sebelum keputusan diumumkan pun saya sudah fikirkan benda ni jadi saya semacam tak kisah sangat apa yang saya bakal dapat. Tapi setelah keluar result SPM selepas itu, saya mesti katakan yang saya sangat bersyukur pada Yang Maha Esa dan Maha Bijaksana.

Memang rezeki.

KEMENANGAN

Saya tidak 'kalah' lagi kali ini. Meskipun hati saya kuat mengatakan yang saya akan kalah sebelum keluarnya result tadi. Tapi apa pun Allah lebih mengetahui.

Mungkin apa yang saya rasakan ini agak pelik tapi saya juga ingin merasakan kekalahan sekali-sekala(ya, bukan pada result SPM la yang pastinya), tapi masih belum berpeluang.

Bukan apa, kadang-kadang orang yang tak biasa kalah ni tak belajar dan tak cukup matang. Kerana sebenarnya kekalahan itu yang banyak mengajar kita.

Fikir-fikir balik, dengan result yang sebagus ini, saya tetap boleh KALAH...

Sekiranya saya gagal BERTERIMA KASIH pada yang berhak menerimanya..

Allah

MakAyah

Guru

Kawan

Semua orang.

Bukan kejayaan saya. Ia kejayaan KITA. Terima kasih, semuanya.

Sunday, March 13, 2011

11.3.2011


Sekejap lagi saya hampir pulang ke DQ. Sebelum tu ingin ke fair MARA. Pagi ni menulis kejap. Entah kenapa tergerak.
Jumaat hari tu selepas test JPJ saya tengok tv di sebuah restoran. Gempa bumi. Di Jepun. Pehh..saya antara yang terawal yang tahu. Saya tengok gitu-gitu saja so saya ingat mungkin biasa kot. Yelah.. Jepun kan, memang biasa la kena gempa.

Masuk-masuk kereta, cikgu driving saya cerita.

"Jepun kena gempa bumi eh?"

"Ha'a. Tadi ada gak saya tengok kat tv."

..bila time dia sebut pasal magnitude, saya terkejut.

Beragak ah.. 8.9 kot. Besar sangat tu.

BILA NEGARA HEBAT 'TEWAS'

Jepun merupakan negara yang sangat maju. Saya tak perlu sebut anda juga sudah tahu. Jadi, saya tidak risau bagaimana mereka perlu menghada
pi gempa ini dan tsunami itu, tapi sehingga ke hari ini, Allah tahu betapa saya silap menyangka sebiasa mana gempa ini. Ia terlalu hebat. Terlalu azab. Terlalu perit untuk mereka.

Ia Bala yang besar.


PABILA KITA TIDAK MELIHAT TUHAN

Untuk pengetahuan anda, 70% daripada rakyat Jepun menolak tuhan. Mereka hidup tidak beragama. Jika anda peminat anime, anda biasa menonton anime, anda bakal lihat bagaimana mereka menonjolkan mesej menolak tuhan dalam cerita-cerita mereka. Bukan sekadar anime, bahkan dalam media mereka juga begitu. Pastinya, mereka tidak menyuratkannya tetapi menyiratkannya. Saya menonton Gundam 00 saja sudah cukup membuat minda saya berfalsafah dan mesej 'dunia tanpa tuhan' itu sampai. Tapi saya bukan mereka yang bodoh, menerima tanpa menilai. Saya menyaring dan memilih kerana mereka punya mesej yang bagus juga jika anda pandai mencarinya.

Orang Jepun bekerja untuk dunia. Bagi mereka dunialah segalanya. Jadi apa sahaja yang mereka ingin buat mereka buat sehabis dan sebaik mungkin. Kerana itu mereka maju. Saya berani saja kata mereka tidak percaya tentang kehidupan selepas mati, hari akhirat apatah lagi tentang tuhan sepertimana kita percaya. Tapi cuba kita persoalkan diri sendiri, kenapa mereka boleh sehebat itu dan kita tidak?

Sedangkan kerana Tuhanlah kita boleh maju. Kerana Tuhanlah kita menjadi hebat. Kerana Tuhan kita menjadi sungguh-sungguh.

Kerana kita punya SEBAB untuk mencapai kecemerlangan.

Itu beza kita dengan mereka.

BUKAN SEKADAR KERUGIAN BIASA

Tsunami yang melanda Jepun bukan semata-mata memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa.

Tadi saya mencari statistik tentang negara yang mempunyai kadar bunuh diri yang tertinggi. Saya tahu Jepun salah satu negaranya tapi saya sengaja juga mencari. Sebenarnya bukan saya kalau suka mencari statistik-statistik ni. Tapi mudah sangat saya jumpa maklumatnya. Jadi, saya ingat saya ingin kongsi dengan anda.

Nombor 5. Mereka di tangga ke 5. Lagi mengungguli (yang agak maju negaranya) ialah Korea, Utara atau Selatan saya tak pasti. Yang saya pasti bila statistik mengatakan 5, itu sudah cukup parah bagi saya.

Kerana mereka bekerja untuk dunia, maka apabila mereka putus harapan padanya mereka mencari jalan penyelesaian dengan membunuh diri.

Apa kaitannya dengan tsunami ini?

Anda bayangkan..

Bila tsunami menimpa,

Keluarga tersayang terkorban.

Harta benda musnah.

Kos pemulihan tinggi.

Ekonomi merudum.

Mereka hilang pekerjaan.

Kalau ada yang survive sekalipun, mereka seolah-olah sudah tiada apa-apa.

Lalu ramailah yang akan membunuh diri lagi.

Sebab itu saya cakap, ia bukan semata-mata bala fizikal tapi ia akan menjahanamkan teruk semangat rakyat Jepun untuk terus hidup.

Sebabnya mudah: MEREKA TIDAK PERCAYAKAN TUHAN. kerana sebenarnya Tuhan adalah harapan di kala kita rasa seluruh dunia telah menimpa diri kita.

Ingat sahabat-sahabat, they had theirs, and we may have ours, IF we don't hold on to what we have to..



GOD.

Be prepared.

Thursday, March 10, 2011

Seni Mengubah Manusia

*sigh* hmm.. saya bangun awal pagi ini. Kebosanan, saya pun bukakla pc ni kejap.

Hari ni mereka ada ajak pergi MidValley tapi saya malas. Katanya tengok HMM..huh..saya pun tak tahu apa benda hmm tu asal-asal nya tapi last-last baru dapat figure out. anyway, not my kind of taste la cerita-cerita macam tu.

Kesannya, saya melangok lagi di rumah. tu yang tergatal nak menulis lagi tu.

KISAH

Saya teringat satu kisah yang abang amirul ghani cerita di dq semasa salah satu diskusi ilmiah kami. Dia bercerita tentang pengalaman dia di dalam sebuah train KTM di mana dia terlihat sepasang couple ni ada buat benda tak senonoh. Agaknya buta sungguh mereka pasal abang amirul tengah pakai kopiah rasanya. common la beb, respect la skit ustaz tu..

Abg amirul tanya kami apa yang kami buat kalau kami berada dalam situasi dia tu. Mula saya pk panjang juga nak jawab sebab jarang juga saya dapat situasi begitu. hm.. fikir punya fikir.. fawwaz zuhaili lah jawab.. katanya guna cara sindiran/non-direct. saya setuju sangat. kena buat gaya cam perli sket la.. macamana? bukan tu point saya sekarang.

Abang amirul mengulas:

"kalau ana, ana tak tegur."

kami tersentak sepuluh saat. Dia sambung.

"bagi ana, bukan salah dia dia tak rasa malu nak buat macam tu. bagi ana dia TAK FAHAM. Kita golongan yang faham. cuba kalau kita tegur direct time tu, atau kita buat macam fawwaz cakap tadi sekalipun, silap2 dia jawab

kau siapa, sibok2 hal orang?! aku tak kacau hidup kau dah kira baik lah we!


..jadi diam saja ke bang?, kami menyoal, muka cukup tak puas hati.

"sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, hadis nabi S.A.W. man ra'a minkum munkaran itu disusuli dengan lafaz falyughayyirhu sama ada melalui tangan (kuasa), lisan dan terlemah, hati. Falyughayyirhu jauh sekali bermaksud mencegah. Ia bermaksud MENGUBAH. kita kena ingat tujuan kita berdakwah ialah mengubah bukan sekadar mencegah."

..kerana itu kita menanam faham, sebelum kita mengharap perubahan. dakwah bukan seperti melangkah sekali untuk sampai ke destinasi tapi memikirkan bagaimana kita perlu melangkah, biarpun seribu kali, biar seribu abad lagi, moga destinasi kita tidak tinggal fantasi semata.

KERANA MAKHLUK YANG BERNAMA 'FAHAM'

Dalam diri manusia ada satu elemen yang cukup mengawal tindakannya. Elemen tersebut adalah faham. Saya tidak menjamin kerana faham manusia akan bertindak tapi jikalau mereka bertindak bermakna mereka sudah faham.

Kenapa rakyat Mesir menentang pemerintahan Husni Mubarak?

kerana mereka FAHAM kenapa mereka tidak sanggup lagi ditindas.

Kenapa hari ini Pro-M banyak menguasai politik kampus?

kerana mereka FAHAM yang mereka inginkan perubahan dalam pemerintahan.

Kenapa rakyat Libya masih belum berputus asa menentang Gaddafi sehingga kini?

kerana mereka FAHAM pemerintahan yang zalim itu lebih di kutuk daripada pemerintahan yang mengabaikan Islam.

Kenapa Gaza sehingga kini masih di tangan Islam?

kerana HAMAS FAHAM dan yakin akan pertolongan Allah dan perjuangan islam sebenar.

Kenapa Maher Zain mampu berubah sehhingga menyebabkan fenomena yang cukup luar biasa?

kerana dia telah MEMAHAMI Islam, mungkin lebih baik daripada kita.

DAKWAH ITU SATU SENI

Dakwah bukan satu urusan ibadah yang khusus. Ia satu perjuangan. Ia ibadah tapi ibadah umum. Tidak menggunakan jalan nabi memperjuangkan Islam saya tidak merasakan ia bid'ah kerana, Islam itu bergantung pada zaman. Ada yang thabat, ada yang murunnah. Yang pasti dakwah itu murunnah. Fleksibel.

Jadi ingat, biar berjuta wasilah kita, matlamat kita tetap satu -Syariat Allah tertegak. Selagi cara kita tidak melanggar nas2 qat'ie dalam Al-Quran, kita tak patut menyempitkan kemampuan akal untuk memperkembangkan Islam..

dan berdakwah.

moga post ini bermanfaat buat semua. InsyaAllah.

Monday, March 07, 2011

Generasi Sampah

Berjalan. Melihat dunia. Masyarakat. saya pulang baru-baru ini tidak duduk rumah. ada saja eventnya. sibuk.

Pasti, bila melihat masyarakat mesti melihat manusia. setiap wajah yang saya lihat, saya fikir, inikah dia generasi sampah yang Abg Marwan maksudkan. Takut sungguh saya kalau ia benar. Kerana ia terlalu banyak.

Sangat banyak.

GENERASI SAMPAH?

Sahabat-sahabat, saya melihat dunia dari kacamata yang tak pernah berselaput. Saya tak suka berlapik bila menilai. Cukup puas saya berjalan cuti ini dan cukup puas saya melihat generasi Malaysia yang cukup kita banggakan. katanya modal insan. katanya minda kelas pertama. katanya lagi, pemimpin bertaraf dunia.

Saya kata - itu semua retorik belaka.

DI MANA TUJUAN KITA?

1 - Kuala Lumpur, 2.30 pagi - Sekumpulan remaja kelihatan menari-nari di tengah jalan. cukup gembira tapi cukup gila. Mana taknya, puas sudah meneguk 'najis' itu.

2 - Sebuah padang futsal, 12.00 tengahari - Kelihatan remaja bermain. Bersilau-silau kaki mereka.. eh.. bukan kaki tapi kepala. Kepala lutut.

Oh, seluar pendek rupanya.

"Assalamualaikum syeikh, geng kau ke semua tu?"

"Ha'a. Kenapa?"

"sekolah mana?"

"*****"

"oh, sekolah agama tu ya?"

..hm.Bagus sangat la tu.

3 - Dalam KTM, 11.30 pagi - Seorang remaja lelaki, Islam, rambutnya kuning. Bukan semulajadi, saya tahu. Dia pusing sikit kepala. Eh, subang!

..Ingatkan perempuan je pakai.

4 - Sebuah usrah, 2.30 petang -

"Wahai sahabat-sahabat sekalian, tetaplah anda di jalan ini!! janganlah anda terpengaruh dengan anasir-anasir dan fikrah yang berbeza dengan kita! kerana SESUNGGUHNYA! kita sajalah yang betul! mereka semua salah!"

"YA!YA! Tiada kompromi!Tiada kompromi!"

..salah seorang anak usrah:"apa ni??!@#$%^&*"

Ibu Pejabat Zionis - "Bagus. Gelakkan saja mereka! HAHAHAHA!"

5 - Dalam bilik Kaduk, 1.00 pagi - Handset Kaduk berbunyi.AHA! Mesej dari Mina! Tangan Kaduk laju menekan. "Open Message".

"Hai. awak sehat ke malam ni?"

"Sihat. awak? dah makan ke?"

Cinta berputik. Zina menyusul. Couple.



Saya bercakap mengenai tujuan.

Saya tak pernah kata saya betul cuma apa yang saya lihat sepanjang pengalaman saya, kita tak kan pernah berjaya membina generasi selagi bukan tujuan kita untuk ISLAM. Anda mahu terima atau tidak terpulang.

Sistem pendidikan kita bertujuan melahirkan modal insan. Fungsinya kerja untuk negara. Ya, negara semata-mata. Kita tak pernah kisah tentang ruh Islam apatah lagi sistem pendidikan nubuwwah. Lalu bagaimana kita mengharap generasi Salahudin mahupun AlFateh? akhirnya mereka mati dan Islam tidak tersumbang walau sedikit daripadanya.

Kita memaju ekonomi untuk rakyat. Biar mereka hidup selesa. Taraf hidup tinggi. Tapi mereka tak faham. kenapa perlu selesa, kenapa perlu senang. sepatutnya supaya Islam mudah meresap dalam gaya hidup sebegitu, tapi dalam otak mereka cuma -

"Muda sekali je! So... kita enjoy!!"

Sedang kita mempertahankan pendapat kita dengan penuh bangganya menyalahkan orang lain, si Yahudi cuma tergelak. Mereka tak mampu buat yang lebih seronok selain daripada ketawa dan gelak. Yang kita suka buat gaduh, gaduh dan gaduh. Berdamai? Sorry, no mercy.

Itulah kita..

Terus berpecah..

Kes Kaduk bukan satu saja di Malaysia. Ia salah satu daripada 90% remaja Malaysia. Maaf kalau saya menghentam statistik tapi untuk menidakkannya saya rasa anda juga perlukan statistik yang lain. Yang mungkin lebih sahih dari saya. KALAU ADALAH..

SUDAHLAH..

Umat cukup parah.

Gejala sosial.

Individualisme.

Perpecahan.

Egoisme.

Materialisme.

Wahan.

Anda setuju atau tidak - inilah masyarakat kita sekarang.