Sunday, June 24, 2012

Kisah Si~Abang

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Harap semua dalam keadaan yang baik :)

Ada kisah yang saya nak kongsikan
Menjadi Abang kepada adik-adik bukanlah perkara  yang mudah
Ada yang buas dan sebagainya
Jadi,kita haruslah senantiasa berlapang dada dengan mereka

Kisah si~abang
 Adik ini baru pulang dari sekolah "Sekolah Kebangsaan Anak Melayu"
Terus menerpa kearah Abangnya sambil menggalas beg yang berat

Abang:Hang lekas la sikit !! Panas nih.
Adik:Sabaq la.Bukan Abang nak tolong angkat pun >.<
Abang:Petang ni hang ada apa?
Adik:Ada kelas tambahan,sampai pukul 5.
Abang:Nak p kelas tambahan apa.hang dok bodoh macam tu jugak.
Adik:Biaq kat orang la :(

Si~Adik berlalu pergi kearah kawan-kawannya semula
Si~Abang  pulang kerumah.

~TAMAT~

Betapa "mithali"nya abang tu
Seharusnya kita mendorong adik-adik supaya  kearah lebih baik
Bukan mendoakan sesuatu yang buruk kepadanya.
Selalu doakan mereka agar menjadi lebih baik dari kita
Bantu dia dalam pelajaran.
Bimbing dia.Jadikan diri kita Qudwah untuknya.

Kekanda Adinda (Monoloque vs. Atilia) 

Mari kita "BedahLagu" ni.Apa dia nak sampaikan? 
 Hidup kita tak lepas dari macam-macam dugaan.
 Suami Isteri bertikam lidah,Kawan-Kawan bermasam muka,Rasa terpinggir dari ahli keluarga.


Pertama,Mari kita cuba komunikasi
Ya.komunikasi dua hala amat penting.
Jangan anggap hanya sekadar SMS,telefon,berutus surat
Tak dapat mengerat silaturrahim.Tidak !
Selalulah bersapa,bertanya khabar
Agar tidak terjejas hubungan kekeluargaan,Persahabatan mahupun Suami Isteri
Orang akan merasakan dirinya diberi perhatian,ada orang perihatin terhadapnya

Kedua,Toleransi
Sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang; sikap dpt menerima atau menghormati pen­dapat, fikiran dan kepercayaan orang lain. bertoleransi menunjukkan tole­ran­si: Masyarakat hidup aman damai, bersatu padu ~Sumber dari Kamus pelajar(Edisi Kedua)
 Lihat maksudnya,Sikap toleransi ,berlapang dada akan mengeratkan lagi hubungan
Yang keruh,kita Jernihkan.Yang buruk dibuang,Yang baik dijadikan teladan

Ayuh kita semai sifat Mahabbah dalam diri dan sebarkan ia kepada semua :)

Sekian :)



Friday, June 08, 2012

One Big Family :)

Assalamualaikum
Alhamdulillah,Setiap hari kita masih diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari yg penuh cabaran.

Pernah dalam Bersahabat kita bergaduh ?
Itu lumrah , Sahabat-Sahabat :)
Sedangkan Lidah lagi kan tergigit ,ini kan pula sahabat-sahabat ('',(.")

I wonder why you and me fight each other
Don’t you see the similarities between us?
Take a minute and see yourself in the mirror
You look like me: those eyes, lips – you can’t deny

Have you thought about

Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance

Oh, you’re my brother
You’re my sister
We’re one big family :)


Inilah yang sedang aku lalui :)
bersama Biro Preparation & Technical
Biro yang banyak bergerak ketika awal dan akhir program tetapi ditengahnya santai
diluangkan dengan tidur,movie,Facebook,twitter dan sebagainya.
Kami Satu keluarga Besar.
 
Soleh.Umar.Syafiq Mortada
Ahmad Fahmi.Mubin.Hafiz
 Zulkarnain.Rashdan.Fathiy.Firdaus.Salman.Afiq 
Omar.Shafique.Izuan Afiq.Amirul
Umar.Akram

Maizatul.Wan Nurna.Syahirah
Ainnur.Fasyareena.Nurzulaiqa
Syakiratul.Afifah.Amyra
Hanan.Syamira.Sakinah
Malina.Madihah
Ainaaul.Nurfaten

Kalau nak cerita perangai sorang-sorang
memang banyak :)
Ada suka Berpantun,TekaTeki,Nyanyi dan Lain-lain lah

Tapi memang Happening habislah wa cakap lu :)
Apa-apa pun Niat kena Betul
Sekian :)
Go PrepTech,Go PrepTech ~
 

Friday, June 01, 2012

Nafas Baru :)

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Sudah lama rasanya Saya tidak menulis

Alhamdulillah,Rasa seperti dapat nafas baru
Nak sangat bagi ilmu walaupun tak pandai cakap
Jadi luah diblog sajalah :)

Dah masuk pertengahan 2012,banyak yang berlaku

Suka :)
Sedih :(
Tak ada perasaan -.-
Blur >.<

dan sebagainya.Semua perlu dihargai.Itulah pelengkap hidup kita.
Kalau dah selalu sangat suka,tiada duka.Seronok ke macam tu ?
Memang banyak liku-liku dalam kehidupan.
Jadi,yang kita perlu pinta

Ya Allah ! Tabahkanlah Hatiku ..

Biar perjalanan hidup kita susah diawalnya,mungkin diakhirnya ada keindahan.
Hidup kita ni adalah Pilihan.
Pilihlah yang terbaik dengan Usaha yang baik.

Suka saya kongsikan sebuah cerita.

Ada sorang mamat ni.Hobi dia banyak sangat.Macam-macam jenis permainan dia main.
Suatu hari ,dia nak cuba satu hobi baru.
Berenang.
Tetapi dia asyik memikirkan "Bagaiman aku nak berenang tapi tak nak basah ?"
Fikir punya fikir.
Akhirnya dia tak berenang.

Kesimpulannya
Kita nak sesuatu tapi tak nak mencubanya.Apa cer ??

You want something but you don’t want to try. It’s like you want to swim without getting wet.

Jadi,Sahabat-Sahabat
Apa kita nak buat perlu dicuba dahulu,baru tahu apa hasilnya.
Samalah seperti Para Saintis,Ahli Farmasi.Eksperimen dilakukan sebelum dapat hasilnya.

Berfikirlah sedalamnya untuk selesaikan sesuatu masalah.
Sekian :)