Monday, October 15, 2012

Musibah itu Indah

Assalamualaikum.
Lama sangat tak menaip untuk blog.

Sekarang dah masuk Musim Peperiksaan
Semuanya sibuk ulangkaji, Baca Yassin banyak-banyk buat penerang hati
Sanggup berjaga malam nak habiskan Compilation,Hafazan
sampai demam-demam
Mungkin satu ujian.


Ada satu kisah seorang Insan *(Tiada kena mengena antara Hidup dan Mati)

Bila PMR datang,banyak lah kelas-kelas tambahan
Seminggu lagi exam sebenar akan dihadapi.
"Aku punya percubaan taklah bagus sangat",hatiku berbisik.
"Tapi boleh usaha lagi",hati bermonolog sendirian.

*Muzaini,seorang pelajar Harapan sekolah.
Percubaannya antara yang tertinggi dikalangan pelajar *Sekolah Islam Tinggi Mahmud(SITiM)
Seminggu lagi nak exam, badannya panas-panas, kadang-kadang selepas makan muntah-muntah, mata berpinar-pinar tatkala silau menjngah mata
Akhirnya,beliau cemerlang dalam PMR.

SPM penentu masa depan anda ?
Setelah berjaya menempatkan diri di Sekolah elit
Muzaini bakal menempuh exam yang menentukan hala tuju hidupnya
Semasa menempuhi exam,Muzaini menghadapi dua ujian
SPM & Infeksi jari

*Sekadar Gambar Hiasan

Namun akhirnya,beliau berjaya dalam SPM
Walaupun bukan sebagai Pelajar Terbaik.

Ujian.Dia tak kenal sapa kita, apa yang bakal kita hadapi
Ia mungkin tanda Allah sayang kita dan tanda banyaknya dosa kita

Fatrah imtihan datang lagi
banyak-banyak belajar,doa,tawakal,sabar
Kejayaan/kegagalan akan manis bila ada usaha
Saya akhiri dengan sepotong ayat al-Quran

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿١٥٦
Surah Al-Baqarah(Ayat 156)

Selamat ye dengan Imtihan (;

*Sempat aku post walaupun nak exam :)