Monday, April 29, 2013

Aku.


Aku yang keciciran.
Jauhkan kami dari keciciran.
Tunjukkan kami jalan yang lurus.

Saturday, April 27, 2013

Tiada bebanan tanpa pertolongan

Tiada bebanan melainkan dengan pertolongan

Positifkan minda anda setiap kali diduga dengan tanggungjawab.
Ada suka duka disebaliknya (:

Setiap bebanan pasti dikurniakan bantuan dalam apa jua bentuknya.
Fikir dan Cari nilai serta hikmahnya.
DIA sentiasa membantu,mengasihi,mengampuni.

Thursday, April 25, 2013

We are the Muslim of the World !


"Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

Saturday, April 20, 2013

Wednesday, April 10, 2013

Syurga: Moga jumpa disana (:


Kita tak tahu amalan mana yang akan bawa kita ke Syurga. Maka, istiqamahlah

Wednesday, April 03, 2013

Back to basic

         Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sidang pembaca. Harapnya kita sentiasa dibawah rahmat dan inayahNya. Setelah berkelana sementara dibumi asing,kini saya kembali dikampung halaman. Walaupun Cuma seketika,namun ia penuh dengan seribu satu hikmahNya.
Dari Abu Hamzah,Anas Bin Malik R.A,pembantu Rasulullah S.A.W beliau bersabda : “Tak beriman salah seorang antara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”. (Riwayat Bukhori&Muslim)
Fitrah kepada manusia apabila kita ditimpa masalah,kita pasti mencari asal kejadian kita. Sebagai contoh saya bawak satu kisah teladan.
Fauzi seorang pelajar lulusan Sarjana Muda dalam bidang Kedoktoran dari Universiti Islam Antarabandar telah mendapat pekerjaan disebuah Hospital di Bandar Mentadak. Beliau yang berasal dari kampung Hangat Dalam berasa kekok apabila berada dalam suasana hiruk-pikuk kotaraya yang pesat membangun. Hampir setiap hari Fauzi menghubungi ibunya dikampung untuk meluahkan masalahnya. Beliau membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Akhirnya Fauzi menjadi seorang penggembala kambing yang berkelulusan doktor.
                Bagi sesetengah pembaca,mungkin tiada nilai yang dapat diambil dari kisah tersebut. Mengapa terlalu mudah ‘Fauzi’ mengambil keputusan pulang ke kampung. Begitulah kita manusia, ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan akan menjadi tempat luahan segala masalah kita. Suasana sibuk dibandar membuatkan hati mencari-cari suasana yang tenang seperti di kampung. Apabila sudah berputus asa dalam hidup, manusia mula mencari asal hidupnya iaitu Allah SWT.

Walau setinggi manapun jawatan kita,walau sekuat manapun kita,kita akhirnya akan kembali kepada Sang Pencipta.Jadi,jangan hanyutkan diri anda dalam arus yang penuh dengan tribulasi.Satukan gerak kerja,sisihkan perselisihan & gapai RedhaNya.

Sekian (:

*Minggu exam kuat ja study,lepas exam kuat pulak assingment
Banyakkan selawat,baca Al-quran,Pelbagaikan bahan bacaan,libatkan diri dengan diskusi & ajak orang lain buat baik tinggal benda jahat.