Thursday, October 31, 2013

Bumi ini

Bumi ditarah,
hilanglah maruah,
Saat hujan merintih,
tanah merah umpama darah,
Mengalir, meratah rumah ke rumah,
Fikir fikirlah,

Guna akalmu bukan amarah.

Rahmat menjelma rezeki diterima,
Titis mu berjuta hikmah tak terkata,
Awan kelam bukan berduka,
Pelangi senja ceria menyapa.

Syair : Bumi ini
19/10/2013

Malam


Bila aku didatangi malam,
Hati berbisik.
Desir angin bertiup.

Andai malam tiada bintang,
Ibarat hidup tiada ujian.

Bintang bergemerlapan ditemani cahaya rembulan,
Heningnya suasana maya,
Ketenangan malam mendamaikan jiwa.

Terangi jalan hidup aku,
Bawa daku kejalan lurus-Mu.

Syair : Malam
31/10/2013

Tuesday, October 29, 2013

Kalau Aku Kaya

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Sejak dari cuti tiga bulan sampai masuk Uiam Gombak, tak pernah langsung aku 'update' blog.
Ada juga idea datang mencurah-curah tapi disebabkan 'coverage internet' yang sederhana laju terpaksa batalkan hasrat murni tu.

Sejak dua menjak ni, aku sangat berminat dengan dua kalimah ni,

"Kalau Aku Kaya & Aku Nak Travel"

'Jauh perjalanan, luas pengalaman.'
'The best teacher is experience.'



Banyak tempat-tempat yang menarik perhatian aku untuk mengembara tapi disebabkan kurang masa dan wang, harapan itu terpaksa disimpan sementara.

Harapan aku agar dapat kesana. Doakan aku kaya.
Kalaulah aku kaya tapi bila lah nak kaya (: