Sunday, December 29, 2013

Rama-Rama

Gambar disunting


Seumpama rama-rama,
Terbang bebas di udara tanpa ada halangan.
Aman damai suka-suka,
Riang ria tanpa ada rasa duka sengketa, 
Rama-rama. 


Ekspresi dirimu menawan hatiku,
Ingin aku terbang bersamamu.
Melihat kerenah melihat telatah, 
Manusia yang sering terlaga. 


Ekspidisi ini bagai tiada henti,
Kan menjadi antologi diri.
Terhentilah mimpi terhapuslah sepi, 
Sanubari yang lebih berani. 


Terminal yang pasti satu fitrah hati,
Kerana yang sejati tiada kekal lagi.
Terbanglah ke sini mencari abadi, 
Terbanglah ke mari mencari hakiki. 


Seumpama rama-rama,
Melewati panorama yang penuh warna warni.
Taman bunga taman damai, 
Dengan aksi lincah berputik hidup yang harungi, 
Rama-rama.

Thursday, December 26, 2013

Aku menulis.

Ramli Sarip - Bukan kerna nama

video

Jangan kau pandang bibir yang manis

kerana dia bisa menghancurkan
jangan kau pandang wajah yang indah
kerana dia bisa meracunmu

dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan



Jangan kau dengar puisi dusta
kerana dia bisa merosakkan jiwamu
dengarkanlah puisi di pusaka
yang telah turun temurun hari ini



Jangan kau alas hatimu itu
dengan secebis warna kehitaman
dialah seperti anai-anai
lambat laun hancurlah dirimu

Pagi.


Dingin embun pagi,
Syahdu awan kelabu,
Disaat mentari tersenyum,
Aku hanya terpaku,
Tatkala embun menangis, aku turut menyeka air mata,
Mungkin tuhan sedang berkata, hentikan air mata,
Kerna Aku sentiasa ada,
Menghempas pasrah menanti hikmah,
Apakah mungkin adanya ruang,
Harapan diimpi Redha ditelusuri,
Mengharap kasih nan ilahi,
Disini aku menanti titis syurgawi,
Kerna aku yakin,
Lautan kasih ilahi tiada bertepi.

Wednesday, December 25, 2013

Bumi Barakah


Bayu angin menyambut ku datang,
Sinar Dhuha menyapa gembira,
Burung terbang dibumi berkat,
Tasik terbentang luas mata memandang.

Aku selami tasik nan luas,
Menyelami diri sendiri yang tak pernah puas,
Terkapai-kapai aku lemas,
Jauh menyimpang dari landasan.

Gerimis menitis seakan merintih,
Puitisnya kasih tak pernah ditagih,
Tinta menulis disemat kasih,
Agar hati letih kembali pulih.

Seakan ada kuasa ghaib yang menarik pandanganku,
Melihat tak jemu-jemu ditemani pilu,
Sejuknya mencengkam kalbu,
Aku berbisik, itu semua kuasa-Mu.

Andai bumi ini jejak pilihku,
Dapat ku nikmati bait-bait kalam Ilahi,
Tetapi semua menjadi memori,
TakdirNya ku turuti, HikmahNya di nanti.

Dibalik kabus ku temu pelangi,
Walaupun kabur tetap ku susuri,
Kisah ini satu memori,
Darul Quran tersemat dihati.



Fahmi kashfi. Hujan. 5:34PM. DQ


Wednesday, December 18, 2013

Pesanan dari Bangladesh.


"Aku telah menjadi pelindung kalian. Jika kerajaan membunuhku tanpa keadilan, maka matiku itu syahid. Selepas kesyahidanku, Allah Maha Besar yang akan menjadi pelindung kalian. Dialah sebaik-baik Pelindung. Maka janganlah kalian khuatir.


Aku memang tidak bersalah. Mereka hendak membunuhku kerana aku terlibat dengan gerakan Islam. Bukan semua orang bertuah untuk mati syahid. Sesiapa yang dikurniakan syahid oleh Allah, maka dia sememangnya orang yang bertuah. Jika aku menerima kesyahidan, maka inilah pencapaian yang terbaik dalam hidupku. Setiap titis darahku akan menambah kemaraan gerakan Islam dan menyebabkan kehancuran penindas. Aku tak risaukan diriku. Aku begitu prihatin dengan masa depan negara dan gerakan Islam. Setahu aku, aku tidak pernah buat salah. 
Aku telah menginfakkan diriku sepenuhnya untuk gerakan Islam untuk menyelamatkan orang-orang Bangladesh. Aku tidak pernah tunduk pada ketidakadilan dan tidak akan sekali-kali di masa depan. Tak terlintas di fikiran untuk aku memohon belas kasihan daripada pihak berkuasa yang mementingkan keduniaan. Allah penentu kehidupan dan kematian. Kematianku tidak akan terjadi berdasarkan keputusan orang lain. Masa dan hari kematianku hanyalah mengikut takdir Allah. Maka aku redha menerima takdir Allah dengan sebaiknya. 
Bersabarlah kalian. Keredhaan dan keampunan Allah hanya diperoleh melalui kesabaran dan toleransi. Hanya jaminan keselamatan di Akhirat menjadi keinginanku. Aku memohon doa dan sokongan orang ramai agar syahidku diterima. Sampaikan salamku pada rakyat atas sokongan dan restu mereka."

Tuesday, December 17, 2013

Mesej untuk Ummat Alam

Seronok sangat bila bangun pagi macam ni (:


Burung itu berkicau lagi
Membelah hening terik pagi
Aku sangka hidupnya indah sehari-hari
Rupanya derita angkara manusiawi

Pokok-pokok dijadikan sasaran
Sungai-sungai jadi tempat buangan
Udara tercemar dengan bunyi-bunyian
Asap kenderaan diresap awan kolombus

Masih ada burung yang berkicauan
Sambut pagi dengan kedamaian
Manusia berhati jiwa yang suci
Berbahagialah alam dengan kedamaian.

Fahmi Kashfi. 12:13PM. Alam.

Friday, December 13, 2013

Aku & Peribadi




Di lorongan gelap itu kami telusuri,
Berjalan dengan kaki sendiri,
Perah keringat semai muafakat, 
Sunyi gelap tak jatuh semangat, 


Dataran Merdeka medan keramat, 
Puisi dilontar hati bergetar, 
Mencari peribadi yang penuh misteri, 
Tiada peribadi sesal sendiri, 
Ayuh tajdid hiasi Peribadi. 

Fahmi Kashfi. 12:06PM. Sendiri. Turki nanti kami.

Aku.Tabung.Kembara.

Assalamualaikum

Menuai padi mengail ikan,
Padi ditanak ikan dimakan,
Yang jauh-jauh kita dekatkan,
Yang rapat-rapat kita kekalkan.

Dari Kokdiang singgah di Pekan,
Datang bersama segunung harapan,
Amalan menabung suatu kebajikan,
Buat bekalan masa hadapan.

Seringkali kita dengar kes-kes menabung tetapi tidak istiqamah (berterusan).
Salah siapakah ?

Tabung
Penabung
Menabung
Benda yang ditabung

Ia bergantung kepada kemampuan dan kesedian seseorang untuk menabung.
Tak ada tabung, macam mana nak menabung?
Tak ada duit, tak boleh beli tabung.

Bermula lah dengan sekecil-kecil usaha.
Sepuluh sen, Lima puluh sen, Seringgit dan seterusnya.
Kita nampak benda-benda macam begini sesuatu yang remeh.

'Alah, mak ayah kan ada. Mintak je la dekat diorang'

'PTPTN kan ado ?'

'Sheikh, kita nak selesai masalah ummat, tak dak masa nak menabung. Infaq,infaq !'

So, what ? Salah ke nak bina kewangan sendiri, nak berdikari, nak berbakti kat 'family', nak rasa nikmatnya duniawi sambil kejar ukhrawi~

Terpulang pada perspektif masing-masing.

'My friend said : Hang kalau dapat duit lima ringgit, masuk tabung. Baru la hasil banyak. Dok buboh seringgit sekali, bila nak bercambah.'

Bila duit dah banyak, boleh la nak buat apa anda suka.

Mengembara
Beli buku
Terbang sana, terbang sini
Musafir
Travel
Holiday
Dan hal-hal peribadi~

Selamat Menabung.


Tunggu aku Johor~Singapura (:

Raikan Cinta.

M.Nasir - Raikan Cinta

Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali

Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati
Baru kupulang ke kampung sentosaku
Baru tercapai segala maksudku

Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua...
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ?

Ke sana ke sini lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail

Mari mawarku raikan cinta
Tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta pemilik segala Jadi.

Thursday, December 05, 2013

Kami Mimpi Pelangi



Nidji - Laskar Pelangi

Mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya

TFTN. Kami ada Mimpi. Laskar Pelangi.

Monday, December 02, 2013

Uda Dan Dara

UDA DAN DARA


Uda dan Dara
Bertemu wajah rasa 
Burung-burung menyanyikannya 
Gunung-gunung sungai sawah padi melindungi 
Melindungi kasih sayang agung dan murni. 



Uda dan Dara
Bersumpah keramat cinta 
Kering lautan runtuh langit 
Terbelah gunung gugur matahari 
Berdua bersama berdua sehidup semati. 



Uda dan Dara
Bersanding tak berpelamin 
Berijabkabul malam bening 
Pohon-pohon mewali laut malam saksi 
Malam bersatu kiamatlah alam dua hati. 



USMAN AWANG