Wednesday, January 29, 2014

Rintihan hati.

Aku,
Aku yang buang sampah itu,
Aku yang kotorkan tempat itu,
Aku yang buat semua itu.

Hilang rasa malu,
Hilang tanggungjawab,
Hilang jati diri, 
Peribadi.

Andai kau tahu,
Tukang cuci itu seorang ibu tua,
Tukang sapu itu seorang ayah tua,
Pegutip sampah itu dari keluarga miskin.

Kau pasti rasa hati,
merintih, 
menangis, 
menyesal.

Hargai mereka setulus hati,
Hormatilah mereka seakan keluarga sendiri,
Bantu mereka hidupkan alam ini,
Ayuh kita bina masyarakat madani.

Melaka : Bandaraya Bersejarah.


Melewati hari ke hari demi menjadi insan mandiri,
Kenali diri untuk membentuk peribadi,
Selami nilai manusiawi bersama hati,
Hidup menuju Yang Abadi.
Aku. Berdirilah sebelah aku, bukan belakang aku.

A Famosa

Pernah kita melihat sesuatu masalah dari sudut sejarah ?

I can see you through my window (:

Tangga didaki, Cerun dituruni.


Pasak kefahaman kukuh ditanam, bukan taklid dihadam.

Long walk to freedom.




Jasad mati, nama di ingati.


Credit to photographer : Waasil

Ustaz Khaidir dan Hafizi bersama tinggalan sejarah


Bertiga itu lebih baik (:

Sunday, January 26, 2014

Syair Sayyid Ahmad Hasyimi

Perjalanan kita masih jauh, maafkan aku andai tersalah membuat pilihan.

Bersabarlah dan ikhlaslah dalam setiap perbuatan
Terus meneruslah berbuat baik, ketika di kampung dan di perantauan
Jauhilah perbuatan buruk dan ketahuilah pelakunya pasti dibalas, di perut bumi dan di atas bumi

Bersabarlah menyonsong musibah yang terjadi dalam waktu yang mengalir
Sungguh dalam sabar ada pintu kejayaan dan impian akan tercapai

Jangan cari kemuliaan di kampung kelahiranmu
Sungguh kemuliaan itu ada dalam perantauan di uisa muda

Singsingkan lengan baju dan bersungguh-sungguh menggapai impian
Sebab kemuliaan tidak akan dapat diraih dengan kemalasan

Jangan bersilat kata dengan orang yang tidak mengerti apa yang kau katakan
Sebab debat kusir adalah pangkal keburukan.


(Ranah 3 warna)



Sayyid Ahmad Hasyimi
Syair ini diajar pada tahun keempat di Pondok Madani Gontor, Ponorogo.

Friday, January 24, 2014

Maher Zain - Paradise


Paradise

I remember when I first met you
I felt that God answered my call
There was that one place I always thought about
And I just wanted to be there with you
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
I had a great feeling inside of me
That one day I’ll be there with you

And now that we’re here feeling so good
About all the things that we went through
Knowing that God is pleased with us too
It’s not a dream, this is so true
Feeling the peace all around
Seeing things we could never imagine
Hearing the sound of rivers flow
And we know we’ll be here forever
The feeling is indescribable
Knowing that this is our reward

Do you remember the hard times we went through?
And those days we used to argue
But there was not one thing that could bring us down
‘Cause we always had in our minds
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
The place we’ve been promised to live in forever
And best of all, it’s just me and you

And now that we’re here feeling so good
About all the things that we went through
Knowing that God is pleased with us too
It’s not a dream, this is so true
Feeling the peace all around
Seeing things we could never imagine
Hearing the sound of rivers flow
And we know we’ll be here forever
The feeling is indescribable
Knowing that this is our reward

I remember us praying at night
And just dreaming about this together
I’m so blessed to have you in my life
And now we can enjoy these blessings forever
Paradise is where we are now
Paradise, a dream come true
Paradise, O what a feeling!
Paradise, thank You Allah!

And now that we’re here feeling so good
About all the things that we went through
Knowing that God is pleased with us too
It’s not a dream, this is so true
Feeling the peace all around
Seeing things we could never imagine
Hearing the sound of rivers flow
And we know we’ll be here forever
The feeling is indescribable
Knowing that this is our reward


Abah.


Abi. Ayah. Abah

Teringat memori dulu
Aku didodoi, dimanja
Tak kira waktu suka dan duka

Redup raut wajahmu
Tegas tutur katamu
Namun dibaliknya penuh kasih sayang

Penat lelah bekerja
Hujan panas diharung jua
Demi untuk keluarga tercinta

Sakit demam disorok
Tangis duka dipendam
Jiwamu besar Hatimu tabah

Dedikasi ringkas
Buat abah-abah yang ikhlas
Mencurah bakti tak pinta dibalas.

Fahmi. Tegas. 10.21PM

3 rasa. (Alam, Benar, Cinta)


Sepanjang pagi aku di pembaringan,
Mata tak lelap,
Hati yang gelap
Aku renung sebalik jendela,
Lembut sinar mentari,
Dedaun gugur dek angin dingin,
Simfoni alam seolah menyanyi,
Irama ini perlu dipeliharai.

Banyak bezanya air dan api,
Lagi berbeza hak dan batil,
Namun itu lumrah alam,
Setiap ciptaan ada pasangan,
Cari kemuafakatan semai keharmonian.
Dia salah begini,
Aku salah begitu,
Engkau salah bagaimana ?
Semua salah,
Semua cari kebenaran,
Kebenaran.

Hidup aku kau ubah,
Memaknakan hidup dengan cinta,
Aku beri harapan,
Andai tercapai harapan itu,
Tiada yang dapat aku kata,
Terkadang hati aku gundah,
Peribadi nampak gah,
Hati sebenarnya patah,
Aku pasrah,
Yang pasti aku genggam tabah,
Setiap sudah pasti ad baiknya,
Aku impi jalan bahagia,
Jalan Redha-Nya.
Moga kita bersama !

Sunday, January 12, 2014

Untuk Ayu.

VE -Ayu



Berlalulah hari demi hari
Sayunya hatiku ini
Takku sangka kau di sisi
Baju kurung putih berseri...

Ayu... (kaulah wanita)
Ayu... (kaulah satu bagi)
Semadikanlah selamanya...
Yang teristimewa
Keayuanmu...

Kaulah mawarku kaulah yang satu...
Memberikanku sebutir harapan keikhlasan
Tanpaku diriku tenggelam
Siang malam ku, hanyut di dalam khayalan
Tak mudah kumelupakanmu...

Dalam dirimu pnuh kelembutan
Semakin hari makin rinduku padamu
Tanpamu ku sayu
Terkenang kembali sewaktu pertemuan dulu...

Ayunya senyumanmu
Ayunya sentuhanmu
Semadikanlah selamnya...
Yang teristimewa...
Selama-lamanya...
Keayuanmu...
(wajahmu... senyumanmu yang teristimewa)
Keayuanmu

Thursday, January 09, 2014

Baca, Fikir & Bertindak.


Terkadang aku berfikir,termenung.

''Banyak berfikir tapi kurang gerak kerjanya''

''Lambakan bahan bacaan namun kurang kefahaman,
Lambakan idea kefalsafahan namun kurang praktikalnya''.

Baca, fikir & Bertindak.
Ringkas dan padat. Namun sukar untuk dipraktik. Masyarakat memerlukan hasil dari buah fikiran anak muda sekarang. Idea yang dilontarkan bernas, namun pelaksanaan yang diharapkan tidak seperti dirancang. Idea tidak membumi kepada masyarakat.

Baca.
Anak muda sekarang perlu lebih bijak dalam membaca. Perluaskan bahan bacaan. Jangan hanya tertumpu dengan satu genre bahan bacaan. Ibarat menaiki tangga, bermula dengan tahap satu sebelum ketahap seterusnya agar tak tersungkur di pertengahan jalan. Selesai setiap kali membaca, idea-idea yang diperoleh sebolehnya dikongsi melalui penulisan artikel, diskusi dan lain-lain lagi. Perkongsian ini dapat memberi manfaat sedikit sebanyak pencerahan kepada masyarakat majmuk tentang sesuatu perkara. Bagi anak muda yang masih belum ada minat untuk membaca, biasakan diri dengan membaca keratan akhbar atau artikel yang kita minati sebelum beralih kepada pembacaan yang lebih ilmiah.

Fikir.
Berfikir merupakan suatu proses yang unik. Berfikirlah yang membezakan manusia dan haiwan. Menurut Ibnu Khaldun dalam bukunya Mukadimah, permulaan sesuatu tindakan adalah berakhirnya berfikir dan apa yang dimaksudkan berfikir adalah berakhirnya tindakan. Perkaitan antara berfikir dan bertindak sangat rapat. Ianya seakan suatu kitaran hidup, selepas berfikir kita bertindak dan selepas bertindak kita berfikir semula. Melalui berfikir juga terhasil pelbagai jenis falsafah dan melalui berfikir juga kita tercari-cari kebenaran serta keyakinan yang sebenar didalam kehidupan.

Bertindak.
Setiap buah fikiran yang diperolehi perlu dinatijahkan dengan tindakan. Masyarakat mengharapkan idea-idea anak muda dapat diterjemahkan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan, intelektual, keagamaan dan sebagainya. Oleh itu, setiap tindakan yang dirancang perlu memberi kesan yang menyeluruh terhadap pelbagai jenis lapisan masyarakat di negara kita. Bukan hanya program yang eksklusif untuk golongan-golongan tertentu sahaja. Dalam membuat tindakan, kita tidak akan lepas dari mendepani pelbagai cabaran. Jadi pilihan diatas kita, kita berhak memilih dan bertanggungjawab keatas pilihan yang dibuat.

Dalam mendepani cabaran yang pelbagai, kita harus bergerak pantas seiring dengan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi didalam masyarakat. Jadikan pembacaan kita pembacaan yang berkualiti, berfikir secara kreatif dan kritis dan bertindak mengikut rasional bukan emosi.

Wednesday, January 08, 2014

Kuasa tulisan.


Saat kita mengerti kehidupan ada pilihan antara dua, cita-cita dan cinta perlu seiringan. Melihat semua perkara dengan memandang sisi kebaikan dan dalam masa yang sama mengambil peluang untuk kelebihan diri sendiri. Belajarlah dari bawah, jangan terus melompat kelangit. Sesalan akan berguna bila kita masih mancari peluang diatas kelemahan.

Tuesday, January 07, 2014

Dedikasi Untuk anak-anak Rumah kasih keramat

Dedikasi Untuk anak-anak Rumah kasih keramat



Wajah kecil itu tidak berdosa
Mengapa mereka terbiar bersendiri
Sedih hiba merenung wajahnya
Derai air mata menjawab segala.


Anak kecil itu perlu dibelai dicinta
Dikasihi disayangi sepenuh jiwa
Telah tersemat kenyataan dusta
Datangnya sekali perginya selama.


Anak sekecil itu punya jiwa
Mahu diisikan cinta padanya
Namun perlu dikeraskan jua
Tidak mahu dikata sang penumpang cinta.


Pertemuan pertama kasih tertumpah 
Ingin dipercaya bukan mudah
Perbualan pertama nampak susah
Mimpi ke langit mengharap indah.

Dia. Kasih. 4.54PM.

Saturday, January 04, 2014

Tetamu Senja -A.Samad Said


Hidup, aku betul merasainya


Tetamu Senja - A.Samad Said


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan 
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat