Posts

Showing posts from October, 2014

Kita.

Image
"Kita ini seperti sebiji guli yag sedang melantun. Lantunannya nanti akan berkurang dan kita akhirnya akan berhenti di sebuah tempat. Pada waktu inilah identiti diri kita sudah tetap dan proses lantunan itu adalah proses memperjuangkan identiti melalui nilai yang ada pada diri."
Mencari identiti diri adalah suatu proses untuk menuju fasa yang lebih matang di dalam hidup. Manusia tercari-cari identitinya ketika mula menginjak kepada usia yang lebih matang. Identiti diri ini merujuk kepada prinsip dan pendirian kita sendiri dalam sesuatu perkara.

Go Green #1

Image
Pada hujung minggu yang lalu, saya telah menyertai program Buku Jalanan Shah Alam di Tasik Shah Alam. Pelbagai aktiviti yang menarik yang diadakan antaranya forum yang melibatkan wakil projek dialog dan Dr. Azhar Ibrahim, persembahan alat muzik, bedah filem kami the movie dan pelbagai jualan. Sambil menikmati keindahan Tasik Shah Alam yang terbentang luas, ditemani pengunjung yang pelbagai karenah, penganjur juga menyediakan makanan percuma untuk pengunjung yang hadir. Mujur saya tidak menemui pak cik ais krim, kalau tidak petang itu petang yang indah.
Satu perkara yang menarik minat saya ialah pemberian 'bom seed' secara percuma kepada pengunjung. Wah ! Begitu kreatif mereka mahu melaksanakan program 'Go Green' meskipun benih yang diberi hanyalah kacang bendi tetapi ianya merupakan usaha yang baik.
Antara impian yang saya senarai pendek untuk semster ini ialah memiliki pasu dan bunga di dalam bilik. Akhirnya, impian saya tercapai. Setelah seminggu, benih itu telah berca…

Erti hidup pada ?

Image
Erti hidup pada ? Memberi, meminta atau menerima. 
Hakikatnya kita perlu seimbangkan kesemuanya. Memberi kepada semua, menerima daripada yang lain dan meminta apabila perlu. 
Memberi. Menerima. Meminta Suatu hari saya ajukan kepada seorang rakan tentang perihal kehidupan. Lalu beliau lontarkan pandangan melalui sudut pandangnya. Katanya erti hidup pada memberi tetapi dalam masa yang sama kita perlu menerima. 
Kamal adalah seorang aktivisma. Beliau selalu turun ke rumah orang-orang tua untuk memberi khidmat bakti. Suatu hari, beliau merasa letih dan merasa kosong dengan kerja yang dibuatnya. Walhal sebelum ini, perkara itulah yang membuatkan dia gembira.
Input dan output. Ini yang diperkatakan oleh rakan saya. Jika kita selalu memberi output kepada orang lain sehingga terlupa untuk input kepada diri sendiri, suatu hari akan membuatkan kita berasa letih dan kosong dengan apa yang kita kerjakan. Jika kita merasakan hal sedemikian, cari suatu masa untuk tenangkan diri dan cuba seimbangkan situas…

Cik Hujan.

Image
Cik Hujan.

Saya amati baris demi baris cerpen bertajuk 'Cik Hujan'. Saya cuba hayati setiap makna ayat. Ternyata ia sebuah kisah yang menghadiahkan saya sebuah rasa, tentang memberi.
"Syarat utama dalam memberi, kita tak boleh mengharap balasan yang sama daripada orang yang serupa. Meski yang kau beri adalah sebuah puisi. Meski yang kau beri adalah hati kau sendiri."

Bagi sesiapa yang ingin merasai apa yang saya rasa. Dapatkan segera buku yang bertajuk Bukan Dorman.
P.s : Saya masih menanti 'Cik Hujan' datang ketika saya sibuk menghirup kopi. Sekian.

Surat kepada bekas kekasih.

Image
Surat kepada bekas kekasih.
Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan tentang satu tulisan daripada buku Alif Lam Lam Ha keluaran Dubook Press.
Surat kepada bekas kekasih tulisan saudara Asyraf Muiz Roslan, mengisahkan tentang sa-orang gagalis yang menulis surat kepada kekasehnya. Intipatinya lebih berputar sekitar persoalan cinta dan kehidupan.

Cinta adalah harapan. Membunuh cinta bererti memusnahkan harapan. Kata penulis, dosa membunuh harapan lebih besar dari membunuh fizikal atau jasad. Maksud harapan menurut Kamus Dewan Pelajar ialah sesuatu atau seseorang yang di harapkan. Harapanlah yang membuatkan kita terus memberi kepercayaan kepada seseorang dalam kehidupan. Selain itu, surat ini juga mengajar bahawa apabila gagal dalam sesuatu perkara, bukan kegagalan yang harus diratapi tetapi memaknakan kegagalan. Bagaimana ingin memaknakan kegagalan ?
Persoalan di atas mungkin terjawab apabila saudara/saudari membeli dan membaca sendiri buku terbitan krew UTAM ini. Sekian.
"Tent…

Hujan

Image
Hujan petang ini membuat hati saya sedikit tercuit dengan karenah teman-teman di sekeliling. Mereka seolah-olah mempersembahkan bait-bait syair untuk saya. Gerak geri mereka walaupun tidak berkomunikasi secara langsung, cukup untuk menterjemahkan apa yang ingin di tuturkan.
Ramai yang gembira bila turun hujan. Udaranya yang nyaman, aromanya yang segar cukup membuatkan kita jatuh hati dengan hujan. Suatu ketika sedang saya menikmati titis-titis kasih hujan, saya memikirkan yang buruk-buruk tentang hujan. Mujurlah ada secawan coklat panas, cepat-cepat ia melenyapkan perasaan itu. 
Molek benar jika anda ingin menikmati hujan dengan secawan coklat panas, sebuah buku bersama lagu keroncong hujan. Semoga yang indah-indah sahaja untuk hujan dan pencinta-pencintanya.