Posts

Showing posts from June, 2016

Air mata Jentayu.

Image
Hari ini Jentayu menangis lagi. Sawah padinya tidak lagi berbuah dan menguning. Bangau tidak lagi hinggap dibelakang kerbau gembala. Tawa riang kanak-kanak juga tiada lagi kedengaran. Yang ada hanya jentolak rakus menyodok kedamaian, debu-debu berterbangan dibawa lori tanpa lesen dan gunung Jentayu yang masih gagah berdiri. Watak Dato Zuri dan Dato Yadi sedikit sebanyak menunjukkan kepada kita bagaimana ahli politik bekerja. Keuntungan kepada mereka lebih diutamakan daripada kebajikan rakyat. Mereka hidup menginjak orang lain untuk berada diatas. Mereka bertanding bukan untuk menunjukkan siapa lebih berkebajikan tetapi siapa yang lebih setan.
Identiti Haji Chenon, Mak Milah, Jora dan penduduk kampung yang lain menunjukkan realiti bahawa sesuci mana pun perjuangan pasti akan dikalahkan oleh kuasa politik. Sudah banyak kisah benar yang kita dengar mengenai pencerobohan di kampung-kampung atas nama ‘kemajuan dan pembangunan’. Sayangnya kemajuan dan pembangunan itu tidak memberi manfaat kep…

Aku seorang pemain bola sepak?

Semalam aku bermimpi menjadi seorang pemain bola sepak. Sememangnya menjadi pemain bola sepak sudah menjadi impian aku sejak kecil lagi. Abah juga mungkin menjadi faktor mengapa aku begitu berminat terhadap bola sepak. Aku sering mengimpikan dapat bermain bersama pasukan Hijau Kuning, mahupun pasukan kebangsaan. Sejak kecil lagi aku mengikuti perkembangan bola sepak dalam negara mahupun luar negara. Bermula dengan Piala Dunia 1998 yang dimenangi oleh Perancis, sewaktu Kedah masih di pertengahan liga Perdana, pasukan Liverpool yang dibarisi oleh Micheal Owen dan ketika itu Akmal Rizal masih lagi seorang penyerang pasukan kebangsaan. Semua masih aku ingati. Sewaktu sekolah rendah jugalah aku berjaya dipilih mewakili daerah meskipun hanya menghangatkan bangku simpanan. Dari situ aku mulai sedar, minat sahaja tidak akan membawa kita kemaa-mana. Kekecewaan aku benar-benar terserlah kerana tidak dipilih mewakili pasukan bola sepak di sekolah menengah. Mungkin saiz badan aku terlalu kecil at…