Posts

Satu Ramadan, Di Tepi Sungai Dajlah.

Image
Satu Ramadan berlalu dan kita perlu syukur walaupun menjalani Perintah Kawalan, kita masih sempat merasai nikmat dalam bulan Ramadan. Syukur seterusnya saya panjatkan kerana dapat menghabiskan sebuah lagi buku yang bertajuk Di Tepi Sungai Dajlah karya Hamka. Buku ini menceritakan tentang pengalaman beliau ke Kota Baghdad, Iraq. Selain itu, buku ini juga menyelitkan sejarah munculnya Mazhab Syiah, kejatuhan Kota Baghdad di tangan Tentera Mongol dan Tartar dan banyak lagi kisah menarik. Sudahnya, saya mengelamun. Seperti selesai bacaan novel 1515, saya teringin ke Kota Melaka. Berdiri di atas runtuhan tembok Melaka. Menyusuri Sungai Melaka dan membayangkan kapal-kapal besar yang singgah di pelabuhan. Tidak dilupakan pengalaman membaca buku Segelas ‘Asir di Muara Nil, sudahnya hati terpaut mahu merasai sendiri keindahan Mesir yang digambarkan. Begitu juga dengan pengembaraan ini, saya teringin benar menyusuri sungai Dajlah. Mengunjungi muzium sejarah yang menempatkan b

Pengalaman bercerita.

Image
Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang pengalaman menulis dan membaca. Hari ini saya akan kongsikan tentang pengalaman bercerita. Saya mungkin seorang pencerita yang gagal. Namun, menjadi seorang guru membuatkan kita tidak dapat lari dari teknik penceritaan. Maka telah berlaku satu peristiwa pada 17 tahun dahulu, semasa saya darjah 4. Rambut berkilat, disikat tepi rapat. Mujur tidak kancing baju sampai ke atas. Saya dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita kisah-kisah Nabi. Saya masih ingat ceritanya tentang Nabi Saleh dan kaum Tsamud. Jadi saya berhempas-pulas menghafal teks yang diberi. Ayat Al-Quran, syair, hadis, nasyid semua diselit bagi membuatkan penceritaan nampak menarik. Sambil menghafal, sambil mengapung-apungkan tangan ke udara dengan bergaya di hadapan cermin tandas. Begitulah saya, sering berangan-angan untuk menjadi hebat di depan cermin. Tandas sekolah saya bersebelahan dengan stor sukan yang diduduki oleh seorang jurulatih bola yang ga

Pengalaman membaca.

Image
Sewaktu tulisan ini ditulis, kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kerana tersebarnya virus CONVID-19. Semoga kita semua di bawah lindungan-Nya. Sepanjang waktu ini, banyak aktiviti yang dapat kita lakukan seperti memasak, mengemas rumah, berkebun, menonton drama atau filem, bermain permainan video dan membaca buku. Baca Doremon pun berkerut ke dik? Semenjak Aufa lahir, entah berapa banyak buku yang sempat saya habiskan. Mujurlah pembelian buku baru juga tidak bertambah. Terdetik dalam hati saya untuk berkongsi pengalaman membaca yang bermula dari kecil. Saya bukan pembaca yang tegar. Saya hanya baca apa yang saya suka, bukan baca apa yang perlu dibaca. Sebagai contoh, saya membaca surat khabar. Namun, saya akan terus mencari bahagian sukan dan meneliti rancangan siaran televisyen. Selain itu, saya mempunyai dua orang sepupu yang gemar mengumpul komik seperti Doremon, Dragon Ball, Slam Dunk, Yu Gi Oh, Yu Yu Hakusho, Kreko dan banyak lagi. Komik yang saya ada

2020 dan perkataan yang terbang.

Image
Sewaktu tulisan ini ditulis, Aufa sudah menjengah usia 8 bulan 11 hari. Sepanjang lapan bulan itulah Abah tidak menulis apa-apa. Lebih teruk Abah juga tidak menghabiskan sebarang bahan bacaan. Ada 4 buku yang dibaca tetapi kesemuanya separuh jalan. Hangat-hangat tahi ayam kata pepatah melayu. Membaca bukan bertujuan mahu menunjuk tetapi sebagai manusia kita perlu ilmu supaya tidak diperbodohkan orang lain. Ingat Aufa! biar miskin harta, jangan miskin ilmu. Melihat Aufa membesar dihadapan Abah adalah sesuatu yang berharga. Abah sendiri melihat Aufa keluar, tersenyum, menangis, mengiring, ketawa,meniarap, merangkak dan sekarang duduk tanpa sokongan.  Ada masa Aufa bermain sendiri, menangis kerana lambat disusukan, dikacau sewaktu tidur dan lain-lain lagi. Masa terasa cepat berlalu. Meskipun Abah bukan ayah yang terbaik. Namun, pengalaman ini adalah guru buat diri kita. Aufa, kutiplah pengajaran hidup dari orang disekeliling kita bukan hanya berfikir tentang diri sendiri sahaja.

Tahun baru dan filem "The Stoning of Soraya M".

Image
Hidup ini perlumbaan? 2019 bermula dengan kesyukuran. Rezeki selalu datang dari jalan yang tidak kita sangka. Saya mula bekerja di SRITI Al-Huda Simpang Renggam. Hidup berumah tangga memang mengajar kita banyak perkara. Tolak ansur, kasih sayang, pengorbanan, komunikasi dua hala dan pelbagai lagi. Semoga tuhan kurniakan bahagia untuk kita semua. 2019 masih lagi tahun membaca dan menulis. Bacaan 2019 bermula dengan baik. Saya menghabiskan buku berkaitan beberapa tokoh pendidikan. Hasilnya adalah suntikan semangat dan motivasi untuk mula mengajar. Untuk penulisan pula, saya akan cuba bermula dari bawah semula. Menulis sekurang-kurangnya 100 perkataan sehari di buku, blog atau di mana sahaja. Membaca pula saya meletakkan target 10-20 muka surat sehari. Sebelum tahun baru tiba, isteri dan saya sempat menonton sebuah filem berdasarkan kisah benar dari Iran, The stoning Of Soraya M. Kisah seorang wanita yang di abaikan suami malah ditentang anak lelaki sendiri. Kisah seorang '

Tentang hari yang akan selalu dikenang.

Image
Butir peluh jatuh satu-persatu. Detik jam bergerak laju dari biasaa. Di sekeliling banyak mata memerhati dengan perasaan yang pelbagai. Aku hanya tertunduk kaku. Kekok dengan persekitaran yang hingar. Peristiwa 7 tahun lalu mula bermain di pelupuk mata. Sewaktu matahari sepenggalah, hawa panas menghembus perlahan. Pokok beroleng-oleng melambai lemah. Aku duduk menghadap leteran ketua biro. Akibat terlalu bosan, habis rumput dicabut, tanah ditarah dan rakan sebelah dikutil. Bosan adalah musuh yang menggagalkan dalam senyap. Habis sahaja leteran, kami bergerak ke pelosok padang untuk tugasan lanjutan. Ketika bekerja jangan terlalu serius dan kuat mengarah-arah. Aku jadi muak dengan arahan yang bertimpa-timpa. Mujur sarapan pagi tadi menyelerakan dari leterannya. Dalam tak sedar, tugasan kami hampir selesai. Berjalan dari penjuru padang ke penjuru yang lain memakan masa yang panjang ketika matahari sudah terpacak di atas kepala. Di tengah padang, aku sempat berangan menjadi seoran

Kereta Api Malam

Image
Kereta api kenangan. Sebatang demi sebatang rokok dihisap, kereta api ke Kuala Lumpur masih belum tiba. Puntung rokok belum lagi terpadam, dia sudah menyalakan rokok yang baru. Mahu menghalau nyamuk katanya. Sepatutnya mereka akan berlepas dari Parit Buntar jam 11.23 malam namun jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Stesen Parit Buntar terletak di pinggir bandar. Tempatnya jauh terperosok dari kesesakan bandar. Cahaya lampu nampak suram dari kejauhan. Dinding kayunya masih dikekalkan sejak zaman 80-an, walaupun kebanyakannya sudah mulai mereput. Bunyi cengkerik silih berganti dengan suara orang berbual di ruang menunggu. “Kata cepat dan tepat, ni dah dekat dua jam. Asap kereta api pun tak nampak lagi,” dengus seorang pak cik tua kepada anaknya. Idham tersenyum dari jauh. Dia sudah lali dengan situasi sebegini. Kalau kereta api pukul 9 pagi, pukul 9.30 pagi baru dia sampai di stesen. Itu pun kelibat kereta api belum kelihatan. Walaupun selalu lambat, dia tetap memilih kereta api