Posts

Showing posts with the label buku

Tak ada idea bila aku masuk Islam : Sebuah perjalanan.

Sejujurnya, aku tak pernah mempunyai kawan dari kaum yang lain seperti Cina dan India. Kalau ada pun hanyalah pak cik India yang selalu menggunting rambut aku atau Uncle Cina yang selalu singgah untuk minum di kedai. Pernah sewaktu sekolah rendah, aku menghadiri sebuah kem yang menghimpunkan pelajar dari daerah Kulim-Bandar Baru. Ketika itu, baru aku temui sebilangan pelajar India dan mereka duduk berkelompok. Ketika pembahagian kumpulan, kelompok mereka dipisahkan dan aku di masukkan dalam kumpulan 9 (siapa lagi ahli kumpulan woi?) yang ahlinya semua berbangsa melayu. Hilang rezeki berkawan dengan bangsa lain. Anekdot ini dibaca sepanjang perjalanan pulang ke daerah Ilmu, Gombak. Ketika senja hampir berlabuh, hadir satu perenggan yang begitu menyentuh hati, "Kita berasakan kuat sebelum menghadapai sesuatu ujian." Terus aku tutup buku dan termenung panjang sambil corong radio memainkan lagu-lagu patah semangat. Tidak banyak yang boleh aku ulas tentang gaya penulisannya ...

Retro Bola Sepak : Semangat yang hilang.

Image
Aku selalu membayangkan dapat bermain untuk pasukan Kebangsaan atau paling kurang bermain untuk pasukan Negeri Kedah. Mungkin sudah terlewat untuk aku betul-betul merealisasikan impian ini. Mungkin, kuasa tuhan siapa tahu. Sepanjang pembacaan, buku ini banyak memberi fakta baru kepada aku. Asal usul jenama Puma dan Adidas, kontrovesi dalam Piala Dunia, kisah Mokhtar Dahari dan skuad Kebangsaan serta lain-lain lagi. Sesuai dengan nama buku tersebut, hampir keseluruhan faktanya  bersifat retro. Mungkin bagi mereka yang telah lama mengikuti laman FB Retro Bola Sepak fakta itu telah lama di baca. Tidak bagi aku. Perkara yang paling menggamit memori aku ialah ketika penulis menceritakan tentang perlawanan persahabatan antara Brazil dan Malaysia pada tahun 2002. Seingat aku, NTV7 ada menyiarkan siaran langsung perlawanan tersebut. Ketika itu, rangkaian NTV7 masih belum meluas. Rumah aku sendiri belum ada siaran NTV7. Mujur ketika itu aku dalam perjalanan pulang ke kampung. Dapatlah ...

Kumpulan cerpen - Kekasih Sam Po Bo.

Karya Kekasih Sam Po Bo merupakan kumpulan cerpen penulis. Di dalamnya terkandung 30 buah cerpen dari pelbagai genre antaranya Bulan Sabit di Chiang Mai, Bulan Mengambang di langit KL dan lain-lain lagi. Irisan-irisan mimpi menjadi cerpen permulaan bagi buku ini. Saya dibawa jauh ke Kepulauan Borneo untuk meneliti kisah kekeluargaan yang sarat dengan emosi. Elemen pengorbanan, kesetiaan dan pengharapan digarap dengan baik sehingga mampu menyentuh perasaan pembaca. Setelah separuh jalan buku ini diteliti gaya penulisannya, saya ditemukan dengan Cinta dalam jambangan ilalang. Berlatar belakangkan kota Paris, bermodalkan isu 'terroism' dan dihiasi dengan kisah cinta 2 darjat. Dari kaca mata seorang pembaca amatur, cerpen ini saya rasakan antara yang terbaik. Buat pencinta keindahan, saya hadiahkan cerpen ini untuk anda telusuri. Kisah 7 pemuda yang tidur di dalam gua menjadi pengakhiran untuk buku ini. Saya diterbangkan ke timur tengah malah dibawa ke zaman yang berabad lama...

Ahli Alkimia - Paulo Coelho.

Image
Ahli Alkimia Semasa dalam perjalanan pulang ke Taman Ilmu dan Budi, kenderaan bergerak perlahan menuju ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Dalam kesesakan lalu lintas, sempat saya menghabiskan sebuah kisah yang padat dengan pengembaraan. Hasil karya Paulo Coelho, “The Alchemist”. Namun, buku yang saya miliki adalah hasil terjemahan ke dalam bahasa melayu. Kisah seorang anak muda yang mempunyai impian yang besar, menjelajah hampir ke setiap pelusuk dunia untuk mencari ‘harta karun’ yang tersembunyi. Pengembaraan bersama jiwa dunia, cinta, mimpi dan kuasa hati berjaya membawa pembaca merasai pengalaman seorang budak yang asalnya penggembala kambing didalam pengembaraannya yang luar biasa. Antara perkara yang paling saya ingati ialah berkaitan hati dan jiwa dunia. Keinginan hati mampu membuatkan melakukan pelbagai perkara, meskipun ianya mustahil. Apabila keinginan mengatasi segala perkara, ternyata ianya membantu kita untuk melakukan sesuatu perkara. Perihal jiwa dunia...

Cik Hujan.

Image
Cik Hujan. Saya amati baris demi baris cerpen bertajuk 'Cik Hujan'. Saya cuba hayati setiap makna ayat. Ternyata ia sebuah kisah yang menghadiahkan saya sebuah rasa, tentang memberi. "Syarat utama dalam memberi, kita tak boleh mengharap balasan yang sama daripada orang yang serupa. Meski yang kau beri adalah sebuah puisi. Meski yang kau beri adalah hati kau sendiri." Bagi sesiapa yang ingin merasai apa yang saya rasa. Dapatkan segera buku yang bertajuk Bukan Dorman. P.s : Saya masih menanti 'Cik Hujan' datang ketika saya sibuk menghirup kopi. Sekian.

Surat kepada bekas kekasih.

Image
Tak beli rugi, tak baca lagi rugi. Surat kepada bekas kekasih. Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan tentang satu tulisan daripada buku Alif Lam Lam Ha keluaran Dubook Press. Surat kepada bekas kekasih tulisan saudara Asyraf Muiz Roslan, mengisahkan tentang sa-orang gagalis yang menulis surat kepada kekasehnya. Intipatinya lebih berputar sekitar persoalan cinta dan kehidupan. Cinta adalah harapan. Membunuh cinta bererti memusnahkan harapan. Kata penulis, dosa membunuh harapan lebih besar dari membunuh fizikal atau jasad. Maksud harapan menurut Kamus Dewan Pelajar ialah sesuatu atau seseorang yang di harapkan. Harapanlah yang membuatkan kita terus memberi kepercayaan kepada seseorang dalam kehidupan. Selain itu, surat ini juga mengajar bahawa apabila gagal dalam sesuatu perkara, bukan kegagalan yang harus diratapi tetapi memaknakan kegagalan. Bagaimana ingin memaknakan kegagalan ? Persoalan di atas mungkin terjawab apabila saudara/saudari membeli dan ...