Posts

Showing posts from September, 2015

Berkongsi bahagia.

Semalam tuhan menampakkan kasih sayangnya terhadap manusia. Mana tidaknya, sejak awal pagi lagi aku dikurniakan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Bermula dengan ‘tweet’ dari seorang kenalan perihal poskad, kemudian dihidangkan pula dengan kek dari teman ‘instagram’ dan mendapat hadiah ulangtahun berupa roti, kaya, sup cendawan, baju kemeja dan beberapa pesanan ringkas. Perkara ini kebanyakan kita hanya memandangnya sebagai sesuatu yang kecil. Namun, pepatah inggeris menyatakan “Sometimes the little things bring the great joy” yang bermaksud, ‘Kadang-kadang perkara yang kecil membawa keseronokkan yang luar biasa.’ Begitulah juga perasaan aku bila diamati setiap perkara yang berlaku. Kata orang, setiap perkara ada hikmahnya dan hikmah bagi setiap orang berbeza-beza. Maka, bermulalah pengajian di semester yang baru. Awal-awal lagi aku disajikan dengan pelbagai program. Antaranya satu diskusi berkenaan pendidikan percuma. Namun, faktor masa dan tiada kenderaan membantutkan h

Suatu malam yang indah.

Malam ini indah seperti biasa. Namun ianya diserikan lagi dengan rintik-rintik hujan yang turun memainkan lagu kedamaian. Biasanya, bunyi cengkerik yang akan menghiburkan aku sewaktu langit gelap tetapi tidak untuk hari ini. Ternyata hujan lebih menghiburkan dan mengasyikkan.                          Seminggu yang lalu, sewaktu sibuk dengan semester pendek walaupun hanya mengambil dua subjek, bahasa melayu dan tilawah. Namun, disebabkan semester itu pendek tempoh pengajiannya menyebabkan segala perkara perlu dilakukan dengan pantas. Aku mengambil kelas bahasa melayu bersama Cikgu Bakri. Orangnya berkaca mata, kulitnya cerah dan pandai berseloroh. Boleh aku katakan bahawa pelajar kelas ini agak pasif termasuk aku tetapi cikgu tak pernah menghampakan kami dengan lawaknya yang bersahaja. Kelas aku bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 10 pagi bahkan ada masanya cikgu mengahbiskan awal kelas jika tiada yang bertanya. Selalunya begitu, tiada yang akan bertanya. Setelah habis k