Posts

Catatan Ramadhan #2

Aku suka mengembara tapi aku jarang dapat lakukannya. Benarlah kata orang, "benda yang kita suka, tak semestinya kit dapat." Antara faktor yang yang menghalang minat aku adalah wang, masa dan hal-hal lain. Jadi, cara untuk memuaskan hati aku untuk mengembara adalah dengan melihat rakan-rakan atau orang lain mengembara dan membaca tulisan mereka tentang pengembaraan itu. Aku cukup teruja dengan mereka. Mengembara ke merata tempat, mengkaji masyarakat, melihat tinggalan sejarah, menikmati keindahan pantai dan sebagainya. Hasil tulisan mereka membuatkan aku begitu cemburu kerana mereka berpeluang melihat sendiri keindahan alam yang luas terbentang. Aku hanya mampu menatap gambar di Instagram, Facebook dan Twitter dengan harapan dapat menjejakkan kaki ke sana. Buat rakan-rakan, mengembaralah selagi ada kesempatan dan tulislah serta kongsikan pengalaman anda kepada semua. "Buai daku dengan cerita-cerita indahmu kawan, agar aku bisa diulit mimpi indah kesana."

Catatan Ramadhan #1

14 Ramadhan 1436 Hari ini media sosial kecoh memperkatakan tentang harga minyak yang naik lagi. Sebelum ini pula tersiar di akhbar-akhbar, kisah seorang anak kecil di pukul sehingga mengalami cacat kekal. Selain daripada itu, keadaan ekonomi Malaysia yang tidak stabil, berita negara Greece yang dikhabarkan Muflis dan pelbagai lagi hura-hara yang berlaku. Namun, disebalik hura-hara yang heboh diperkatakan. Masih ada di celah-celah kekalutan itu sinar kemanusiaan. Banyak inisiatif sendiri yang dilakukan oleh penduduk bumi khususnya rakyat Malaysia bagi membantu antara satu sama lain. Misalnya, memberi makan kepada gelandangan, memberi kurma dan bubur lambuk untuk berbuka, memberi pendidikan percuma kepada anak yatim dan pelbagai lagi. Saya percaya setiap orang ada keinginan untuk melakukan kebaikan dan saya juga percaya setiap orang akan gembira jika mereka berada di dalam lingkungan kebaikan itu. Satu perkara yang saya risaukan ialah sifat bersangka buruk terhadap orang lain. Jujur s...

Aku ingin bersederhana.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semuanya sihat dan bahagia sentiasa. Malam memang menenangkan. Kita menanti waktu malam untuk melepaskan lelah apabila penat seharian bekerja. Malam juga memberikan kita fokus untuk beribadah kepada pencipta. Malah malam adalah waktu yang sesuai untuk kita bermuhasabah. Pada waktu malam, ada nilai sentimental yang memberi kesan kepada jiwa-jiwa manusia. Pada malam ini, hati terdetik untuk menulis sesuatu. “Aku ingin bersederhana.” Kisahnya bermula ketika hujan mulai reda dan senja menampakkan keindahannya.  Senja memang tak pernah mengecewakan dan senja sentiasa buatkan aku jatuh cinta. Aku terpegun sebentar dengan pesona dunia. Sungguh, peralihan waktu daripada siang kepada malam terdapat tanda-tanda kebesaran Tuhan Yang Esa. Tiada siapa dapat nafikannya. Malam ini jadi lebih indah apabila cuacanya sejuk dan mendamaikan kerana hujan turun pada waktu petang. Malam jadi lebih bermakna apabila aku sempat menghadiri forum membincang...

Ahli Alkimia - Paulo Coelho.

Image
Ahli Alkimia Semasa dalam perjalanan pulang ke Taman Ilmu dan Budi, kenderaan bergerak perlahan menuju ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Dalam kesesakan lalu lintas, sempat saya menghabiskan sebuah kisah yang padat dengan pengembaraan. Hasil karya Paulo Coelho, “The Alchemist”. Namun, buku yang saya miliki adalah hasil terjemahan ke dalam bahasa melayu. Kisah seorang anak muda yang mempunyai impian yang besar, menjelajah hampir ke setiap pelusuk dunia untuk mencari ‘harta karun’ yang tersembunyi. Pengembaraan bersama jiwa dunia, cinta, mimpi dan kuasa hati berjaya membawa pembaca merasai pengalaman seorang budak yang asalnya penggembala kambing didalam pengembaraannya yang luar biasa. Antara perkara yang paling saya ingati ialah berkaitan hati dan jiwa dunia. Keinginan hati mampu membuatkan melakukan pelbagai perkara, meskipun ianya mustahil. Apabila keinginan mengatasi segala perkara, ternyata ianya membantu kita untuk melakukan sesuatu perkara. Perihal jiwa dunia...

Suatu hari...

Image
Perjalanan ini kadangkala dipenuhi dengan pelbagai rintangan. Jarang pelangi hadir tanpa turunnya hujan, begitu juga dalam kehidupan, sudah menjadi asam garam dalam kehidupan itu sendiri merasai kesusahan.  Hujung minggu ini saya disibukkan dengan aktiviti-aktiviti yang luar biasa bersama dengan teman-teman yang juga luar biasa, aktivitinya juga luar biasa bagi saya. Seawal jam tujuh pagi, kami berhimpun di hentian bas berhadapan bangunan Kulliyyah Pendidikan. Setelah bas datang, masing-masing menaiki bas dan bas meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan. Sepanjang perjalanan, tak banyak yang dapat saya bualkan kerana saya memilih untuk duduk seorang dan hanya menghiburkan diri dengan menikmati pemandangan di luar serta mendengar celotoh juru hebah radio. Kami singgah di Bentong untuk sarapan pagi. Nyaman suasana disitu, matahari masih di lindung kabus, mata air masih belum kering. Tak tumpah dengan suasana kampung saya. Kami teruskan perjalanan. Perasaan mengantuk m...

Penang : Perjalanan yang tertangguh.

Image
Bermulanya perjalanan ini dengan langkah yang pertama. Tanpa langkah yang pertama, masakan kita mampu bergerak kehadapan. Perjalanan bermula apabila kami menaiki kereta api yang membawa gerabak yang dipenuhi penumpang menuju ke utara tanah air. Saya amati wajah seorang demi seorang, ternyata riak wajah mereka seperti tidak sabar untuk menikmati percutian ini. Satu perkara yang saya nasihatkan sebelum kami menaiki kereta api adalah menyuruh mereka membawa baju sejuk kerana di dalam gerabak nanti, suhunya sangat sejuk. Semasa satu pertiga perjalanan, ketika mata masih segar dan malam masih muda, sempat kami borakan tentang rancangan kami sepanjang tiga hari dua malam di sana nanti. Hanya berbekalkan dua cawan milo panas, lawak jenaka Apek dan beberapa peta Pulau tersebut, perancangan siap didraf. Akhirnya kami memilih untuk tidur kerana malam sudah hampir kehujungnya sambil diselimuti angin yang dingin. 5.30 pagi...... Kereta api kami berhenti di Stesen Butterworth. Langit ket...

Untuk yang hidup

Aku mencuri sedikit masa untuk menulis. Sudah terlalu lama tidak menulis, walhal dulu aku katakan, "Jika kita minat menulis, kita akan berusaha mencari masa untuk menulis walaupun pun hanya seketika."   Maafkan aku.  Selepas ini, aku bakal pulang ke rumah dan tiada lagi sambungan internet. Keadaan sedemikan membuatkan aku lebih susah untuk menulis, jadi aku isi kesempatan ini walaupun sekarang ini musim peperiksaan. Hidup, Sesak rasanya aku sekarang. Ada sahaja perkara yang tidak kena. Aku berkata tetapi aku mengotakannya. Banyak hati insan yang aku terlepas pandang.  Maafkan aku. Ada suatu saat aku fikir yang aku banyak benar susahkan orang, jadi aku pilih untuk sendiri. Hal ini sangant kontradiksi dengan aku. Ya, aku mahu jadi aku yang sebenar. Benarlah kata-kata supaya kita menjadi diri sendiri tetapi apa guna menjadi diri sendiri, andai diri sendiri itu buruk rupanya. Hidup, Dalam banyak perkara, kita harus sedar yang sebenarnya kita tahu apa yang...