Posts

Air mata Jentayu.

Image
Hari ini Jentayu menangis lagi. Sawah padinya tidak lagi berbuah dan menguning. Bangau tidak lagi hinggap dibelakang kerbau gembala. Tawa riang kanak-kanak juga tiada lagi kedengaran. Yang ada hanya jentolak rakus menyodok kedamaian, debu-debu berterbangan dibawa lori tanpa lesen dan gunung Jentayu yang masih gagah berdiri. Watak Dato Zuri dan Dato Yadi sedikit sebanyak menunjukkan kepada kita bagaimana ahli politik bekerja. Keuntungan kepada mereka lebih diutamakan daripada kebajikan rakyat. Mereka hidup menginjak orang lain untuk berada diatas. Mereka bertanding bukan untuk menunjukkan siapa lebih berkebajikan tetapi siapa yang lebih setan. Identiti Haji Chenon, Mak Milah, Jora dan penduduk kampung yang lain menunjukkan realiti bahawa sesuci mana pun perjuangan pasti akan dikalahkan oleh kuasa politik. Sudah banyak kisah benar yang kita dengar mengenai pencerobohan di kampung-kampung atas nama ‘kemajuan dan pembangunan’. Sayangnya kemajuan dan pembangunan itu tidak memberi ...

Aku seorang pemain bola sepak?

Semalam aku bermimpi menjadi seorang pemain bola sepak. Sememangnya menjadi pemain bola sepak sudah menjadi impian aku sejak kecil lagi. Abah juga mungkin menjadi faktor mengapa aku begitu berminat terhadap bola sepak. Aku sering mengimpikan dapat bermain bersama pasukan Hijau Kuning, mahupun pasukan kebangsaan. Sejak kecil lagi aku mengikuti perkembangan bola sepak dalam negara mahupun luar negara. Bermula dengan Piala Dunia 1998 yang dimenangi oleh Perancis, sewaktu Kedah masih di pertengahan liga Perdana, pasukan Liverpool yang dibarisi oleh Micheal Owen dan ketika itu Akmal Rizal masih lagi seorang penyerang pasukan kebangsaan. Semua masih aku ingati. Sewaktu sekolah rendah jugalah aku berjaya dipilih mewakili daerah meskipun hanya menghangatkan bangku simpanan. Dari situ aku mulai sedar, minat sahaja tidak akan membawa kita kemaa-mana. Kekecewaan aku benar-benar terserlah kerana tidak dipilih mewakili pasukan bola sepak di sekolah menengah. Mungkin saiz badan aku terlalu kecil at...

Kumpulan cerpen - Kekasih Sam Po Bo.

Karya Kekasih Sam Po Bo merupakan kumpulan cerpen penulis. Di dalamnya terkandung 30 buah cerpen dari pelbagai genre antaranya Bulan Sabit di Chiang Mai, Bulan Mengambang di langit KL dan lain-lain lagi. Irisan-irisan mimpi menjadi cerpen permulaan bagi buku ini. Saya dibawa jauh ke Kepulauan Borneo untuk meneliti kisah kekeluargaan yang sarat dengan emosi. Elemen pengorbanan, kesetiaan dan pengharapan digarap dengan baik sehingga mampu menyentuh perasaan pembaca. Setelah separuh jalan buku ini diteliti gaya penulisannya, saya ditemukan dengan Cinta dalam jambangan ilalang. Berlatar belakangkan kota Paris, bermodalkan isu 'terroism' dan dihiasi dengan kisah cinta 2 darjat. Dari kaca mata seorang pembaca amatur, cerpen ini saya rasakan antara yang terbaik. Buat pencinta keindahan, saya hadiahkan cerpen ini untuk anda telusuri. Kisah 7 pemuda yang tidur di dalam gua menjadi pengakhiran untuk buku ini. Saya diterbangkan ke timur tengah malah dibawa ke zaman yang berabad lama...

Kata-kata dan kenangan.

Image
Mercu tanda Parit Buntar Ketika waktu sudah semakin singkat, Ketika kepala memilih untuk berfikir dari berehat. Mata di pejam mengharapakan sepi sendiri, Sepi yang kemudian bertukar menjadi hingar, Hingar dengan kata-kata dan kenangan. Entah kenapa kata-kata dan kenangan muncul ketika sepi lebih mendamaikan, Kata-kata itu katanya adalah sebuah puisi, Kenangan itu katanya adalah sebuah masa lalu. Jadi, untuk apa kata-kata dan kenangan ini, Untuk dijadikan liburan atau untuk dibanggakan ?

Hujan di penghujung petang.

Image
Penghujung petang itu ditemani hujan. Langit yang selama ini memancarkan bahangnya bertukar mendung. Aku memilih untuk duduk di tepi tingkap bagi merasai rintik-rintik hujan yang terbias. Sudah lama bau enak hujan tidak menerpa ke rongga hidung dan kali ini aku mengambil kesempatan untuk menarik nafas sedalam-dalamnya. Menikmati keenakan bau hujan seperti menikmati secawan kopi panas. Sewaktu cuti semester dahulu aku tidak mempunyai kesempatan sedemikian kerana cuaca di Kedah terlalu panas sehingga sekolah ditutup selama dua hari. Terlalu banyak yang boleh dipelajari dari hidup tapi kita sering melupakannya. Aku tertarik dengan falsafah berkaitan sederhana. Sederhana dalam erti kata tidak haloba dan ingin menang dengan cara apa sekalipun. Hidup dalam suasana yang santai, manusia tidak tergopoh-gapah mengejar itu ini, tidak terlalu inginkan pangkat dan harta. Penghujung hidup yang indah memang menjadi impian kita semua tetapi bagaimana kita memberi erti dan warna di tengahannya.

Langit Petang

Image
Langit petang sangat indah dan sayu dihujungnya. Cahaya matahari calar balar disebalik awan. Angin sekali-sekala bertiup, menyapu daun-daun kering yang gugur. Melihat orang lalu-lalang pulang dari kelas, menuju ke kafeteria dan asrama. Mungkin malam mereka diisi dengan perjumpaan persatuan dan dihiasi bulan bintang. Aku terus mengelamun walaupun orang sekeliling sedikit hingar-bingar. Suasana begini adalah sangat sesuai untuk seorang manusia yang selalu mencari masa untuk dirinya. Waktu-waktu beginilah perlu diisi dengan membaca sebanyaknya. Tidak kiralah membaca buku ataupun membaca keadaan sekeliling. Sambil duduk berbual bersama rakan sekelas, aku meneguk sisa air mineral yang tinggal. Mereka berbual mengenai tugasan yang diberikan sebelum ini, pergi ke suatu tempat untuk menyendiri dan tulis mengenainya. Kisah satu Ceritanya ringkas. Pergi ke HS Square dan tertarik dengan burung-burung yang hinggap di dahan pokok. Katanya semasa cuti yang lalu, dia berpeluang ke T...

Suatu pagi.

Image
Suatu pagi... Suatu pagi, hujan lebat turun membasahi bumi. Aku yang masih di pembaringan berkira-kira untuk ke bilik air. Siapa yang sanggup untuk mandi sewal lima pagi, tambahan pula hujan di luar sana. Aku mengelamun seketika. Teringat nasihat emak tempoh hari, “Mi, orang dulu-dulu susah, nak makan nasi kena tanam padi sendiri. Nak makan ikan kena tangkap sendiri dalam sungai. Nak makan kuih, tepung kena uli sendiri. Bil air, api tak kena bayar. Mandi kena p telaga, sungai. Letrik kena pasang lilin. Zaman sekarang senang dah, semua ada tapi semua kena bayar. Belajar la hidup susah, baru kita hargai jasa orang tua kita.” Lamunan aku terhenti. Azan subuh kedengaran dari kejauhan dan rintik hujan masih belum berhenti.