Apakah itu makna kawan?

Suatu malam, saya cuba merungkaikan satu makna, kawan. Puas bermain dengan persoalan ini, saya cuba minta pendapat rakan-rakan lain. Jadi, ini adalah satu jawapan yang di respon.

Soalannya mudah, "Apakah itu makna kawan?"

Saya tertarik membahas tentang ini apabila saya mengenali perkataan "ukhuwwah islamiyyah". Saya terus mendalaminya. Tidak cukup dengan akujanji dan ikat tangan, tetapi perkataan ini mesti ada nilai maknanya yang tersendiri. Jadi, apakah maksud dan rasa sebenar persahabatan, ukhuwwah, atas nama Allah?

Saya suka dengan pendapat Ibnu Qayyim Al Jauziy dalam kitabnya Dzamm Al Hawa yang mengelaskan peringkat-peringkat perasaan, cinta, yang kosakatanya berbeza di dalam bahasa Arab. Tingkat cinta yang paling tertinggi ialah "Khullah". Apakah itu Khullah sehingga tingkatnya diletakkan sebagai yang tertinggi?

Sebelum Khullah, ada cinta yang difahami oleh manusia biasa. Iaitu "Mahabbah". Kata Imam Al-Hujwiri dalam kitabnya Kasyful Mahjub, Mahabbah berasal dari kata “habbah” yang bererti benih-benih/biji yang jatuh ke bumi di padang pasir. Sebagaimana benih itu tersebar di gurun pasir, tersembunyi di dalam tanah, dihujani oleh terpaan angin, hujan dan sengatan matahari, disapu oleh cuaca panas dan dingin, benih-benih itu tidak rosak oleh perubahan musim. Demikian halnya cinta sejati, tak lapuk dengan sengatan mentari dan guyuran hujan, tak lekang oleh perubahan musim dan tak hancur berantakan oleh terpaan angin.

Khullah itu tingkatnya lebih tinggi dari Mahabbah. Khullah itu beerti "PERSAHABATAN". Ulama' mengelaskannya setelah meneliti hadis Rasulullah SAW, "Sesungguhnya manusia yang paling banyak memberikan jasa kepadaku dalam persahabatan dan hartanya adalah Abu Bakar. Seandainya aku (boleh) mengambil KHALIL (kekasih) selain Rabbku nescaya aku akan menjadikan Abu Bakar (sebagai khalil), sebagai persaudaraan Islam dan kasih sayangnya. Tidak akan tersisa satu pintu pun di masjid kecuali tertutup, melainkan pintu Abu Bakar.” (HR. Bukhari, Fathul Bari 7/359 hadits 3604).

Saya tertanya-tanya apakah ada sahabat yang mampu menahan sakitnya sengatan kala berbisa hanya untuk memastikan sahabatnya tidur lena sehingga terkeluar air matanya? Apakah yang sebenarnya ada dalam hati dan perasaan Abu Bakar RA ketika itu? Inilah jawapannya; KHULLAH.

Indah betul kehidupan ini apabila kita memang memiliki sahabat yang benar-benar di atas landasan "ukhuwwah lillah", bukan hanya sekadar sangkaan semata-mata. Di sinilah menemukan besarnya beza antara sahabat yang mengajar dan mengajak, yang berjiwa "murabbi" (membimbing dengan memahami) dan berjiwa "mufti" (menghukumi).

Semoga catitan saya atas persoalan Fahmi Kashfi ini bermanfaat buat mereka yang mencari hakikat cinta atas dasar "ukhuwwah lillah". Dimasukkan ke dalam nota usrah dalam bab "Ukhuwwah" atau dijadikan falsafah persahabatan yang indah dan bermakna. Dan memahami beza antara hakikat dan retorika.

Sekiranya kita tidak mampu ke syurga dengan amal lain, semoga kita beroleh ke syurga kerana KHULLAH yang cuba kita bina bersama.

Oleh. Saudara Hafizul Faiz.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

Mulakan Hari ini

One Big Family :)