Suatu hari di Aidilfitri.

Raya tanpa tema.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Terusik hati melihat kanak-kanak riang berlari kesana-kemari. Terkenangkan kenangan beraya dahulu. Pelita, mercun, meriam, kad raya dan pelbagai lagi.

Setelah puas berjalan raya di hari pertama, syawal kedua disambut dengan tangisan hujan. Cukup syahdu. Persoalan-persoalan menujah di minda, satu persatu difikir, dicerna. Tergerak hati untuk menulis tentang hati.

Mengapa hati di cipta berbolak balik ?
Hati bukan jantung. Hati yang di maksudkan bukanlah berbentuk fizikal tetapi ianya adalah sebuah rasa. Rasa yang tiap-tiap insan punyai berbeza-beza. Cinta, Sedih, Cemburu, Percaya. Setiap manusia berbeza memiliki definisi yang berbeza bagi setiap sesuatu. Ada manusia percaya cinta itu menguatkan, ada yang bertegas cinta itu berkaitan itu ini.

Tulisan ini tidak mampu menjawab persoalan di atas kerana kita sentiasa berbeza pendapat. Jadi jawapan ringkas ini di harap membantu. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

Mulakan Hari ini

One Big Family :)