Bungkam jiwa.



Gambar ini dirakam ketika waktu senja di CFS PJ.
Suatu jangka masa yang lama saya tidak menulis. Kesibukan yang tidak disengajakan dan perkara sampingan membuatkan saya gagal mencuri masa untuk menulis sekurang-kurangnya satu perenggan.

Hampir dua minggu saya bermundar-mandir di dalam kampus, ianya sesuatu yang menekan jiwa kerana boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu saya pasti keluar dari kampus. Minggu in saya dapat peluang keluar dari kampus. Perasaan saya begitu teurja. Apabila keluar dari kampus, banyak perkara yang saya peajari. Benarlah kata-kata sahabat saya "Banyak lagi 'subjek' kehidupan yang harus mahasiswa hadami." Masih banyak perkara yang kita perlu pelajari dalam kehidupan bukan hanya melalui proses pembelajaran di dalam kelas tetapi melalui pengalaman.

Sesunguhnya saya hanya insan yang kerdil dan kurang pengaaman berbanding rakan-rakan lain. Jadi, segala nasihat dari kalian amat saya tagih. Sekarang, saya begitu yakin untuk menyelami sesuatu perkara supaya saya dapat belajar dengan 'pengalaman'. Ya, kita takut untuk membuat silap. Kalau begitu, duduk sahaja di atas sejadah sambil memegang zikir. Sekian.

***
Bungkam jiwa

Maafkan aku.
Lautan luas ini adalah kehidupan,
Sampan kecil ini adalah aku,
Moga kita bertemu di muara.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

Mulakan Hari ini

One Big Family :)