Tumbuh tiada berbuah.
Sejarah boleh berulang, jadi Hati-hati sahabat. |
Kebelakangan ini 'post-post' saya banyak berkisar tentang lirik lagu, bukan lirik-lirik kosong yang cuba saya bawakan namun ia tersirat sedikit nilai untuk difahami. Sejak-sejak ini jugak, kerap bermain dibenak fikiran ''Adakah aku hasilkan tulisan, puisi yang syok sendiri ? ''
Kembali mengenal diri.
Kita sememangnya tak lari dari kesilapan membuat pilihan didalam hidup. Namun, ia tak bermakna kesilapan itu akan kita tanggung sampai keakhir hayat. Dihujung jalan pasti ada sinar kebahagiaan. Tak semua kesilapan berakhir dengan kesengsaraan. Hadapi dengan hati yang terbuka dan teruskan langkah.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kata-kata ini kerap kali kita dengar ketika ditimpa musibah. Hikmah ialah suatu perkara yang disebar kepada manusia mengikut zaman tanpa memandang agamanya. Ini menunjukkan bahawa, setiap manusia boleh merasai nikmat hikmah. Hikmah bukanlah barang yang dicicirkan umat islam, hikmah ialah sesuatu yang diberi dan perlu dicari. Didalam surah Al-Baqarah ayat 269, Allah berfirman :
'' Ia memberikan hikmah kepada siapa yang disukainya; dan siapa yang telah diberi hikmah sesungguhnya telah diberi banyak kebaikan; dan tiada yang dapat mengerti melainkan orang orang yang berakal.''
Sedarlah duhai manusia, kita semua sama walau apa pun kita didunia ini. Hakikatnya kita semua akan pulang kepadaNya. Kita cuma terlupa, terleka dengan dunia. Bukan bermakna kita perlu menolak dunia tapi betul firmanNya, kita ini diuji didunia, kejarlah dunia dan isinya dan beringatlah untuk hari seterusnya. Ladang ini jika diusahakan dengan baik, pasti memberi keuntungan suatu hari nanti.
Comments
Post a Comment