Perjalanan.


Seusai tamat dua kertas dan berbaki lagi dua kertas sebelum menjenguh cuti semester selama 3 bulan, sempat saya luangkan masa bersama rakan-rakan. Lepak, makan minum, wayang, Muzakarah dan sebagainya.


Satu Malam di rumah Usamah.

The library, 'Murah'
Pukul 7. Naik lrt menuju ke Stesyen Universiti. Sampai sana, Si Usamah datang dengan Adiknya, Salman. Punya la lapar, dia bawa pegi kedai mahal-mahal, memang makan makanan 'bajet' la jawapnya. Salad sikit, daging salai sikit, wafel sekeping dengan Coffee of the day. Habis semua, terus gerak Shah Alam. Sampai rumah, aku usik-usik laman 'Youtube'. Jatuh hati pula dengan lagu-lagu Owl City. To the sky, Fireflies, Shine your way, Metropolis. Sempat siapkan satu 'e-mail', entah baca ke tidak. Terlelap dan jaga sebab kesejukan. Aku jenis tak tahan sejuk-sejuk tapi ada hati nak 'fly' merata-rata. Heh. Pagi. Usamah bebel suruh sarapan, aku tertidur. Pagi itu juga, aku ada 'event' dekat UKM, Muzakarah Jenayah Syariah. Aiman datng rumah Usamah dan menuju ke Bangi.

Sehari Bersama Aiman Uslim.

Ustaz Fathul Bari.
Sepanjang perjalanan ke Bangi tak banyak yang kami bualkan. Aku cuma soalkan pasal tempat belajar dia, Purdue University, Amerika. Sampai di UKM, terus ke Dewan berlangsungnya acara tersebut. Konklusi yang dapat, kita secara umumnya masih di takuk yang lama. Masih perlu banyak budayakan ilmu, jangan sempitkan pemikiran dan terlalu taksub dengan sesuatu. Sungguh, aku bukan insan yang layak nak ulas bab-bab agama tapi apa yang baik elok disampaikan. Lepas Ustaz Fathul Bari cakap, aku ajak Aiman balik. Singgah Burger King. Melihat karenah rakyat Malaysia, seronok. Banyak aku belajar. Sampai Uia, hujan. Puas rasa berjalan sana-sini.

Sepetang bersama Hanif Mahpa.

Edge of tomorrow. 4/5.
2.30 petang. Aku jumpa dengan Hanif Mahpa. 'Lunch' dekat Tastebuds lepas setengah hari ikat perut. Spagheti Carbonara, Ice blended Mochachino. Cukup mengenyangkan. Berlari-lari dalam lebat hujan untuk mengejar bas buat aku rasa 'happy'. Macam kanak-kanak. Kesejukan hujan, dalam lrt berlanjutan bila dalam pawagam. Sejuk. Habis 'Edge of tomorrow', cerita yang tak mengecewakan tapi sedikit bosan bila banyak sangat 'repeat'. Heh. 'Dinner' dengan KFC memang menguji kewangan aku tapi nak buat macam mana, sedap. Pulang dengan hujan.

Terima Kasih Usamah, Aiman, Hanif dan lain-lain. Ajar aku untuk bahagia supaya aku boleh buat orang lain bahagia.
Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

Mulakan Hari ini

One Big Family :)