Posts

Makna Cinta

Image
Adakah bunga lambang cinta ? Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, Dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan dalam dirinya. Cinta mampu melunakkan besi, Menghancurkan batu, Membangkitkan yang mati, Dan meniupkan kehidupan kepadanya. Dahsyatnya cinta apabila mampu menjadikan seorang budak sebagai pemimpin. Fahamilah cinta, Nilailah cinta, Melalui hati dan perasaan, Kerana ianya bukan objek yang boleh dilihat melalui mata kasar.

Suatu hari di Aidilfitri.

Image
Raya tanpa tema. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Taqabbalallahu minna wa minkum. Terusik hati melihat kanak-kanak riang berlari kesana-kemari. Terkenangkan kenangan beraya dahulu. Pelita, mercun, meriam, kad raya dan pelbagai lagi. Setelah puas berjalan raya di hari pertama, syawal kedua disambut dengan tangisan hujan. Cukup syahdu. Persoalan-persoalan menujah di minda, satu persatu difikir, dicerna. Tergerak hati untuk menulis tentang hati. Mengapa hati di cipta berbolak balik ? Hati bukan jantung. Hati yang di maksudkan bukanlah berbentuk fizikal tetapi ianya adalah sebuah rasa. Rasa yang tiap-tiap insan punyai berbeza-beza. Cinta, Sedih, Cemburu, Percaya. Setiap manusia berbeza memiliki definisi yang berbeza bagi setiap sesuatu. Ada manusia percaya cinta itu menguatkan, ada yang bertegas cinta itu berkaitan itu ini. Tulisan ini tidak mampu menjawab persoalan di atas kerana kita sentiasa berbeza pendapat. Jadi jawapan ringkas ini di harap membantu. Sekian.

Love Story

“The minute i heard my first love story, i started looking for you, not knowing how blind that was. Lovers don’t finally meet somewhere, they’re in each other all along.” A qoute from Mukhsin film. Deep.

Ramadan Si anak kecil.

Saya rasa masih belum terlewat untuk anak kecil ini menyanyikan lagu sambil mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan. Sekian.

Mengenal erti kawan.

Image
Kawan ? Persoalan ini yang aku timbulkan sebelum dijawab oleh beberapa kenalan. Semoga kita menjadi seorang kawan. Tatkala kita tiada teman, kita sering merasa kesunyian. Bila di kelilingi sahabat handai, ada perilaku sahabat yang mengguris hati. Jadi, apa sebenarnya erti kawan dan perlukah kita terlalu bersikap selektif dalam berkawan. Segala persoalan ini saya tidak dapat rungkaikan kerana kecetekan ilmu dan pengalaman. Namun, saya cuba berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang di kutip dalam hidup ini. Dalam proses menuju zaman dewasa, kita semakin banyak mengharungi persimpangan-persimpangan yang memerlukan kita membuat pilihan. Ya, hidup ini berkisar tentang sebuah pilihan, kiri atau kanan, baik atau buruk. Terkadang kita silap dalam membuat pilihan tetapi perkara itulah yang mematangkan dalam kehidupan. Kawan sememangnya suatu perkataan yang sinonim buat makhluk manusia. Jarang kita dapat dengar manusia tidak suka berkawan dan hidup sendirian. Saya adalah seseorang yan...

Apakah itu makna kawan?

Suatu malam, saya cuba merungkaikan satu makna, kawan. Puas bermain dengan persoalan ini, saya cuba minta pendapat rakan-rakan lain. Jadi, ini adalah satu jawapan yang di respon. Soalannya mudah, "Apakah itu makna kawan?" Saya tertarik membahas tentang ini apabila saya mengenali perkataan "ukhuwwah islamiyyah". Saya terus mendalaminya. Tidak cukup dengan akujanji dan ikat tangan, tetapi perkataan ini mesti ada nilai maknanya yang tersendiri. Jadi, apakah maksud dan rasa sebenar persahabatan, ukhuwwah, atas nama Allah? Saya suka dengan pendapat Ibnu Qayyim Al Jauziy dalam kitabnya Dzamm Al Hawa yang mengelaskan peringkat-peringkat perasaan, cinta, yang kosakatanya berbeza di dalam bahasa Arab. Tingkat cinta yang paling tertinggi ialah "Khullah". Apakah itu Khullah sehingga tingkatnya diletakkan sebagai yang tertinggi? Sebelum Khullah, ada cinta yang difahami oleh manusia biasa. Iaitu "Mahabbah". Kata Imam Al-Hujwiri dalam kitabnya Kasyful ...

Ramadan yang dulu

terkenang masa-masa dahulu... Ramadan dahulu kala... Sahur waktu yang paling kritikal. Nak bangun tu susah sungguh. Kalau dah bangun tu, usaha cari 'port' lain nak tidur, berkali-kali bangun dari tidur lepas tu tidur balik. Masa makan pun curi-curi juga tidur. Bila kena marah, mulalah terkebil-kebil. Apa yang buat aku bangun juga adalah, lepas sahur tidurlah balik. Haha.  Sementara nak tunggu subuh tu, sempat lagi tidur, kadang-kadang terlajak la juga. Bila tengok adik-adik aku buat balik benda yang sama, lawak pula rasa. Seharian berpuasa semestinya sesuatu yang meletihkan. Bila dah tak sahur, mulalah nak ponteng puasa. Alasan itu ini. bila dah berbuka, satu kegembiraan. Satu lagi bila terawih, bukan seronok terawih tapi seronok main. Aci ligan, polis and thieve, nyorok-nyorok, mercun dan segala bagai. Habis terawih, tadarus ramai-ramai. Tapi itu semua dulu. ***