Posts

2020 dan perkataan yang terbang.

Image
Sewaktu tulisan ini ditulis, Aufa sudah menjengah usia 8 bulan 11 hari. Sepanjang lapan bulan itulah Abah tidak menulis apa-apa. Lebih teruk Abah juga tidak menghabiskan sebarang bahan bacaan. Ada 4 buku yang dibaca tetapi kesemuanya separuh jalan. Hangat-hangat tahi ayam kata pepatah melayu. Membaca bukan bertujuan mahu menunjuk tetapi sebagai manusia kita perlu ilmu supaya tidak diperbodohkan orang lain. Ingat Aufa! biar miskin harta, jangan miskin ilmu. Melihat Aufa membesar dihadapan Abah adalah sesuatu yang berharga. Abah sendiri melihat Aufa keluar, tersenyum, menangis, mengiring, ketawa,meniarap, merangkak dan sekarang duduk tanpa sokongan.  Ada masa Aufa bermain sendiri, menangis kerana lambat disusukan, dikacau sewaktu tidur dan lain-lain lagi. Masa terasa cepat berlalu. Meskipun Abah bukan ayah yang terbaik. Namun, pengalaman ini adalah guru buat diri kita. Aufa, kutiplah pengajaran hidup dari orang disekeliling kita bukan hanya berfikir tentang diri sendiri sahaj...

Tahun baru dan filem "The Stoning of Soraya M".

Image
Hidup ini perlumbaan? 2019 bermula dengan kesyukuran. Rezeki selalu datang dari jalan yang tidak kita sangka. Saya mula bekerja di SRITI Al-Huda Simpang Renggam. Hidup berumah tangga memang mengajar kita banyak perkara. Tolak ansur, kasih sayang, pengorbanan, komunikasi dua hala dan pelbagai lagi. Semoga tuhan kurniakan bahagia untuk kita semua. 2019 masih lagi tahun membaca dan menulis. Bacaan 2019 bermula dengan baik. Saya menghabiskan buku berkaitan beberapa tokoh pendidikan. Hasilnya adalah suntikan semangat dan motivasi untuk mula mengajar. Untuk penulisan pula, saya akan cuba bermula dari bawah semula. Menulis sekurang-kurangnya 100 perkataan sehari di buku, blog atau di mana sahaja. Membaca pula saya meletakkan target 10-20 muka surat sehari. Sebelum tahun baru tiba, isteri dan saya sempat menonton sebuah filem berdasarkan kisah benar dari Iran, The stoning Of Soraya M. Kisah seorang wanita yang di abaikan suami malah ditentang anak lelaki sendiri. Kisah seorang '...

Tentang hari yang akan selalu dikenang.

Image
Butir peluh jatuh satu-persatu. Detik jam bergerak laju dari biasaa. Di sekeliling banyak mata memerhati dengan perasaan yang pelbagai. Aku hanya tertunduk kaku. Kekok dengan persekitaran yang hingar. Peristiwa 7 tahun lalu mula bermain di pelupuk mata. Sewaktu matahari sepenggalah, hawa panas menghembus perlahan. Pokok beroleng-oleng melambai lemah. Aku duduk menghadap leteran ketua biro. Akibat terlalu bosan, habis rumput dicabut, tanah ditarah dan rakan sebelah dikutil. Bosan adalah musuh yang menggagalkan dalam senyap. Habis sahaja leteran, kami bergerak ke pelosok padang untuk tugasan lanjutan. Ketika bekerja jangan terlalu serius dan kuat mengarah-arah. Aku jadi muak dengan arahan yang bertimpa-timpa. Mujur sarapan pagi tadi menyelerakan dari leterannya. Dalam tak sedar, tugasan kami hampir selesai. Berjalan dari penjuru padang ke penjuru yang lain memakan masa yang panjang ketika matahari sudah terpacak di atas kepala. Di tengah padang, aku sempat berangan menjadi seoran...

Kereta Api Malam

Image
Kereta api kenangan. Sebatang demi sebatang rokok dihisap, kereta api ke Kuala Lumpur masih belum tiba. Puntung rokok belum lagi terpadam, dia sudah menyalakan rokok yang baru. Mahu menghalau nyamuk katanya. Sepatutnya mereka akan berlepas dari Parit Buntar jam 11.23 malam namun jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Stesen Parit Buntar terletak di pinggir bandar. Tempatnya jauh terperosok dari kesesakan bandar. Cahaya lampu nampak suram dari kejauhan. Dinding kayunya masih dikekalkan sejak zaman 80-an, walaupun kebanyakannya sudah mulai mereput. Bunyi cengkerik silih berganti dengan suara orang berbual di ruang menunggu. “Kata cepat dan tepat, ni dah dekat dua jam. Asap kereta api pun tak nampak lagi,” dengus seorang pak cik tua kepada anaknya. Idham tersenyum dari jauh. Dia sudah lali dengan situasi sebegini. Kalau kereta api pukul 9 pagi, pukul 9.30 pagi baru dia sampai di stesen. Itu pun kelibat kereta api belum kelihatan. Walaupun selalu lambat, dia tetap memilih kereta api ...

Aduhai duyungku, marni !

Image
Lokasi duyung ditemui. Hujan belum reda dari tengah hari tadi. Selain bunyi rintik hujan, lagu-lagu Bruno Mars turut ke udara dari komputer riba Imran. Dia ke dapur membancuh kopi segera kerana itu yang paling mudah dan mendamaikan. Matanya tidak berkelip melihat skrin komputer. Perlahan-lahan ditiupnya kopi yang dibancuh sebentar tadi. Soalan peperiksaan akhir tahun untuk darjah satu belum siap di draf. Tarikh tempoh untuk dia menghantar draf hampir tamat. Markah LINUS masih belum di masukkan ke pangkalan data. Dunia seolah-olah terasa sempit. Imran memerlukan percutian. Sudah lama dia tidak bercuti menenangkan fikiran, merehatkan badan. Dalam kepalanya terbayang beberapa tempat peranginan. Pantai yang bersih, pengunjung dari pelbagai negara, makanan-makanan yang menyelerakan dan pelbagai tarikan lain. Imran rasa dia sudah jumpa ubat kepada segala kekalutan dunia,  Pantai Mutiara. Petang itu juga dia mengemas pakaian dan beberapa alatan keperluan di masukkan ke dalam...

Pengalaman menulis : Suatu renungan.

Idea ini di terjemah kepada tulisan setelah mendapat ilham ketika bergilir-gilir membaca Brazil, Cerpen-cerpen Patah Hati dan Lelaki yang tak punya apa-apa untuk dipersia. Waktu ini hujan turun renyai dan remang senja mulai lenyap. Sebenarnya menulis tentang sesuatu keadaan atau memperincikan sesuatu suasana membuatkan aku merasa puas ketika menulis atau membaca. Mungkin terkesan dengan cara Faisal Tehrani mengolah sesuatu tempat atau suasana sehingga kita berasa seolah-olah berada di dalam tulisan tersebut. Entri kali ini adalah perkongsian atau renungan kembali tentang pengalaman aku dalam menulis. Seperti sedia maklum, kita semua lahir dari rahim penulisan yang sama iaitu karangan “Aku sebatang pensel” atau pelbagai lagi barang. Mungkin juga ada yang tidak merasai nikmat menjadi sebatang pensel yang akhirnya di buang oleh tuannya kera kerap kali diasah sehingga tinggal sebesar jari kelingking. Bagi aku, pengalaman ini adalah pengalaman yang manis. Kita berupaya menulis sesuatu di...

Lutfi dan Red Omnibus.

Image
Gambar diatas ialah van Volkswagen bukan Red Omnibus. Daripada jauh sudah kedengaran sayup-sayup suara azan. Lutfi mengalih kedudukan badannya. Selimut birunya ditarik sampai menutup kepala. Mak Salmah masak benar dengan perangai anaknya. Lagi nyaring azan dilaungkan, lagi liat anaknya hendak bangun. Anak tunggal Pak Selamat dan Mak Salmah ini kebiasaannya menolong ayahnya membuka kedai kopi, menjerang air panas, menyapu sampah di sekeliling kedai, menunggu lori ais datang, menggoreng telur mata dan mengangkat lauk-pauk yang dimasak emaknya ke kedai. Kedai Pak Selamat berseberangan dengan rumahnya sahaja. Kedai yang telah berusia 10 tahun itu hanya beratapkan zink-zink lama, dindingnya pula dari kayu yang sudah dimamah usia. Seawal subuh lagi akan ada penduduk kampung yang datang menghantar kuih untuk dijual di situ. Seusai solat subuh, maka berduyunlah datang jemaah masjid yang subuhnya hanya dua kerat. Roti canai, bihun goreng telur mata bergoyang, kuih-muih, dan lauk-pauk jadi ...