Kereta Api Malam
Kereta api kenangan. Sebatang demi sebatang rokok dihisap, kereta api ke Kuala Lumpur masih belum tiba. Puntung rokok belum lagi terpadam, dia sudah menyalakan rokok yang baru. Mahu menghalau nyamuk katanya. Sepatutnya mereka akan berlepas dari Parit Buntar jam 11.23 malam namun jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Stesen Parit Buntar terletak di pinggir bandar. Tempatnya jauh terperosok dari kesesakan bandar. Cahaya lampu nampak suram dari kejauhan. Dinding kayunya masih dikekalkan sejak zaman 80-an, walaupun kebanyakannya sudah mulai mereput. Bunyi cengkerik silih berganti dengan suara orang berbual di ruang menunggu. “Kata cepat dan tepat, ni dah dekat dua jam. Asap kereta api pun tak nampak lagi,” dengus seorang pak cik tua kepada anaknya. Idham tersenyum dari jauh. Dia sudah lali dengan situasi sebegini. Kalau kereta api pukul 9 pagi, pukul 9.30 pagi baru dia sampai di stesen. Itu pun kelibat kereta api belum kelihatan. Walaupun selalu lambat, dia tetap memilih kereta api