Posts

Showing posts from December, 2014

Untuk yang hidup

Aku mencuri sedikit masa untuk menulis. Sudah terlalu lama tidak menulis, walhal dulu aku katakan,
"Jika kita minat menulis, kita akan berusaha mencari masa untuk menulis walaupun pun hanya seketika."
Maafkan aku. Selepas ini, aku bakal pulang ke rumah dan tiada lagi sambungan internet. Keadaan sedemikan membuatkan aku lebih susah untuk menulis, jadi aku isi kesempatan ini walaupun sekarang ini musim peperiksaan.
Hidup, Sesak rasanya aku sekarang. Ada sahaja perkara yang tidak kena. Aku berkata tetapi aku mengotakannya. Banyak hati insan yang aku terlepas pandang. Maafkan aku. Ada suatu saat aku fikir yang aku banyak benar susahkan orang, jadi aku pilih untuk sendiri. Hal ini sangant kontradiksi dengan aku. Ya, aku mahu jadi aku yang sebenar. Benarlah kata-kata supaya kita menjadi diri sendiri tetapi apa guna menjadi diri sendiri, andai diri sendiri itu buruk rupanya.
Hidup, Dalam banyak perkara, kita harus sedar yang sebenarnya kita tahu apa yang perlu dibuat tetapi kita msih lag…