Posts

Showing posts from January, 2017

2017 bermula.

Image
Akhirnya, tulisan pertama untuk tahun 2017. Hampir dua bulan tidak menulis apa-apa secara serius ataupun tidak yang ada hanya buah fikiran di twitter. Menginjak ke tahun yang baru mengajar aku untuk memulakan sebuah lagi perjalanan ke arah yang lebih baik. Kita manusia tak pernah lepas dari berharap untuk menjadi lebih baik dari diri kita sekarang. Namun begitu, terlalu banyak gangguan mahupun harapan kita hanya hangat-hangat tahi ayam.

Kehidupan tak banyak berubah, yang berubah adalah cara kita memandang kehidupan. Tidak dapat disangkal lagi hasil pembacaan, filem yang di tonton serta rakan-rakan sekeliling yang mempengaruhi cara kita memandang kehidupan. Untuk hari-hari yang mendatang, semoga masa lalu tak berkuasa membunuh mimpi-mimpi dan harapan kita.

Di permulaan tahun lagi aku sudah dihimpit dengan beberapa pilihan pembacaan. Antara menyelami nurani Salina, memberontak seperti Larasati, menikmati Hujan Pagi atau meneruskan tenunan kata Manikam Kalbu. Bacaan untuk awal tahun ini sa…