Posts

Showing posts from March, 2014

Aku Dan Saya.

Image
Aku Dan Saya.
Aku ditemani bulan malam, dibawah kerlip bintang. Berjalan tanpa henti hingga sesat dibumi sendiri, Aku tenungi awan sambil bicara sendiri,
'Anda tak akan berjalan sendirian' 'You Never Walk Alone‘
Nafas aku hela panjang. Senyum seorang kepada semua orang. Aku lihat diri sendiri melalui semua orang. Aku sedar, tahu dan mahu. Aku yakin 'Everything will be okay'.

***
P.S : Aku teringin sangat 'puasa' dari media sosial. Bakal aku cuba. Jaga-jaga media sosial !

Bukan syair aku.

Image
Bukan Syair Aku.

Malam mungkin lebih sunyi Tanpa bulan dan bintang yang menghiasi Kasih mungkin tak berbelah bagi Di hati dalam diri sentiasa memenuhi Sesekali luasnya langit hitam diperhati  Tanpa senyuman yang mengiringi  Bahkan tangisan yang melimpahi  Tuhan bukan sengaja gelap di malam terang di hari Kerana biar malam yang menjadi saksi  Hilangnya kegelapan dalam mengoreksi diri  Saat cahaya mula bersinar di ufuk pagi.
***

Pagi ini.

Image
"Dari dengar lagu, ce hafal quran"

Acap, seronok sangat ke lagu 'Jamal' hang tu? Pergh ! hang tak pernah test, mana hang nak tau. hmm, bak sebelah earphone.
***
Ecah, hang dengar ayat Quran tiap-tiap masa tak bosan ka? lol. hang tak pernah try, jangan dok macam-macam sangat. Erk, okay. Pinjam Beats.
***
Manusia punya sejuta cita rasa untuk dipenuhi, punya seribu keinginan untuk direalisasikan, tapi... kita terkadang lupa. kita selalu mendamba, mengadu, meminta kepada Yang Maha ESA tanpa hirau apa sebenarnya tugas kita. Semua mahu ikut hati sendiri. Ingat ! Berbakti selagi ada masa, berbudi setiap masa, memberi kepada siapa sahaja.
F.K

Semalam.

Image
Semalam.
Hari ini aku kembara setengah masa. Pagi di kuliah, petang di bangunan, senja di kota, malam masih melata. Aku terawan-awan di langit metropolitan. Bangunan tinggi buat aku rendah diri. Bahagia seketika bila manusia berjiwa dengan jiwa manusia merata di mana-mana.
'' Apek, letih la. Mana kerusi ? Aku nak duduk kejap.'' '' Alah duduk je la bersila kat mana-mana,''  mengomel Abe.
Minda kita dikawal. Kita telah disistemkan. Kenapa kita perlu mencari kerusi untuk duduk, walhal kita boleh memilih untuk duduk dimana-mana sahaja hatta di atas lantai. Ayuh rakan-rakan ! Lari dari kongkongan. Bertindak atas pilihan sendiri bukan mengikut kalangan majoriti. Penat. Letih. Kisah manusia semua berbeza, berbeda. Dia bahagia cara dia, aku derita cara aku. Mereka definisikan penat, letih itu hanya ilusi, mainan perasaan. Rehat itu realiti. Mengapa perlu rehat, jika tiada penat dan letih. 
***
Saat malam mencapai matangnya, kami pulang tapi ramai manusia mula …

Fatwa Pujangga.

Image
Fatwa Pujangga

T’lah kuterima suratmu nan lalu Penuh sanjungan kata merayu Syair dan pantun tersusun indah, sayang Bagaikan madah fatwa pujangga.
Kan kusimpan suratmu nan itu Bak pusaka yang amat bermutu Walau kita tak lagi bersua, sayang Cukup sudah cintamu setia.
Tapi sayang sayang sayang Seribu kali sayang Ke manakah risalahku Nak ku alamatkan.
Terimalah jawapanku ini Hanyalah doa restu Ilahi Moga lah Bang/Dik kau tak putus asa, sayang Pasti kelak kita kan bersua.
(Klik disini untuk lagu penuh.)

Kawan

Image
Kawan Aku terfikir Apa benar aku seorang Kawan
Andai ada perihal aku yang salah Pimpin daku bukan diherdik
Andai ada bicaraku yang menguris Luah pada aku bukan dipendam
Andai kehadiran aku mengundang tidak selesa Santuni aku bukan pergi tanpa bicara
Kawan Andai kebaikan itu tinggi harganya Kebaikan itu tak perlu dicanang
Tulislah kebaikan diatas batu Supaya engkau ingat selalu
Andai keburukan itu hina sifatnya Kebaikan itu tak perlu diheboh
Tulislah keburukan dipesisir pantai Supaya ombak dapat menghapus jejaknya.
Jejak kaki dibumi nyata, Selami hati santuni semua, Kita manusia hidup bersama, Sebarkan cinta hidupkan jiwa.
F.K

Courage, Dear heart !

Image
I had a wonderful weekend. A though one. Hope a love.
Friday, a blessing day. I start my day with a cup of milk. Walk along a road with sunshine.  Back to the room when moon appeared. I saw the star, the lovely one.
Saturday, a happening day. I felt every single droplet of coffee. A windy day and happy day. Nationalist. I hope it will come true.
Sunday, it is today. BIS, Starbuck, Dapur Jalanan. Walk non-stop. I'll never walk alone. Creator of the sky always be there.
F.K

#TFTN2tahun

Image
Sesampai aku di Rumah Kasih Keramat, rutin mengajar seperti biasa. Tiara, Atifah, Assyikin dan Fatihah duduk menghadap kakak dan abang yang berjiwa biasa-biasa dalam merealisasikan mimpi yang luar biasa. Mereka ada mimpi untuk dikecapi.
Sedang aku mengajar Tiara, datang Siddiq tidur dipangkuan aku. Panas badannya. Tiara separuh berbisik kepada aku, Dia demam. Aku meminta bantuan Hafiz untuk menidurkan Siddiq. Siddiq merengek, menangis. Datang Ustazah Hidayah, lalu aku bertanya, dah lama ke Siddiq demam. Ustazah Hidayah menjawab, '' Dia demam dari semalam lagi, pagi-pagi okay je main-main. Bila orang ramai datang, mulalah dia nak merengek,menangis.''
Perhatian. Itu yang kanak-kanak ini perlukan. Mereka kekurangan kasih sayang disaat mereka masih belum mengenal erti hidup yang sebenar. Senyum, ketawa mereka mampu menghilangkan penat lelah bekerja. Sedih, sayu mereka sangat memberi kesan kepada jiwa-jiwa. Anak-anak ini perlu diberi perhatian. Bukan sekadar perhatian malah l…