Posts

Showing posts from October, 2017

Kereta Api Malam

Image
Sebatang demi sebatang rokok dihisap, kereta api ke Kuala Lumpur masih belum tiba. Puntung rokok belum lagi terpadam, dia sudah menyalakan rokok yang baru. Mahu menghalau nyamuk katanya. Sepatutnya mereka akan berlepas dari Parit Buntar jam 11.23 malam namun jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Stesen Parit Buntar terletak di pinggir bandar. Tempatnya jauh terperosok dari kesesakan bandar. Cahaya lampu nampak suram dari kejauhan. Dinding kayunya masih dikekalkan sejak zaman 80-an, walaupun kebanyakannya sudah mulai mereput. Bunyi cengkerik silih berganti dengan suara orang berbual di ruang menunggu. “Kata cepat dan tepat, ni dah dekat dua jam. Asap kereta api pun tak nampak lagi,” dengus seorang pak cik tua kepada anaknya. Idham tersenyum dari jauh. Dia sudah lali dengan situasi sebegini. Kalau kereta api pukul 9 pagi, pukul 9.30 pagi baru dia sampai di stesen. Itu pun kelibat kereta api belum kelihatan. Walaupun selalu lambat, dia tetap memilih kereta api malam kerana harga tiketnya …

Aduhai duyungku, marni !

Image
Hujan belum reda dari tengah hari tadi. Selain bunyi rintik hujan, lagu-lagu Bruno Mars turut ke udara dari komputer riba Imran. Dia ke dapur membancuh kopi segera kerana itu yang paling mudah dan mendamaikan. Matanya tidak berkelip melihat skrin komputer. Perlahan-lahan ditiupnya kopi yang dibancuh sebentar tadi. Soalan peperiksaan akhir tahun untuk darjah satu belum siap di draf. Tarikh tempoh untuk dia menghantar draf hampir tamat. Markah LINUS masih belum di masukkan ke pangkalan data. Dunia seolah-olah terasa sempit. Imran memerlukan percutian. Sudah lama dia tidak bercuti menenangkan fikiran, merehatkan badan. Dalam kepalanya terbayang beberapa tempat peranginan.
Pantai yang bersih, pengunjung dari pelbagai negara, makanan-makanan yang menyelerakan dan pelbagai tarikan lain. Imran rasa dia sudah jumpa ubat kepada segala kekalutan dunia,  Pantai Mutiara.
Petang itu juga dia mengemas pakaian dan beberapa alatan keperluan di masukkan ke dalam beg sandang. Tanpa berlengah dia keluar d…

Pengalaman menulis : Suatu renungan.

Idea ini di terjemah kepada tulisan setelah mendapat ilham ketika bergilir-gilir membaca Brazil, Cerpen-cerpen Patah Hati dan Lelaki yang tak punya apa-apa untuk dipersia. Waktu ini hujan turun renyai dan remang senja mulai lenyap. Sebenarnya menulis tentang sesuatu keadaan atau memperincikan sesuatu suasana membuatkan aku merasa puas ketika menulis atau membaca. Mungkin terkesan dengan cara Faisal Tehrani mengolah sesuatu tempat atau suasana sehingga kita berasa seolah-olah berada di dalam tulisan tersebut. Entri kali ini adalah perkongsian atau renungan kembali tentang pengalaman aku dalam menulis. Seperti sedia maklum, kita semua lahir dari rahim penulisan yang sama iaitu karangan “Aku sebatang pensel” atau pelbagai lagi barang. Mungkin juga ada yang tidak merasai nikmat menjadi sebatang pensel yang akhirnya di buang oleh tuannya kera kerap kali diasah sehingga tinggal sebesar jari kelingking. Bagi aku, pengalaman ini adalah pengalaman yang manis. Kita berupaya menulis sesuatu di a…