Posts

Showing posts from May, 2017

Kedai buku di pinggir kota.

Image
“Su, saya rasa hubungan kita cukup sampai disini.” Hujan lebat di luar. Sekali-sekala kilat sabung-menyabung memancarkan cahaya putihnya. Iskandar masih duduk di kerusinya menghadap komputer riba sambil menyiapkan perenggan akhir cerpennya. Petang itu dirasakan begitu panjang. Kebiasaannya dia akan turun bermain bersama rakan-rakan atau berjoging mengelilingi kolejnya. Tidak hairanlah badannya seperti seorang ahli sukan. Bertubuh sasa, sedikit kumis dan sepasang mata yang redup. Selain bersukan, Iskandar juga seorang ulat buku dan sangat meminati tekstur teh tarik. Jadi, masa lapangnya akan dihabiskan bersama buku, secawan teh tarik dan menulis cerpen atau puisi. Dia kembali fokus menatap skrin komputer ribanya. Sisa-sisa cerpen itu perlu di noktahkan. Dalam fikirannya, Suraya perlu menerima balasan yang setimpal.
***
Esak tangisnya jelas kedengaran. Begnya dicampak jauh. Habis terkeluar segala isinya. Suraya menyesal dengan perbuatannya. Mendung di luar seolah-olah mengerti isi hatin…

Ipoh : Suatu nafas baru. (Bahagian dua)

Image
Sewaktu pos ini ditulis, hujan turun lebat dan kilat sabung menyabung sama seperti hari aku menuju ke Ipoh. Sebelum itu, aku sempat singgah di Kota Kata, mencari buku-buku baru dan menikmati muzik di penghujung senja. Sudahnya kami bergerak ke Kuala Lumpur Sentral dengan perut yang belum terisi. Aku lantas bergegas membeli makanan segera, KFC untuk dijadikan alas perut sewaktu perjalanan nanti. Sewaktu memesan makanan, ada seorang buta yang turut beratur untuk membeli KFC. Aku lihat dikeluarkannya wang yang bergulung-gulung, mungkin hasil dari pemberian orang lain. Mudah sungguh hati aku tersentuh dengan hal-hal yang sedemikian. Melihat seorang tua bekerja di bawah panas terik, pak cik teksi yang di penghujung usia dan rakan-rakan yang seangkatan usia dengan mereka, Semoga tuhan beri ganjaran yang setimpal dengan kerja mereka.
Usai menaiki ETS, perkara pertama yang kami lakukan ialah menjamah makanan yang dibeli dahulu. Perut sudah lama menyanyikan keroncong kelaparan. Sepanjang perja…

Tak ada idea bila aku masuk Islam : Sebuah perjalanan.

Sejujurnya, aku tak pernah mempunyai kawan dari kaum yang lain seperti Cina dan India. Kalau ada pun hanyalah pak cik India yang selalu menggunting rambut aku atau Uncle Cina yang selalu singgah untuk minum di kedai. Pernah sewaktu sekolah rendah, aku menghadiri sebuah kem yang menghimpunkan pelajar dari daerah Kulim-Bandar Baru. Ketika itu, baru aku temui sebilangan pelajar India dan mereka duduk berkelompok. Ketika pembahagian kumpulan, kelompok mereka dipisahkan dan aku dimasukkan dalam kumpulan 9 (siapa lagi ahli kumpulan woi?) yang ahlinya semua berbangsa melayu. Hilang rezeki berkawan dengan bangsa lain. Anekdot ini dibaca sepanjang perjalanan pulang ke daerah Ilmu, Gombak. Ketika senja hampir berlabuh, hadir satu perenggan yang begitu menyentuh hati, "Kita berasakan kuat sebelum menghadapai sesuatu ujian." Terus aku tutup buku dan termenung panjang sambil corong radio memainkan lagu-lagu patah semangat. Tidak banyak yang boleh aku ulas tentang gaya penulisannya meman…

Retro Bola Sepak : Semangat yang hilang.

Image
Aku selalu membayangkan dapat bermain untuk pasukan Kebangsaan atau paling kurang bermain untuk pasukan Negeri Kedah. Mungkin sudah terlewat untuk aku betul-betul merealisasikan impian ini. Mungkin, kuasa tuhan siapa tahu. Sepanjang pembacaan, buku ini banyak memberi fakta baru kepada aku. Asal usul jenama Puma dan Adidas, kontrovesi dalam Piala Dunia, kisah Mokhtar Dahari dan skuad Kebangsaan serta lain-lain lagi. Sesuai dengan nama buku tersebut, hampir keseluruhan faktanya bersifat retro. Mungkin bagi mereka yang telah lama mengikuti laman FB Retro Bola Sepak fakta itu telah lama di baca. Tidak bagi aku. Perkara yang paling menggamit memori aku ialah ketika penulis menceritakan tentang perlawanan persahabatan antara Brazil dan Malaysia pada tahun 2002. Seingat aku, NTV7 ada menyiarkan siaran langsung perlawanan tersebut. Ketika itu, rangkaian NTV7 masih belum meluas. Rumah aku sendiri belum ada siaran NTV7. Mujur ketika itu aku dalam perjalanan pulang ke kampung. Dapatlah aku meny…