Posts

Showing posts from 2016

Soalan yang tergantung di langit malam

Kebanyakan dari kita tak pernah lepas dari terperangkap dengan soalan di lewat malam. Soalan-soalan ini hadir ketika bintang tidak lagi berkelip, kunang-kunang tidak lagi menyuluh lorong yang gelap, anak bulan belum lagi kelihatan dan disela waktu itu hadir pelbagai persoalan yang belum tentu ada jawapan. Ya, kadang-kadang setiap persoalan tidak ditemukan dengan jawapan dan mungkin kita temuinya di dalam persoalan yang lain.
Hari ini langit malam seperti biasa. Bintang sebenarnya tak pernah berhenti berkelip, kunang-kunang tak pernah jemu menyuluh lorong yang gelap dan anak bulan muncul di sebalik kabur awan. Ketika inilah seribu macam persoalan hadir. Sewaktu mata sudah dikatup, dingin malam mula menyelimuti tubuh dan satu demi satu persoalan bermain-main di kotak fikiran. Akhirnya persoalan ini, hilang ditiup angin malam.

Sewaktu kata-kata hampir dengan kita.

Image
Hari ini kata-kata terlalu hampir dengan aku. Setelah selesai membaca Surat-surat dari Maninjau yang sarat dengan fakta, aku cuba tenggelam dalam sajak-sajak cinta Adinata, Aku namakan engkau angin. Ternyata kesepian lebih indah apabila diisi dengan baris demi baris kata-kata. Waktu terhenti ketika aku menyelak dari halaman pertama hingga ke halaman penghabisan. Kadang-kadang aku berada di Melaka, melewati senja di pesisir Sungai Melaka. Kadang-kadang aku terbang ke Danau Maninjau, menghirup secawan kopi sambil hujung kaki merasai kedinginan Tasik Maninjau nan hijau. Sewaktu petang masih berbaki, sajian sajak-sajak cinta Adinata telah hampir ke halaman terakhir. Katanya cinta adalah hal-hal yang hujungnya ketidakpastian. Aku merenung nasib sendiri sehingga lampu-lampu di jalan menyala, memadamkan angan dalam sedar. Langit mulai gelap. Kepingan-kepingan jingga hilang dari pelupuk mata. Yang ada hanya segugus awan membawa angan aku pergi jauh dari daerah sedar.

Air mata Jentayu.

Image
Hari ini Jentayu menangis lagi. Sawah padinya tidak lagi berbuah dan menguning. Bangau tidak lagi hinggap dibelakang kerbau gembala. Tawa riang kanak-kanak juga tiada lagi kedengaran. Yang ada hanya jentolak rakus menyodok kedamaian, debu-debu berterbangan dibawa lori tanpa lesen dan gunung Jentayu yang masih gagah berdiri. Watak Dato Zuri dan Dato Yadi sedikit sebanyak menunjukkan kepada kita bagaimana ahli politik bekerja. Keuntungan kepada mereka lebih diutamakan daripada kebajikan rakyat. Mereka hidup menginjak orang lain untuk berada diatas. Mereka bertanding bukan untuk menunjukkan siapa lebih berkebajikan tetapi siapa yang lebih setan.
Identiti Haji Chenon, Mak Milah, Jora dan penduduk kampung yang lain menunjukkan realiti bahawa sesuci mana pun perjuangan pasti akan dikalahkan oleh kuasa politik. Sudah banyak kisah benar yang kita dengar mengenai pencerobohan di kampung-kampung atas nama ‘kemajuan dan pembangunan’. Sayangnya kemajuan dan pembangunan itu tidak memberi manfaat kep…

Aku seorang pemain bola sepak?

Semalam aku bermimpi menjadi seorang pemain bola sepak. Sememangnya menjadi pemain bola sepak sudah menjadi impian aku sejak kecil lagi. Abah juga mungkin menjadi faktor mengapa aku begitu berminat terhadap bola sepak. Aku sering mengimpikan dapat bermain bersama pasukan Hijau Kuning, mahupun pasukan kebangsaan. Sejak kecil lagi aku mengikuti perkembangan bola sepak dalam negara mahupun luar negara. Bermula dengan Piala Dunia 1998 yang dimenangi oleh Perancis, sewaktu Kedah masih di pertengahan liga Perdana, pasukan Liverpool yang dibarisi oleh Micheal Owen dan ketika itu Akmal Rizal masih lagi seorang penyerang pasukan kebangsaan. Semua masih aku ingati. Sewaktu sekolah rendah jugalah aku berjaya dipilih mewakili daerah meskipun hanya menghangatkan bangku simpanan. Dari situ aku mulai sedar, minat sahaja tidak akan membawa kita kemaa-mana. Kekecewaan aku benar-benar terserlah kerana tidak dipilih mewakili pasukan bola sepak di sekolah menengah. Mungkin saiz badan aku terlalu kecil at…

Kumpulan cerpen - Kekasih Sam Po Bo.

Karya Kekasih Sam Po Bo merupakan kumpulan cerpen penulis. Di dalamnya terkandung 30 buah cerpen dari pelbagai genre antaranya Bulan Sabit di Chiang Mai, Bulan Mengambang di langit KL dan lain-lain lagi. Irisan-irisan mimpi menjadi cerpen permulaan bagi buku ini. Saya dibawa jauh ke Kepulauan Borneo untuk meneliti kisah kekeluargaan yang sarat dengan emosi. Elemen pengorbanan, kesetiaan dan pengharapan digarap dengan baik sehingga mampu menyentuh perasaan pembaca.

Setelah separuh jalan buku ini diteliti gaya penulisannya, saya ditemukan dengan Cinta dalam jambangan ilalang. Berlatar belakangkan kota Paris, bermodalkan isu 'terroism' dan dihiasi dengan kisah cinta 2 darjat. Dari kaca mata seorang pembaca amatur, cerpen ini saya rasakan antara yang terbaik. Buat pencinta keindahan, saya hadiahkan cerpen ini untuk anda telusuri.

Kisah 7 pemuda yang tidur di dalam gua menjadi pengakhiran untuk buku ini. Saya diterbangkan ke timur tengah malah dibawa ke zaman yang berabad lamanya.…

Kata-kata dan kenangan.

Image
Ketika waktu sudah semakin singkat, Ketika kepala memilih untuk berfikir dari berehat.
Mata di pejam mengharapakan sepi sendiri, Sepi yang kemudian bertukar menjadi hingar, Hingar dengan kata-kata dan kenangan.
Entah kenapa kata-kata dan kenangan muncul ketika sepi lebih mendamaikan, Kata-kata itu katanya adalah sebuah puisi, Kenangan itu katanya adalah sebuah masa lalu.
Jadi, untuk apa kata-kata dan kenangan ini, Untuk dijadikan liburan atau untuk dibanggakan ?

Hujan di penghujung petang.

Image
Penghujung petang itu ditemani hujan. Langit yang selama ini memancarkan bahangnya bertukar mendung. Aku memilih untuk duduk di tepi tingkap bagi merasai rintik-rintik hujan yang terbias. Sudah lama bau enak hujan tidak menerpa ke rongga hidung dan kali ini aku mengambil kesempatan untuk menarik nafas sedalam-dalamnya. Menikmati keenakan bau hujan seperti menikmati secawan kopi panas. Sewaktu cuti semester dahulu aku tidak mempunyai kesempatan sedemikian kerana cuaca di Kedah terlalu panas sehingga sekolah ditutup selama dua hari. Terlalu banyak yang boleh dipelajari dari hidup tapi kita sering melupakannya. Aku tertarik dengan falsafah berkaitan sederhana. Sederhana dalam erti kata tidak haloba dan ingin menang dengan cara apa sekalipun. Hidup dalam suasana yang santai, manusia tidak tergopoh-gapah mengejar itu ini, tidak terlalu inginkan pangkat dan harta. Penghujung hidup yang indah memang menjadi impian kita semua tetapi bagaimana kita memberi erti dan warna di tengahannya.

Langit Petang

Image
Langit petang sangat indah dan sayu dihujungnya. Cahaya matahari calar balar disebalik awan. Angin sekali-sekala bertiup, menyapu daun-daun kering yang gugur. Melihat orang lalu-lalang pulang dari kelas, menuju ke kafeteria dan asrama. Mungkin malam mereka diisi dengan perjumpaan persatuan dan dihiasi bulan bintang. Aku terus mengelamun walaupun orang sekeliling sedikit hingar-bingar. Suasana begini adalah sangat sesuai untuk seorang manusia yang selalu mencari masa untuk dirinya. Waktu-waktu beginilah perlu diisi dengan membaca sebanyaknya. Tidak kiralah membaca buku ataupun membaca keadaan sekeliling. Sambil duduk berbual bersama rakan sekelas, aku meneguk sisa air mineral yang tinggal. Mereka berbual mengenai tugasan yang diberikan sebelum ini, pergi ke suatu tempat untuk menyendiri dan tulis mengenainya.

Kisah satu
Ceritanya ringkas. Pergi ke HS Square dan tertarik dengan burung-burung yang hinggap di dahan pokok. Katanya semasa cuti yang lalu, dia berpeluang ke Taman Burung di Pula…

Suatu pagi.

Image
Suatu pagi, hujan lebat turun membasahi bumi. Aku yang masih di pembaringan berkira-kira untuk ke bilik air. Siapa yang sanggup untuk mandi sewal lima pagi, tambahan pula hujan di luar sana. Aku mengelamun seketika. Teringat nasihat emak tempoh hari, “Mi, orang dulu-dulu susah, nak makan nasi kena tanam padi sendiri. Nak makan ikan kena tangkap sendiri dalam sungai. Nak makan kuih, tepung kena uli sendiri. Bil air, api tak kena bayar. Mandi kena p telaga, sungai. Letrik kena pasang lilin. Zaman sekarang senang dah, semua ada tapi semua kena bayar. Belajar la hidup susah, baru kita hargai jasa orang tua kita.” Lamunan aku terhenti. Azan subuh kedengaran dari kejauhan dan rintik hujan masih belum berhenti.

Tasik Banding : Alangkah bahagianya kita.

Image
Meskipun aku seorang pencerita yang gagal, namun tak pernah sekali pun aku berhenti untuk bercerita.
 *** Pada hujung minggu yang lalu, sekumpulan pelajar Kuliyyah Pendidikan telah mengadakan program di Tasik Banding, Gerik, Perak dan aku sendiri merupakan peserta bagi program tersebut. Bertolak dari universiti sekitar jam 11 malam menuju ke Masjid Jamek Gerik, Perak. Tak banyak perkara yang dapat dilakukan sepanjang perjalanan melainkan melelapkan mata agar mendapat rehat yang cukup. Kami tiba sedikit awal di masjid tersebut, lebih kurang jam 4 pagi. Setibanya kami di sana, terdapat beberapa lagi rombongan yang juga dalam perjalanan menuju ke Tasik Banding.
Selesai solat, kami singgah sarapan di sebuah kedai mamak. Rata-rata memilih makanan yang berat supaya mendapat tenaga mencukupi untuk aktiviti seharian. Selepas bersarapan kami menyambung perjalanan menuju ke destinasi selama dua jam. Menaiki bas dua tingkat berhawa dingin, melalui jalan yang berbukit dan berliku serta tiada capaian…

Aku pencerita yang gagal.

Cerita memang seronok untuk di dengar. Malah, cerita juga adalah salah satu cara untuk menyampaikan sesuatu dengan baik. Al-Quran juga menggunakan teknik bercerita dalam beberapa surah.
Aku juga punya sejarah tentang 'cerita'. Sewaktu berumur 8 tahun, aku mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita kisah-kisah nabi. Ketika itu aku membawakan kisah Nabi Salih dan kaumTsamud. Banyak kisah sampingan yang menarik selain dari kisah itu sendiri. Antaranya ialah mengigau sewaktu tidur. Akibat terlalu asyik dengan menghafal cerita tersebut, aku terbawa cerita itu di dalam mimpi. Bercerita ketika tidur adalah suatu perkara yang jarang manusia dapat lakukan tapi aku dapat lakukannya. Tahniah Fahmi.
Selain dari pertandingan bercerita, Cikgu Zahari ada membuat pemilihan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak. Suatu hari, sewaktu latihan bercerita aku curi-curi keluar untuk menyertai pemilihan bola sepak. Sedang asyik bermain, aku terdengar suara memanggil dari kejauhan. M…

The journey.

Image
There is something I would like to share and it is about my journey to gain knowledge. It starts when I was in primary school. Teacher gives me high expectation to excellent in examination. Whatever I do, it is for the sake of ‘A’ in examination. At last, I only get 2A instead of 5A but I accept it based on my effort. When I jump into secondary school, I hope it will be a change, which is study for the sake of knowledge. It is totally wrong. In secondary school also, we were taught to get many ‘A’ to secure our future and we as a student accept all the advice. Teacher asks us to remember all formula, answer without knowing their ascent and we follow it blindly. After we got a result, it is still the same, we write on the paper what we remember, not from our own idea. I am feeling lucky because in form 4, I was move to another secondary school. At here I learn so many thing. From sincerity, study for the sake of knowledge itself and anything. I don’t think all student was affected by the…