Posts

Showing posts from 2014

Untuk yang hidup

Aku mencuri sedikit masa untuk menulis. Sudah terlalu lama tidak menulis, walhal dulu aku katakan,
"Jika kita minat menulis, kita akan berusaha mencari masa untuk menulis walaupun pun hanya seketika."
Maafkan aku. Selepas ini, aku bakal pulang ke rumah dan tiada lagi sambungan internet. Keadaan sedemikan membuatkan aku lebih susah untuk menulis, jadi aku isi kesempatan ini walaupun sekarang ini musim peperiksaan.
Hidup, Sesak rasanya aku sekarang. Ada sahaja perkara yang tidak kena. Aku berkata tetapi aku mengotakannya. Banyak hati insan yang aku terlepas pandang. Maafkan aku. Ada suatu saat aku fikir yang aku banyak benar susahkan orang, jadi aku pilih untuk sendiri. Hal ini sangant kontradiksi dengan aku. Ya, aku mahu jadi aku yang sebenar. Benarlah kata-kata supaya kita menjadi diri sendiri tetapi apa guna menjadi diri sendiri, andai diri sendiri itu buruk rupanya.
Hidup, Dalam banyak perkara, kita harus sedar yang sebenarnya kita tahu apa yang perlu dibuat tetapi kita msih lag…

Aku - Chairil Anwar

Image
Aku Kalau sampai waktuku ‘Ku mau tak seorang ‘kan merayu Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari Berlari Hingga hilang pedih peri
Dan akan akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Bungkam jiwa.

Image
Suatu jangka masa yang lama saya tidak menulis. Kesibukan yang tidak disengajakan dan perkara sampingan membuatkan saya gagal mencuri masa untuk menulis sekurang-kurangnya satu perenggan.

Hampir dua minggu saya bermundar-mandir di dalam kampus, ianya sesuatu yang menekan jiwa kerana boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu saya pasti keluar dari kampus. Minggu in saya dapat peluang keluar dari kampus. Perasaan saya begitu teurja. Apabila keluar dari kampus, banyak perkara yang saya peajari. Benarlah kata-kata sahabat saya "Banyak lagi 'subjek' kehidupan yang harus mahasiswa hadami." Masih banyak perkara yang kita perlu pelajari dalam kehidupan bukan hanya melalui proses pembelajaran di dalam kelas tetapi melalui pengalaman.

Sesunguhnya saya hanya insan yang kerdil dan kurang pengaaman berbanding rakan-rakan lain. Jadi, segala nasihat dari kalian amat saya tagih. Sekarang, saya begitu yakin untuk menyelami sesuatu perkara supaya saya dapat belajar dengan 'pengala…

Luahan rasa.

Image
Jiwang sikit (:

Ada Apa Dengan Cinta 2014

Image
Adalah cinta, yang mengubah jalannya waktu. Karena cinta, waktu terbagi dua, Denganmu dan rindu untuk membalik masa,
Detik tidak pernah melangkah mundur,  Tapi kertas putih itu selalu ada.
Waktu tidak pernah berjalan mundur dan hari tidak pernah terulang. Tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru.
Untuk semua pertanyaan yang belum pernah terjawab.

Kita.

Image
"Kita ini seperti sebiji guli yag sedang melantun. Lantunannya nanti akan berkurang dan kita akhirnya akan berhenti di sebuah tempat. Pada waktu inilah identiti diri kita sudah tetap dan proses lantunan itu adalah proses memperjuangkan identiti melalui nilai yang ada pada diri."
Mencari identiti diri adalah suatu proses untuk menuju fasa yang lebih matang di dalam hidup. Manusia tercari-cari identitinya ketika mula menginjak kepada usia yang lebih matang. Identiti diri ini merujuk kepada prinsip dan pendirian kita sendiri dalam sesuatu perkara.

Go Green #1

Image
Pada hujung minggu yang lalu, saya telah menyertai program Buku Jalanan Shah Alam di Tasik Shah Alam. Pelbagai aktiviti yang menarik yang diadakan antaranya forum yang melibatkan wakil projek dialog dan Dr. Azhar Ibrahim, persembahan alat muzik, bedah filem kami the movie dan pelbagai jualan. Sambil menikmati keindahan Tasik Shah Alam yang terbentang luas, ditemani pengunjung yang pelbagai karenah, penganjur juga menyediakan makanan percuma untuk pengunjung yang hadir. Mujur saya tidak menemui pak cik ais krim, kalau tidak petang itu petang yang indah.
Satu perkara yang menarik minat saya ialah pemberian 'bom seed' secara percuma kepada pengunjung. Wah ! Begitu kreatif mereka mahu melaksanakan program 'Go Green' meskipun benih yang diberi hanyalah kacang bendi tetapi ianya merupakan usaha yang baik.
Antara impian yang saya senarai pendek untuk semster ini ialah memiliki pasu dan bunga di dalam bilik. Akhirnya, impian saya tercapai. Setelah seminggu, benih itu telah berca…

Erti hidup pada ?

Image
Erti hidup pada ? Memberi, meminta atau menerima. 
Hakikatnya kita perlu seimbangkan kesemuanya. Memberi kepada semua, menerima daripada yang lain dan meminta apabila perlu. 
Memberi. Menerima. Meminta Suatu hari saya ajukan kepada seorang rakan tentang perihal kehidupan. Lalu beliau lontarkan pandangan melalui sudut pandangnya. Katanya erti hidup pada memberi tetapi dalam masa yang sama kita perlu menerima. 
Kamal adalah seorang aktivisma. Beliau selalu turun ke rumah orang-orang tua untuk memberi khidmat bakti. Suatu hari, beliau merasa letih dan merasa kosong dengan kerja yang dibuatnya. Walhal sebelum ini, perkara itulah yang membuatkan dia gembira.
Input dan output. Ini yang diperkatakan oleh rakan saya. Jika kita selalu memberi output kepada orang lain sehingga terlupa untuk input kepada diri sendiri, suatu hari akan membuatkan kita berasa letih dan kosong dengan apa yang kita kerjakan. Jika kita merasakan hal sedemikian, cari suatu masa untuk tenangkan diri dan cuba seimbangkan situas…

Cik Hujan.

Image
Cik Hujan.
Saya amati baris demi baris cerpen bertajuk 'Cik Hujan'. Saya cuba hayati setiap makna ayat. Ternyata ia sebuah kisah yang menghadiahkan saya sebuah rasa, tentang memberi.
"Syarat utama dalam memberi, kita tak boleh mengharap balasan yang sama daripada orang yang serupa. Meski yang kau beri adalah sebuah puisi. Meski yang kau beri adalah hati kau sendiri."

Bagi sesiapa yang ingin merasai apa yang saya rasa. Dapatkan segera buku yang bertajuk Bukan Dorman.
P.s : Saya masih menanti 'Cik Hujan' datang ketika saya sibuk menghirup kopi. Sekian.

Surat kepada bekas kekasih.

Image
Surat kepada bekas kekasih.
Saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan tentang satu tulisan daripada buku Alif Lam Lam Ha keluaran Dubook Press.
Surat kepada bekas kekasih tulisan saudara Asyraf Muiz Roslan, mengisahkan tentang sa-orang gagalis yang menulis surat kepada kekasehnya. Intipatinya lebih berputar sekitar persoalan cinta dan kehidupan.

Cinta adalah harapan. Membunuh cinta bererti memusnahkan harapan. Kata penulis, dosa membunuh harapan lebih besar dari membunuh fizikal atau jasad. Maksud harapan menurut Kamus Dewan Pelajar ialah sesuatu atau seseorang yang di harapkan. Harapanlah yang membuatkan kita terus memberi kepercayaan kepada seseorang dalam kehidupan. Selain itu, surat ini juga mengajar bahawa apabila gagal dalam sesuatu perkara, bukan kegagalan yang harus diratapi tetapi memaknakan kegagalan. Bagaimana ingin memaknakan kegagalan ?
Persoalan di atas mungkin terjawab apabila saudara/saudari membeli dan membaca sendiri buku terbitan krew UTAM ini. Sekian.
"Tent…

Hujan

Image
Hujan petang ini membuat hati saya sedikit tercuit dengan karenah teman-teman di sekeliling. Mereka seolah-olah mempersembahkan bait-bait syair untuk saya. Gerak geri mereka walaupun tidak berkomunikasi secara langsung, cukup untuk menterjemahkan apa yang ingin di tuturkan.
Ramai yang gembira bila turun hujan. Udaranya yang nyaman, aromanya yang segar cukup membuatkan kita jatuh hati dengan hujan. Suatu ketika sedang saya menikmati titis-titis kasih hujan, saya memikirkan yang buruk-buruk tentang hujan. Mujurlah ada secawan coklat panas, cepat-cepat ia melenyapkan perasaan itu. 
Molek benar jika anda ingin menikmati hujan dengan secawan coklat panas, sebuah buku bersama lagu keroncong hujan. Semoga yang indah-indah sahaja untuk hujan dan pencinta-pencintanya.

Suatu petang.

Suatu petang yang seketika hanya. Petang yang indah, jadi saya rakamkan ia di lembaran ini. Terima kasih !

Pembaca buku tidak berjiwa buku.

Image
Suatu petang, sengaja saya timbulkan satu perbualan bersama emak. "Mak, kami bajet nak baca seminggu satu buku." Emak saya dengan selambanya membalas, "Ikut hang lah. baca banyak-banyak tapi kena beramal banyak-banyak juga lah."
Ini adalah salah sebuah kisah di petang hari bersama keluarga tercinta sewaktu cuti dahulu. kisahnya agak sekejap tetapi ianya membuatkan saya teringat-ingat pesanan emak. Ya, dalam proses membaca tidak semestinya kita terus menerus berubah mengikut acuan dan isi buku tersebut. Kita memerlukan ruang dan waktu untuk menganalisa segala isinya. Kemudian barulah jadikan ianya suatu idea yang perlu di terima atau tidak. Apa yang membuatkan saya sedikit terkesan dengan ayat emak ialah "beramal." 
***
Pernah suatu ketika sedang Amin bermain, tiba-tiba dia bertindak terlalu mengikut emosi. Rakannya di bentas dengan keras, di tolak hingga jatuh. Sudahlah membuat onar, tidak meminta maaf pula. Perbuatan ini telah mencerminkan akhlak yang buruk…

Lembaran baru.

Image
Setiap hari adalah hari yang baru. Setiap detik ada sahaja perkara baru yang berlaku. Saya telah melalui hari-hari yang sukar dan hari-hari yang indah. Ramai insan yang telah membantu untuk mencorak warna-warna dalam kehidupan saya. Mereka saya gelarkan 'kawan'.
Kawan. Rakan. Kenalan. Sahabat. Namakan apa sahaja. Mereka inilah yang memercik warna pada kanvas hidupku. Memancar ceria di kala muram.

Hati umpama cahaya bulan.

Image
Hati ini umpama cahaya bulan. Ia akan memancar pada kelakuan dan sikap kita. Jadi sekiranya hati kita gelap dan samar, ia juga akan dapat dilihat pada sikap kita. Mudahnya, hati kita ini, boleh samar, boleh gelap dan jga boleh terang. Tetpi, samar, gelap dan terangnya bulan bukan kerana cahayana sendiri. Tetapi cahaya daripada matahari. Hati kita juga begitu, samar, gelap dan terangnya hati kita bukan kerana hati itu sendiri tetapi akibat daripada apa yang kita niatkan. Niat itu yang memancarkan cahaya kepada hati, ia juga memberikan gelap dan samar. Jadi, berhati-hati dengan apa yang kamu niatkan.
"Di mana terangnya bulan - Baharuddin Bekri"

Kisah burung.

Image
"Pada zaman dahulu, ada seekor burung merpati yang tinggal di bumbung rumah seorang kaya. Burung merpati itu tinggal sendiri di rumah orang kaya itu. Setiap hari ia terbang mencari rezeki. Anak orang kaya itu sering memerhatikan burung merpati itu setiap hari, dari jendela biliknya. Namun pada suatu hari, anak orang kaya itu tidak lagi melihat burung merpati itu. Anak orang kaya itu naik ke bumbung rumah itu dan dia melihat sesuatu yang membuatkannya menahan nafas. Burung merpati itu tetap ada di situ, cuma tidak terbang selalu kerana sedang mengeram telur di sarangnya."
Pengajaran
Bukan semua benda hilang di sebabkan tragedi. Terkadang ia hilang kerana bagi membina kehidupan yang baru. Hidup kita juga begitu, jangan hilang kerana tragedi, tetapi hilanglah kerana mahu memulakann sesuatu yang baru."
(Dipetik dari novel - Di mana terangnya bulan)

Jiwa baru.

Image
Salam sejahtera. Bermulanya satu pengembaraan dengan langkah pertama. Tidak logik jika dikatakan suatu pengembaraan bermula di pertengahan jalan, pasti ada permulannya.
Semester baru bakal bermula. Setiap universiti sibuk dengan pelbagai program menyambut pelajar baru. Sebilangan mahasiswa pulang awal ke kampus bagi membantu persiapan pihak universiti menyambut kedatangan pelajar baru. Tahniah kalian !
Semestinya setiap permulaan sesuatu perkara pasti di mulakan dengan segunung harapan dan pelbagai azam. Azam tidak mahu tidur selepas subuh, mahu bersungguh dalam pelajaran, menumpukan perhatian terhadap persatuan, diet dan pelbagai lagi. Ya, setiap kali semester baru, tahun baru mesti perkara jni yang akan kita lalui. Pastikan setiap azam di sertakan dengan usaha. Jadi, doakan saya selamat bersama azam-azam yang di angankan.
Jiwa manusia suatu perkara yang sukar dirungkai. Sejujurnya, saya masih belum mampu mengawal jiwa dan perasaan. Marah tidak kena tempatnya, ketawa sepanjang masa,…

Makna Cinta

Image
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri,
Dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.

Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan dalam dirinya.

Cinta mampu melunakkan besi,
Menghancurkan batu,
Membangkitkan yang mati,
Dan meniupkan kehidupan kepadanya.

Dahsyatnya cinta apabila mampu menjadikan seorang budak sebagai pemimpin.

Fahamilah cinta,
Nilailah cinta,
Melalui hati dan perasaan,
Kerana ianya bukan objek yang boleh dilihat melalui mata kasar.

Suatu hari di Aidilfitri.

Image
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Terusik hati melihat kanak-kanak riang berlari kesana-kemari. Terkenangkan kenangan beraya dahulu. Pelita, mercun, meriam, kad raya dan pelbagai lagi.

Setelah puas berjalan raya di hari pertama, syawal kedua disambut dengan tangisan hujan. Cukup syahdu. Persoalan-persoalan menujah di minda, satu persatu difikir, dicerna. Tergerak hati untuk menulis tentang hati.

Mengapa hati di cipta berbolak balik ?
Hati bukan jantung. Hati yang di maksudkan bukanlah berbentuk fizikal tetapi ianya adalah sebuah rasa. Rasa yang tiap-tiap insan punyai berbeza-beza. Cinta, Sedih, Cemburu, Percaya. Setiap manusia berbeza memiliki definisi yang berbeza bagi setiap sesuatu. Ada manusia percaya cinta itu menguatkan, ada yang bertegas cinta itu berkaitan itu ini.

Tulisan ini tidak mampu menjawab persoalan di atas kerana kita sentiasa berbeza pendapat. Jadi jawapan ringkas ini di harap membantu. Sekian.

Love Story

“The minute i heard my first love story, i started looking for you, not knowing how blind that was. Lovers don’t finally meet somewhere, they’re in each other all along.”

A qoute from Mukhsin film. Deep.

Ramadan Si anak kecil.

Saya rasa masih belum terlewat untuk anak kecil ini menyanyikan lagu sambil mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan. Sekian.

Mengenal erti kawan.

Image
Kawan ?
Persoalan ini yang aku timbulkan sebelum dijawab oleh beberapa kenalan. Semoga kita menjadi seorang kawan.

Tatkala kita tiada teman, kita sering merasa kesunyian. Bila di kelilingi sahabat handai, ada perilaku sahabat yang mengguris hati. Jadi, apa sebenarnya erti kawan dan perlukah kita terlalu bersikap selektif dalam berkawan. Segala persoalan ini saya tidak dapat rungkaikan kerana kecetekan ilmu dan pengalaman. Namun, saya cuba berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang di kutip dalam hidup ini.

Dalam proses menuju zaman dewasa, kita semakin banyak mengharungi persimpangan-persimpangan yang memerlukan kita membuat pilihan. Ya, hidup ini berkisar tentang sebuah pilihan, kiri atau kanan, baik atau buruk. Terkadang kita silap dalam membuat pilihan tetapi perkara itulah yang mematangkan dalam kehidupan.

Kawan sememangnya suatu perkataan yang sinonim buat makhluk manusia. Jarang kita dapat dengar manusia tidak suka berkawan dan hidup sendirian. Saya adalah seseorang yang suka b…

Apakah itu makna kawan?

Suatu malam, saya cuba merungkaikan satu makna, kawan. Puas bermain dengan persoalan ini, saya cuba minta pendapat rakan-rakan lain. Jadi, ini adalah satu jawapan yang di respon.

Soalannya mudah, "Apakah itu makna kawan?"

Saya tertarik membahas tentang ini apabila saya mengenali perkataan "ukhuwwah islamiyyah". Saya terus mendalaminya. Tidak cukup dengan akujanji dan ikat tangan, tetapi perkataan ini mesti ada nilai maknanya yang tersendiri. Jadi, apakah maksud dan rasa sebenar persahabatan, ukhuwwah, atas nama Allah?

Saya suka dengan pendapat Ibnu Qayyim Al Jauziy dalam kitabnya Dzamm Al Hawa yang mengelaskan peringkat-peringkat perasaan, cinta, yang kosakatanya berbeza di dalam bahasa Arab. Tingkat cinta yang paling tertinggi ialah "Khullah". Apakah itu Khullah sehingga tingkatnya diletakkan sebagai yang tertinggi?

Sebelum Khullah, ada cinta yang difahami oleh manusia biasa. Iaitu "Mahabbah". Kata Imam Al-Hujwiri dalam kitabnya Kasyful Mahjub,…

Ramadan yang dulu

terkenang masa-masa dahulu...
Ramadan dahulu kala...

Sahur waktu yang paling kritikal. Nak bangun tu susah sungguh. Kalau dah bangun tu, usaha cari 'port' lain nak tidur, berkali-kali bangun dari tidur lepas tu tidur balik. Masa makan pun curi-curi juga tidur. Bila kena marah, mulalah terkebil-kebil. Apa yang buat aku bangun juga adalah, lepas sahur tidurlah balik. Haha.  Sementara nak tunggu subuh tu, sempat lagi tidur, kadang-kadang terlajak la juga. Bila tengok adik-adik aku buat balik benda yang sama, lawak pula rasa. Seharian berpuasa semestinya sesuatu yang meletihkan. Bila dah tak sahur, mulalah nak ponteng puasa. Alasan itu ini. bila dah berbuka, satu kegembiraan. Satu lagi bila terawih, bukan seronok terawih tapi seronok main. Aci ligan, polis and thieve, nyorok-nyorok, mercun dan segala bagai. Habis terawih, tadarus ramai-ramai.

Tapi itu semua dulu.

***


"Kalau la aku jadi kecik balik..."

"Kalau la aku jadi kecik balik..."

When we talk about 'kalau' my friend said that "Cakap pasal kalau ni, kerbau pun boleh panjat pokok." It's something ordinary. I would like to share some pharse from Tuesdays with morrie.

Oh if I were young again...You never hear people say, "I wish I were sixty-five."
You know what that reflects ?

Unsastisfied lives. Unfulfilled lives. Lives that have'nt found meaning.
Because if you've found meaning in your life, you don't want to go back.
You want to go foward. You want to see more, do more.

If you're always battling against getting older, you're always going to be unhappy, because it will happen anyhow.

Tak berani ke takut ?

Bagaimana melawan ketakutan ?
Takut tinggi ?
Takut ular ?
Takut apa lagi ?

When you fear something, you need to face it.
Apabila anda takut sesuatu, anda kena hadapinya.

Mungkin itu cara terbaik untuk menghadapinya, hadapi apa yang kita takutkan. Gunakan cara ini dijalan yang betul, kita takut mencuri,  lalu kita mencuri. Itu salah. Gunakan ke jalan yang benar~

Aku takut tinggi. Bukan takut apa pun, cuma gayat. Cuti yang lepas, aku berkunjung ke Pulau Langkawi dan menaiki kereta kabel. Peh, takut dia. Masa nak naik boleh buat-buat tenang, bila dah dekat atas, tak berani aku nak tengok bawah. Aku ingat dah dapat hilangkan rasa gayat, tapi baru-baru ni aku pergi taman tema air dekat Sungai Petani, The Carnival. Ada satu gelungsur ni, punya la tinggi, nak naik pun takut tapi sebab kawan-kawan ajak, kena naik juga,  nanti kata penakut pula. Naik-naik, waaahhhh ! Tak mau dah, cukup sekali. Sampai sekarang masih gayat. Hmm~

Memandu. Sejak dapat lesen, aku bawa kereta pergi ke masjid sahaja,…

Manis

"Kita sentiasa tercari rasa manis untuk jiwa kita kerana apa yang manis itu kanbuat kita bahagia. Tapi, kadang kala, kita terlupa - rasa manis itu sentiasa berbeza buat lidah sang perasa. Ada yang kecap kemanisan dari manisnya gula, ada yang kecap kemanisan dari manisnya senyuman, ada yang kecap kemanisan dari manisnya hati manusia."
(Sinopsis Teater Trata)

Holiday #3

Sincerity always wins heart.
After a heavy rain, i'm going outside and look at the sky. There was reddish and we call it 'Senja.' I'm usually writting something or updating blog at this time. Calm. Being alone at home and nothing to do make you appreciate your time for reading and writting.
Sincerity. Since, heard this word. I felt something wrong about my attitude. Sincere is something that cannot achieve easily. You cannot say that, every job you have done, I'm sincere. It is about our feeling and others. We will not feel burden to do the job or others feel pleasant to us. Now, I believe "Sincerity lays wins heart." Pray for me. Thanks !

Ramadan

Datangnya dinanti
Perginya ditangisi
Bulan tarbiyah penuh hikmah
Mengekang nafsu
Mengisi rohani
Ramadan.

Saat kau berlapar
Ingat Sabar dan Maaf.

Ingat,
Saudara mu berlapar setiap masa
Mencari rezeki di bawah terik suria
Mengharap bantuan insan jutawan.

Sabar,
Dalam hidup penuh pilihan
Ujian yang datang terselit nilai
Kenali diri maknakan hidup.

Maaf,
Ketenangan itu dengan memaafkan
Benar maaf tak mengubah keadaan
Tetapi maaf beri iktibar.

Ke mana tumpah kuah
Jika tidak ke nasi.
Ke mana pulang hamba
Jika tidak kepada PenciptaNya.

Bermaknakah perubahan ?

"Aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari."
 Memang benarlah pepatah yang sering kita dengari sejak zaman berzaman. Di saat kajian meteorologi menjangkakan fenomena El Nino akan berlaku, namun terdapat beberapa kawasan yang di landa hujan. Mungkin satu petunjuk bahawa ciptaan manusia kadang kala ada cacat cela dan tidak dapat lari dari kesilapan. Andai setiap individu memaknakan hidup mereka untuk orang lain nescaya kes remaja OKU yang ditemui dikurung ini mungkin tidak berlaku. Jika masyarakat sekeliling mengambil berat perihal jiran tetangga, ianya dapat dielak. Apabila sudah berlaku, mulalah menyalahkan pelbagai pihak. Ternyata tindakan ini salah namun bukan kesalahan yang perlu dibincangkan tetapi cara mengatasinya. Kita terlalu berpegang kepada falsafah 'jaga tepi kain sendiri' sehingga tidak mengambil endah tentang masyarakat sekeliling. Tidak salah jika mengambil tahu perihal masyarakat sekeliling tetapi biar ada batasnya. 'Jik…

Lautan Ilmu

Sajak "Lautan ilmu" karya Abu Samah. Aku melompat berlari-lari, Menuju bahtera seorang diri, Lautan luas aku layari, Pantai bahagia hendak dicari.

Mahasiswa berminda individualism.

“Tidak guna kalau sesuatu masyarakat itu maju dan makmur, anggotanya hidup senang dan terjamin tetapi masing-masing hidup sendiri-sendiri”
Kata-kata diatas dipetik dari sebuah buku Dr. Syed Hussein Alatas, Kita Dengan Islam. Ia menceritakan tentang definisi kemajuan bagi sesuatu masyarakat. Masyarakat yang maju bukan sahaja dipandang dari sudut banyaknya binaan-binaan pencakar langit, pusat-pusat peranginan dan ramainya ahli-ahli akademik. Antara faktor yang diambil kira dalam mengukur kemajuan sesebuah masyarakat ialah cukup keperluan hidupnya iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan yang lain. Masyarakat perlu mendapatkan makanan yang cukup dan lengkap vitamin serta zatnya, tempat tinggal bukanlah sekadar dibawah jambatan atau di kaki lima untuk tidur tetapi cukuplah sekadar rumah yang sederhana. Faktor kesihatan juga perlu dititik beratkan seperti kemampuan untuk menanggung kos perubatan walaupun hanya batuk-batuk atau demam. Manusia tidak dapat lari dari sifa…

Dedikasi buat Faiz Hassan

Dia rakan aku. Sahabat sekuliyah, sekelas, sebilik, sepermainan. Seorang yang periang, ramah. Jarang aku melihatnya bermasam duka.

Masih aku ingat kenangan di Pulau Langkawi. Ketawa, berjalan bersama, tak pernah kata jemu bila bersama. Kenangan singgah ke rumahnya, walau sekejap tapi memberi makna. Besar harapan dari keluarga.

Sem terakhir ketika asasi, aku sebilik dengan beliau. Selalu kejutkan aku untuk solat. Selalu keluar makan bersama. Buka puasa dalam bilik, mana boleh lupa. Pernah siapkan 'assingment' sampai lewat malam, bangun pagi semua keletihan berjaga malam.

Sempat kali terakhir kita bermain futsal bersama. Itu yang pertama dan terakhir bagi aku. Terima kasih kerana pinjamkan sampin. Terima kasih untuk segala. Semoga bersama dengan orang-orang yang soleh. Kami akan teruskan mengejar cita-cita. Mencari redhaNya. Amin.

Holiday #2

It was a holiday. I'm going to play futsal with my friend who fly from kelantan to visit Peneng. I'm not playing for a long time. So, a little bit tired. After that, we had been watching World Cup, Germany VS Portugal. It was tough game but germany deserve it.

It was a fine day. They planing to visit a water park, The Carnival at Sungai Petani. We enjoy playing there from 12pm Untill 4pm. Its being so long not playing with water even the place is not big enough. After that we meet our friend at Hussein Restaurant, we didn't taking any single food while playing with the water. So, we get revenge there. After that, we went back to hometown. Along way back, we was enjoyed by Radio Pi Mai, "Lagu mana pun untuk hampa". That's was wonderful. I'm happy.

Latest news, I got better pointer than last semester. From 2 to 3, its good enough even there is still need improvement but I'm appreciated what had I been do before. Pray for the semester and I'm still …

Holiday #1

"I like to read and write in english even I'm not good at all"

  Almost ten days at village, enjoy my holiday. This is second post I thought since I had been come back from Gombak. Only use blackberry for update my blog or writting an article, it's been so hard for me but I'm really appreciate because I still can do that. Since I start this writting, I'm still have bad grammer. Sorry for my bad. I write this at village in coffee shop, while waiting for customer. Enjoying "Hilang" by Najwa Latif at radio and their DJ 'bebel'ing, it's enough to make the coffee shop happening.

 It's a tough day. Enjoy my reading about 'Rationalisma' by Dr. Syed Hussein Alatas, it make me think twice from what he said.

"Masyarakat kita sedang diselimuti oleh awan gelap, awan kepercayaan kuno, awan mistik yang karut, awan nilai-nilai kotor, awan pemikiran cetek dan degil, awal bebalisme, awan gelap yang hanya dapat dipecahkan oleh cahaya ras…

Ibrah Tragedi Taif.

"Berkatalah Malaikat kepada mu, Mohonlah dari tuhanmu, agar bisa ditimpakan mereka gunung sebagai balasan.
 Lantas kau menadah kedua tangan, bermunajat dengan penuh harapan, agar diberi hidayah dan keampunan bukanlah azab siksaan."

  Kita sering mendengar kisah Nabi pergi ke Taif untuk menyebarkan dakwah kepada penduduk Taif ditemani oleh Zaid bin Harithah. Namun, hasrat Nabi ditolak mentah-mentah oleh Ketua dari Bani Thaqif. Sudahlah hasrat dakwah Nabi ditolak, Nabi juga dibaling batu oleh kanak-kanak sehingga Baginda tercedera, ayat yang selalu saya dengar "hingga berkocak darah dicapal Baginda." Malaikat Jibrail datang kepada Rasulullah dan memberi pilihan untuk menterbalikan gunung kearah kota Taif tersebut. Memang benarlah Baginda dikatakan insan yang lemah lembut dan berkasih sayang. Baginda memilih untuk berdoa supaya mereka diberi hidayah dan keampunan. Begitu mulianya sifat Rasulullah.

Dendam VS Kasih Sayang

"Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas&qu…

Tenang.

Image
Tenang. Tika insan lain lena di pembaringan, Ada insan gagah mencari ketenangan, Mencari seribu satu ruang kesenangan, Menahan lopak mata yang keberatan, Cengkerik berbisik 'Tidurlah teman' Apakah ia satu ketenangan, Dan apakah makna sebuah ketenangan, Aku masih mencari apa makna ketenangan.
Mengalir air mata sesalan, Kenangkan masa-masa yang silam, Selaut impian segunung harapan, Agar silamku terpalit ketenangan.
Ku ukir ku semai kata nista dan dusta, Buat teman nangis dan ketawa, Soalnya apa yang buat kau bahagia, Berlagak tenang, hati pancaroba.
Tenangkah tika sujudmu ? Tenangkah tika Zikrullah ?
Apakah tidur itu ketenangan ? Adakah bahagia ketenangan ? Apakah damai cukup menenangkan? Adakah tamat peperiksaan juga suatu ketenangan ?
Saat engkau sibuk, Kau akan merindui dan merasai, Manis dan indahnya Ketenangan, Carilah ketenangan dicelah hiruk-pikuk kekalutan, Berbahagialah merasai ketenangan, Moga ia menjadi suatu kenang-kenangan, Tenang.

To The Sky.

Image
''Chase your dream and Remember me, Sweet bravery''. (Owl City)

Hot air ballon, bring me to the sky. Make me to be a happy guy. Remember, i'm not tired to try and try. Because you will fell the sweetness in life, When you know what your purpose in life.
Fight for your right, Dream high, and B E L I E V E.

Perjalanan.

Image
Seusai tamat dua kertas dan berbaki lagi dua kertas sebelum menjenguh cuti semester selama 3 bulan, sempat saya luangkan masa bersama rakan-rakan. Lepak, makan minum, wayang, Muzakarah dan sebagainya.

Satu Malam di rumah Usamah.
Pukul 7. Naik lrt menuju ke Stesyen Universiti. Sampai sana, Si Usamah datang dengan Adiknya, Salman. Punya la lapar, dia bawa pegi kedai mahal-mahal, memang makan makanan 'bajet' la jawapnya. Salad sikit, daging salai sikit, wafel sekeping dengan Coffee of the day. Habis semua, terus gerak Shah Alam. Sampai rumah, aku usik-usik laman 'Youtube'. Jatuh hati pula dengan lagu-lagu Owl City. To the sky, Fireflies, Shine your way, Metropolis. Sempat siapkan satu 'e-mail', entah baca ke tidak. Terlelap dan jaga sebab kesejukan. Aku jenis tak tahan sejuk-sejuk tapi ada hati nak 'fly' merata-rata. Heh. Pagi. Usamah bebel suruh sarapan, aku tertidur. Pagi itu juga, aku ada 'event' dekat UKM, Muzakarah Jenayah Syariah. Aiman datng r…

Pagi.

Image
Pagi,
Sudah sepenggalah matahari di langit,
Kau masih bermimpi.

Pagi,
Rakan-rakan mu sibuk mencari rezeki,
Kau masih membuta tuli.

Pagi,
Saat perut mu berkeroncong,
Kau bangun bak singa kelaparan.

Teman,
Mengertilah, aku juga begitu,
Kau jangan ikut cara ini.

Teman,
Manfaatkan pagi-pagi mu,
Jangan menyesal kelak hari.

Teman,
Pagi itu indah,
Nikmati keindahan itu jangan disiakan.

Tumbuh tiada berbuah.

Image
Kebelakangan ini 'post-post' saya banyak berkisar tentang lirik lagu, bukan lirik-lirik kosong yang cuba saya bawakan namun ia tersirat sedikit nilai untuk difahami. Sejak-sejak ini jugak, kerap bermain dibenak fikiran ''Adakah aku hasilkan tulisan, puisi yang syok sendiri ? ''

Kembali mengenal diri.
Kita sememangnya tak lari dari kesilapan membuat pilihan didalam hidup. Namun, ia tak bermakna kesilapan itu akan kita tanggung sampai keakhir hayat. Dihujung jalan pasti ada sinar kebahagiaan. Tak semua kesilapan berakhir dengan kesengsaraan. Hadapi dengan hati yang terbuka dan teruskan langkah.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kata-kata ini kerap kali kita dengar ketika ditimpa musibah. Hikmah ialah suatu perkara yang disebar kepada manusia mengikut zaman tanpa memandang agamanya. Ini menunjukkan bahawa, setiap manusia boleh merasai nikmat hikmah. Hikmah bukanlah barang yang dicicirkan umat islam, hikmah ialah sesuatu yang diberi dan perlu dicari. Didalam …

Percaya.

Image
Berlalu awan langit nan suram,
Membawaku cahaya baru,
Hari semalam ku lepaskan,
Esok hari bawa harapan,
Teruskan.

Biarpun jauh dari mata,
Takkan hilang di hati,
Terus gagah melangkah,
Pasti.

Hari hari yang ku lalui,
Pada Tuhan ku berdoa,
Waktu kan mengubati,
Pasti.

Hentikan semua air mata,
Tuhan sentiasa bersama,
Segalanya akan berlalu,
Pulang aku pasti padaMu,
Yang Satu.

Percayalah selamanya,
Aku takkan biar kau sendiri.

Faizal Tahir

Surat Untuk Sahabat.

Image
Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Semoga Sihat selalu. Tujuan surat ini ditulis untuk mengimbau kembali satu persatu memori dengan rakan-rakan sekalian. Sungguh ,saat ini aku rindu kalian, walaupun kita tidak berjauhan tapi aku rasa jauh. Kita tak seperti apa yang kita janjikan.
Gambar-gambar ini buat aku sebak. Kita ketawa gembira dalam musafir tapi bila realiti di Universiti, masing-masing ada hal sendiri, ada ego masing-masing, sibuk itu ini. Janji nak tolong menolong, bantu membantu hanya janji. Tak semua yang ditepati, tak semua melunaskan janji. Aku salah seorangnya. Melihat rakan-rakan sibuk berjuang, belajar, bersuka ria mendepani realiti di tempat belajar masing-masing, kadang-kadang ada yang hanyut dengan persekitaran. Ya, anda melihat ia hanya masalah biasa tapi tidak.
Parahnya Electro hidup keseorangan dalam kota metropolitan, begitu juga payah seorang insan berhempas pulas hidup dalam realiti yang bermacam bagai. Tiada apa yang aku ingin sorok. Bila aku lihat semula gamb…

Syukur.

Image
Lagu yang sangat klasik, zaman 90an gitu. Masa kecil-kecil, aku selalu didendangkan dengan lagu-lagu genre 'nasyid' , islamik kata orang. Namun sekarang, genre nasyid sudah sama taraf dengan genre yang lain-lain. Lagu nasyid berkonsepkan cintan-cintun mengalahkah lagu-lagu pop, balada malahan bollywood.
Jadi, setiap lagu ada mesej yang tersendiri. Terpulang kepada kita untuk memilih dan mencari mesej yang ingin disampaikan. Sekian, bersyukurlah !
P.s : Selamat pulang tapi baca ke tidak. haha.

SegalaNya MilikMu.

Image
Kau yang menciptakan cinta,
Dan Kau jua yang menghampar bahagia,
Di ribaanMu terhimpun harapan,
Impian tulus setiap insan.

Kau yang mengutuskan duka,
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa,
Namun padaMu jua diadukan,
Merabahkan keresahan dan tangisan.

Aku tahu inilah kasihMu,
Aku tahu inilah cintaMu,
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku,
Tak semuanya yang ku mahu.

Di celah hangat nafas yang terhela,
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu,
Terarah segala ronta dan rasa,
Pada damainya dakapanMu.

Dan ku tahu di segenap ruang rasaku,
Telah Kau titipkan kekuantan,
Oh Tuhan...

Sky Full of Stars.

Image
Cause you're a sky, cause you're a sky full of stars,
I'm gonna give you my heart,
Cause you're a sky, cause you're a sky full of stars,
Cause you light up the path.

I don't care, go on and tear me apart,
I don't care if you do,
Cause in a sky, cause in a sky full of stars,
I think I saw you.

Cause you're a sky, cause you're a sky full of stars,
I want to die in your arms, arms,
Cause you get lighter the more it gets dark,
I'm going to give you my heart.

And I don't care, go on and tear me apart,
And I don't care if you do,
Cause in a sky, cause in a sky full of stars,
I think I see you,
I think I see you.

Because you're a sky, you're a sky full of stars,
Such a Heavenly view,
You're such a Heavenly view.


***
Life won't be that easy. You have to face all difficult, To define what's meaning of happiness, Sometimes you fall and wake up by yourself.

It show how strong you're, Cry if you want and move on, Make your dream big as much as you can, …