Posts

Showing posts from 2015

Warkah buat mereka.

"Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa." Pemuda dan Gadis Tionghua, Usman Awang.

Sepanjang setahun, kita telah menghilangkan rasa curiga dan menjadikannya suatu rasa yang tak dapat digambarkan. Ia, rasa bukan sesuatu yang dapat digambarkan. Yang pasti ianya antara dua, buruk dan indah. Kami andaikan pertemuan kita telah mencetuskan suatu rasa yang indah.

Terima kasih tak terkata buat anda semua kerana sudi menyumbang tenaga, berkongsi idea, lalui suka dan duka bersama. Kami yakin hal-hal ini akan menjadi kenang-kenangan dalam hidup kita semua. Semoga secicip pengalaman ini dapat membantu kalian dalam mengharungi lautan kehidupan yang lebih luas. Teruskan berbakti dan sebarkan keindahan yang anda miliki supaya perkara ini dapat dirasai oleh semua ummat manusia. Sekian.

Coretan buat sebuah basikal

Seawal umur empat tahun saya sudah mempunyai sebuah basikal. Basikal beroda tiga di belakang. Jatuh bangun semasa belajar menaiki basikal adalah satu kenagan yang tak dapat dilupakan. Andai ada kenangan yang terlupa, luka parut akibat jatuh sentiasa meningatkan.

Sejak memasuki Sekolah Berasrama Penuh, basikal sudah menjadi perkara yang asing. Setelah memasuki Pusat Asasi di Nilai dan Petaling Jaya juga basikal dipandang sepi. Namun, tersorok dalam sudut hati bahawa “Aku ingin berbasikal lagi.”
Akhirnya mendapat peluang berbasikal semasa bercuti di Pulau Pinang. Perasaan teruja tidak dapat diselindung lagi. Dari petang sehingga malam, kami berkayuh tanpa henti. Hanya berhenti untuk makan dan solat. Perasaan puas jelas terserlah meskipun letih berkayuh seharian.
Saya lihat kembali lipatan kenangan, dengan berbasikal saya belajar bahawa jika kita jatuh tidak bermakna kita gagal. Seperti kata Zainuddin didalam ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’, “Jika kita jatuh, pilihlah untuk bangun dan ji…

Hujan yang membawa duka.

Melalui saat-saat sukar bersama rakan-rakan adalah pengalaman yang begitu berharga. Ia merupakan satu kurniaan yang tidak ternilai dari Yang Maha Esa. Saya tidak pernah meminta pengalaman sebegini terjadi. Namun, bila ianya telah ditakdirkan, tiada siapa yang dapat mengelak darinya. Tanggungjawab. Amanah yang perlu ditanggung dan dijawab suatu hari nanti.
Ketakutan yang saya alami hanya untuk beberapa peristiwa. Antaranya, pengucapan awam, ketika meraih undi dan pembentangan manifesto. Keberanian dan keyakinan sebelum ini hilang seperti buih-buih di lautan yang dilambung ombak. Saya tidak lagi senyum seperti sedia kala, senyuman yang dilemparkan hanya palsu belaka. Lidah inilah yang dulunya berkata “sebarkanlah cas-cas positif kepada semua orang.” Namun, sekarang saya terpaksa akur dengan virus negatif yang berjaya menguasai diri ini untuk seketika. Begitu hebat penangannya hingga tiada siapa yang dapat menjadi penawarnya melainkan diri kita sendiri. Jangan matikan diri anda dengan mud…

Ramadhan yang lalu

Suatu hari, di bulan Ramadan yang berkah, ditemani terik panas dan lapar dahaga, aku merancang untuk keluar berjalan dari kepompong Taman ilmu dan budi. Maka, destinasi yang dituju adalah Menara Berkembar Kuala Lumpur. Berbekalkan sedikit wang, aku mengemis kasih di kedai buku terkemuka, Kinokuniya. Perjalanan yang tidak dirancang, jarang mengecewakan kita. Seusai masuk, aku hanya berkeliaran di sudut bahan bacaan bahasa melayu. Rasis sungguh. Seolah-olah ada graviti yang menarik, mataku terpandang judul buku “Pekan-pekan kertas, John Green.” Buku yang telah diterjemahkan oleh Fixi. Ini merupakan buku kedua John Green yang diterjemahkan, sebelum ini mereka menterjemah buku “The fault in our star.” Boleh aku simpulkan, kedua-dua buku diterjemah dengan bersahaja kerana masih banyak dialog dan ayat yang diterjemah secara langsung tanpa mengira konteks ayat. Tanpa membuang masa, aku terus maengambil buku tersebut tanpa menyemak isi kandungannya. Buku kedua pula nampak lebih berat bukan ke…

Berkongsi bahagia.

Semalam tuhan menampakkan kasih sayangnya terhadap manusia. Mana tidaknya, sejak awal pagi lagi aku dikurniakan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Bermula dengan ‘tweet’ dari seorang kenalan perihal poskad, kemudian dihidangkan pula dengan kek dari teman ‘instagram’ dan mendapat hadiah ulangtahun berupa roti, kaya, sup cendawan, baju kemeja dan beberapa pesanan ringkas. Perkara ini kebanyakan kita hanya memandangnya sebagai sesuatu yang kecil. Namun, pepatah inggeris menyatakan “Sometimes the little things bring the great joy” yang bermaksud, ‘Kadang-kadang perkara yang kecil membawa keseronokkan yang luar biasa.’ Begitulah juga perasaan aku bila diamati setiap perkara yang berlaku. Kata orang, setiap perkara ada hikmahnya dan hikmah bagi setiap orang berbeza-beza.
Maka, bermulalah pengajian di semester yang baru. Awal-awal lagi aku disajikan dengan pelbagai program. Antaranya satu diskusi berkenaan pendidikan percuma. Namun, faktor masa dan tiada kenderaan membantutkan hasrat a…

Suatu malam yang indah.

Malam ini indah seperti biasa. Namun ianya diserikan lagi dengan rintik-rintik hujan yang turun memainkan lagu kedamaian. Biasanya, bunyi cengkerik yang akan menghiburkan aku sewaktu langit gelap tetapi tidak untuk hari ini. Ternyata hujan lebih menghiburkan dan mengasyikkan.
Seminggu yang lalu, sewaktu sibuk dengan semester pendek walaupun hanya mengambil dua subjek, bahasa melayu dan tilawah. Namun, disebabkan semester itu pendek tempoh pengajiannya menyebabkan segala perkara perlu dilakukan dengan pantas. Aku mengambil kelas bahasa melayu bersama Cikgu Bakri. Orangnya berkaca mata, kulitnya cerah dan pandai berseloroh. Boleh aku katakan bahawa pelajar kelas ini agak pasif termasuk aku tetapi cikgu tak pernah menghampakan kami dengan lawaknya yang bersahaja. Kelas aku bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 10 pagi bahkan ada masanya cikgu mengahbiskan awal kelas jika tiada yang bertanya. Selalunya begitu, tiada yang akan bertanya. Setelah habis kelas, aku akan terus pulang ke bili…

Dari Ayer Puteh ke Kuala Lumpur.

Image
Asssalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hujung minggu lepas, aku sempat pulang ke rumah kerana ingin berbuka puasa bersama keluarga. Walaupun aku pulang hanya seketika, namun ia cukup  untuk memberikan aku satu kenikmatan. Aku bertolak pulang dari Uia pada waktu tengah hari dan sampai pada waktu asar. Tugas menjadi pemandu akan beralih kepada aku apabila aku pulang ke rumah. Mencari baju raya, pergi ke pekan dan sebagainya.
Ayer Puteh-Parit Buntar
Sepatutnya aku pulang ke Uia menaiki kereta bersama seorang lagi rakan, Akmam dan isterinya tetapi atas sebab-sebab tertentu aku memilih untuk pulang sendiri. Jadi aku putuskan untuk menaiki bas lompat-lompat. Aku sepatutunya keluar rumah lebih awal tetapi disebabkan beberapa perkara, pada jam 12 tengah hari baru aku keluar dari rumah. Satu perkara yang mencabar dalam perjalanan ini ialah menunggu bas. Menunggu bas di bawah terik mentari selama setengah jam mungkin tidak cukup perik bagi kita. Namun, itulah yang aku harus lalui. Menunggu…

Catatan Ramadhan #2

Aku suka mengembara tapi aku jarang dapat lakukannya. Benarlah kata orang, "benda yang kita suka, tak semestinya kit dapat." Antara faktor yang yang menghalang minat aku adalah wang, masa dan hal-hal lain.Jadi, cara untuk memuaskan hati aku untuk mengembara adalah dengan melihat rakan-rakan atau orang lain mengembara dan membaca tulisan mereka tentang pengembaraan itu. Aku cukup teruja dengan mereka. Mengembara ke merata tempat, mengkaji masyarakat, melihat tinggalan sejarah, menikmati keindahan pantai dan sebagainya. Hasil tulisan mereka membuatkan aku begitu cemburu kerana mereka berpeluang melihat sendiri keindahan alam yang luas terbentang. Aku hanya mampu menatap gambar di Instagram, Facebook dan Twitter dengan harapan dapat menjejakkan kaki ke sana.Buat rakan-rakan, mengembaralah selagi ada kesempatan dan tulislah serta kongsikan pengalaman anda kepada semua."Buai daku dengan cerita-cerita indahmu kawan, agar aku bisa diulit mimpi indah kesana."

Catatan Ramadhan #1

14 Ramadhan 1436Hari ini media sosial kecoh memperkatakan tentang harga minyak yang naik lagi. Sebelum ini pula tersiar di akhbar-akhbar, kisah seorang anak kecil di pukul sehingga mengalami cacat kekal. Selain daripada itu, keadaan ekonomi Malaysia yang tidak stabil, berita negara Greece yang dikhabarkan Muflis dan pelbagai lagi hura-hara yang berlaku. Namun, disebalik hura-hara yang heboh diperkatakan. Masih ada di celah-celah kekalutan itu sinar kemanusiaan. Banyak inisiatif sendiri yang dilakukan oleh penduduk bumi khususnya rakyat Malaysia bagi membantu antara satu sama lain. Misalnya, memberi makan kepada gelandangan, memberi kurma dan bubur lambuk untuk berbuka, memberi pendidikan percuma kepada anak yatim dan pelbagai lagi. Saya percaya setiap orang ada keinginan untuk melakukan kebaikan dan saya juga percaya setiap orang akan gembira jika mereka berada di dalam lingkungan kebaikan itu. Satu perkara yang saya risaukan ialah sifat bersangka buruk terhadap orang lain. Jujur saya…

Aku ingin bersederhana.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semuanya sihat dan bahagia sentiasa.
Malam memang menenangkan. Kita menanti waktu malam untuk melepaskan lelah apabila penat seharian bekerja. Malam juga memberikan kita fokus untuk beribadah kepada pencipta. Malah malam adalah waktu yang sesuai untuk kita bermuhasabah. Pada waktu malam, ada nilai sentimental yang memberi kesan kepada jiwa-jiwa manusia.
Pada malam ini, hati terdetik untuk menulis sesuatu. “Aku ingin bersederhana.” Kisahnya bermula ketika hujan mulai reda dan senja menampakkan keindahannya.  Senja memang tak pernah mengecewakan dan senja sentiasa buatkan aku jatuh cinta. Aku terpegun sebentar dengan pesona dunia. Sungguh, peralihan waktu daripada siang kepada malam terdapat tanda-tanda kebesaran Tuhan Yang Esa. Tiada siapa dapat nafikannya. Malam ini jadi lebih indah apabila cuacanya sejuk dan mendamaikan kerana hujan turun pada waktu petang. Malam jadi lebih bermakna apabila aku sempat menghadiri forum membincangkan hal-hal ya…

Ahli Alkimia - Paulo Coelho.

Image
Ahli Alkimia
Semasa dalam perjalanan pulang ke Taman Ilmu dan Budi, kenderaan bergerak perlahan menuju ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Dalam kesesakan lalu lintas, sempat saya menghabiskan sebuah kisah yang padat dengan pengembaraan. Hasil karya Paulo Coelho, “The Alchemist”. Namun, buku yang saya miliki adalah hasil terjemahan ke dalam bahasa melayu.
Kisah seorang anak muda yang mempunyai impian yang besar, menjelajah hampir ke setiap pelusuk dunia untuk mencari ‘harta karun’ yang tersembunyi. Pengembaraan bersama jiwa dunia, cinta, mimpi dan kuasa hati berjaya membawa pembaca merasai pengalaman seorang budak yang asalnya penggembala kambing didalam pengembaraannya yang luar biasa.
Antara perkara yang paling saya ingati ialah berkaitan hati dan jiwa dunia. Keinginan hati mampu membuatkan melakukan pelbagai perkara, meskipun ianya mustahil. Apabila keinginan mengatasi segala perkara, ternyata ianya membantu kita untuk melakukan sesuatu perkara. Perihal jiwa dunia pula, saya petik s…

Suatu hari...

Image
Perjalanan ini kadangkala dipenuhi dengan pelbagai rintangan. Jarang pelangi hadir tanpa turunnya hujan, begitu juga dalam kehidupan, sudah menjadi asam garam dalam kehidupan itu sendiri merasai kesusahan.
 Hujung minggu ini saya disibukkan dengan aktiviti-aktiviti yang luar biasa bersama dengan teman-teman yang juga luar biasa, aktivitinya juga luar biasa bagi saya. Seawal jam tujuh pagi, kami berhimpun di hentian bas berhadapan bangunan Kulliyyah Pendidikan. Setelah bas datang, masing-masing menaiki bas dan bas meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan. Sepanjang perjalanan, tak banyak yang dapat saya bualkan kerana saya memilih untuk duduk seorang dan hanya menghiburkan diri dengan menikmati pemandangan di luar serta mendengar celotoh juru hebah radio. Kami singgah di Bentong untuk sarapan pagi. Nyaman suasana disitu, matahari masih di lindung kabus, mata air masih belum kering. Tak tumpah dengan suasana kampung saya.
Kami teruskan perjalanan. Perasaan mengantuk mulai datang. Mungki…

Penang : Perjalanan yang tertangguh.

Image
Bermulanya perjalanan ini dengan langkah yang pertama. Tanpa langkah yang pertama, masakan kita mampu bergerak kehadapan.Perjalanan bermula apabila kami menaiki kereta api yang membawa gerabak yang dipenuhi penumpang menuju ke utara tanah air. Saya amati wajah seorang demi seorang, ternyata riak wajah mereka seperti tidak sabar untuk menikmati percutian ini. Satu perkara yang saya nasihatkan sebelum kami menaiki kereta api adalah menyuruh mereka membawa baju sejuk kerana di dalam gerabak nanti, suhunya sangat sejuk. Semasa satu pertiga perjalanan, ketika mata masih segar dan malam masih muda, sempat kami borakan tentang rancangan kami sepanjang tiga hari dua malam di sana nanti. Hanya berbekalkan dua cawan milo panas, lawak jenaka Apek dan beberapa peta Pulau tersebut, perancangan siap didraf. Akhirnya kami memilih untuk tidur kerana malam sudah hampir kehujungnya sambil diselimuti angin yang dingin.
5.30 pagi...... Kereta api kami berhenti di Stesen Butterworth. Langit ketika ini masih…