Posts

Showing posts from July, 2014

Ramadan Si anak kecil.

Saya rasa masih belum terlewat untuk anak kecil ini menyanyikan lagu sambil mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan. Sekian.

Mengenal erti kawan.

Image
Kawan ?
Persoalan ini yang aku timbulkan sebelum dijawab oleh beberapa kenalan. Semoga kita menjadi seorang kawan.

Tatkala kita tiada teman, kita sering merasa kesunyian. Bila di kelilingi sahabat handai, ada perilaku sahabat yang mengguris hati. Jadi, apa sebenarnya erti kawan dan perlukah kita terlalu bersikap selektif dalam berkawan. Segala persoalan ini saya tidak dapat rungkaikan kerana kecetekan ilmu dan pengalaman. Namun, saya cuba berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang di kutip dalam hidup ini.

Dalam proses menuju zaman dewasa, kita semakin banyak mengharungi persimpangan-persimpangan yang memerlukan kita membuat pilihan. Ya, hidup ini berkisar tentang sebuah pilihan, kiri atau kanan, baik atau buruk. Terkadang kita silap dalam membuat pilihan tetapi perkara itulah yang mematangkan dalam kehidupan.

Kawan sememangnya suatu perkataan yang sinonim buat makhluk manusia. Jarang kita dapat dengar manusia tidak suka berkawan dan hidup sendirian. Saya adalah seseorang yang suka b…

Apakah itu makna kawan?

Suatu malam, saya cuba merungkaikan satu makna, kawan. Puas bermain dengan persoalan ini, saya cuba minta pendapat rakan-rakan lain. Jadi, ini adalah satu jawapan yang di respon.

Soalannya mudah, "Apakah itu makna kawan?"

Saya tertarik membahas tentang ini apabila saya mengenali perkataan "ukhuwwah islamiyyah". Saya terus mendalaminya. Tidak cukup dengan akujanji dan ikat tangan, tetapi perkataan ini mesti ada nilai maknanya yang tersendiri. Jadi, apakah maksud dan rasa sebenar persahabatan, ukhuwwah, atas nama Allah?

Saya suka dengan pendapat Ibnu Qayyim Al Jauziy dalam kitabnya Dzamm Al Hawa yang mengelaskan peringkat-peringkat perasaan, cinta, yang kosakatanya berbeza di dalam bahasa Arab. Tingkat cinta yang paling tertinggi ialah "Khullah". Apakah itu Khullah sehingga tingkatnya diletakkan sebagai yang tertinggi?

Sebelum Khullah, ada cinta yang difahami oleh manusia biasa. Iaitu "Mahabbah". Kata Imam Al-Hujwiri dalam kitabnya Kasyful Mahjub,…

Ramadan yang dulu

terkenang masa-masa dahulu...
Ramadan dahulu kala...

Sahur waktu yang paling kritikal. Nak bangun tu susah sungguh. Kalau dah bangun tu, usaha cari 'port' lain nak tidur, berkali-kali bangun dari tidur lepas tu tidur balik. Masa makan pun curi-curi juga tidur. Bila kena marah, mulalah terkebil-kebil. Apa yang buat aku bangun juga adalah, lepas sahur tidurlah balik. Haha.  Sementara nak tunggu subuh tu, sempat lagi tidur, kadang-kadang terlajak la juga. Bila tengok adik-adik aku buat balik benda yang sama, lawak pula rasa. Seharian berpuasa semestinya sesuatu yang meletihkan. Bila dah tak sahur, mulalah nak ponteng puasa. Alasan itu ini. bila dah berbuka, satu kegembiraan. Satu lagi bila terawih, bukan seronok terawih tapi seronok main. Aci ligan, polis and thieve, nyorok-nyorok, mercun dan segala bagai. Habis terawih, tadarus ramai-ramai.

Tapi itu semua dulu.

***


"Kalau la aku jadi kecik balik..."

"Kalau la aku jadi kecik balik..."

When we talk about 'kalau' my friend said that "Cakap pasal kalau ni, kerbau pun boleh panjat pokok." It's something ordinary. I would like to share some pharse from Tuesdays with morrie.

Oh if I were young again...You never hear people say, "I wish I were sixty-five."
You know what that reflects ?

Unsastisfied lives. Unfulfilled lives. Lives that have'nt found meaning.
Because if you've found meaning in your life, you don't want to go back.
You want to go foward. You want to see more, do more.

If you're always battling against getting older, you're always going to be unhappy, because it will happen anyhow.

Tak berani ke takut ?

Bagaimana melawan ketakutan ?
Takut tinggi ?
Takut ular ?
Takut apa lagi ?

When you fear something, you need to face it.
Apabila anda takut sesuatu, anda kena hadapinya.

Mungkin itu cara terbaik untuk menghadapinya, hadapi apa yang kita takutkan. Gunakan cara ini dijalan yang betul, kita takut mencuri,  lalu kita mencuri. Itu salah. Gunakan ke jalan yang benar~

Aku takut tinggi. Bukan takut apa pun, cuma gayat. Cuti yang lepas, aku berkunjung ke Pulau Langkawi dan menaiki kereta kabel. Peh, takut dia. Masa nak naik boleh buat-buat tenang, bila dah dekat atas, tak berani aku nak tengok bawah. Aku ingat dah dapat hilangkan rasa gayat, tapi baru-baru ni aku pergi taman tema air dekat Sungai Petani, The Carnival. Ada satu gelungsur ni, punya la tinggi, nak naik pun takut tapi sebab kawan-kawan ajak, kena naik juga,  nanti kata penakut pula. Naik-naik, waaahhhh ! Tak mau dah, cukup sekali. Sampai sekarang masih gayat. Hmm~

Memandu. Sejak dapat lesen, aku bawa kereta pergi ke masjid sahaja,…

Manis

"Kita sentiasa tercari rasa manis untuk jiwa kita kerana apa yang manis itu kanbuat kita bahagia. Tapi, kadang kala, kita terlupa - rasa manis itu sentiasa berbeza buat lidah sang perasa. Ada yang kecap kemanisan dari manisnya gula, ada yang kecap kemanisan dari manisnya senyuman, ada yang kecap kemanisan dari manisnya hati manusia."
(Sinopsis Teater Trata)

Holiday #3

Sincerity always wins heart.
After a heavy rain, i'm going outside and look at the sky. There was reddish and we call it 'Senja.' I'm usually writting something or updating blog at this time. Calm. Being alone at home and nothing to do make you appreciate your time for reading and writting.
Sincerity. Since, heard this word. I felt something wrong about my attitude. Sincere is something that cannot achieve easily. You cannot say that, every job you have done, I'm sincere. It is about our feeling and others. We will not feel burden to do the job or others feel pleasant to us. Now, I believe "Sincerity lays wins heart." Pray for me. Thanks !