Posts

Showing posts with the label Cerpen

Tentang hari yang akan selalu dikenang.

Image
Butir peluh jatuh satu-persatu. Detik jam bergerak laju dari biasaa. Di sekeliling banyak mata memerhati dengan perasaan yang pelbagai. Aku hanya tertunduk kaku. Kekok dengan persekitaran yang hingar. Peristiwa 7 tahun lalu mula bermain di pelupuk mata. Sewaktu matahari sepenggalah, hawa panas menghembus perlahan. Pokok beroleng-oleng melambai lemah. Aku duduk menghadap leteran ketua biro. Akibat terlalu bosan, habis rumput dicabut, tanah ditarah dan rakan sebelah dikutil. Bosan adalah musuh yang menggagalkan dalam senyap. Habis sahaja leteran, kami bergerak ke pelosok padang untuk tugasan lanjutan. Ketika bekerja jangan terlalu serius dan kuat mengarah-arah. Aku jadi muak dengan arahan yang bertimpa-timpa. Mujur sarapan pagi tadi menyelerakan dari leterannya. Dalam tak sedar, tugasan kami hampir selesai. Berjalan dari penjuru padang ke penjuru yang lain memakan masa yang panjang ketika matahari sudah terpacak di atas kepala. Di tengah padang, aku sempat berangan menjadi seoran...

Kereta Api Malam

Image
Kereta api kenangan. Sebatang demi sebatang rokok dihisap, kereta api ke Kuala Lumpur masih belum tiba. Puntung rokok belum lagi terpadam, dia sudah menyalakan rokok yang baru. Mahu menghalau nyamuk katanya. Sepatutnya mereka akan berlepas dari Parit Buntar jam 11.23 malam namun jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Stesen Parit Buntar terletak di pinggir bandar. Tempatnya jauh terperosok dari kesesakan bandar. Cahaya lampu nampak suram dari kejauhan. Dinding kayunya masih dikekalkan sejak zaman 80-an, walaupun kebanyakannya sudah mulai mereput. Bunyi cengkerik silih berganti dengan suara orang berbual di ruang menunggu. “Kata cepat dan tepat, ni dah dekat dua jam. Asap kereta api pun tak nampak lagi,” dengus seorang pak cik tua kepada anaknya. Idham tersenyum dari jauh. Dia sudah lali dengan situasi sebegini. Kalau kereta api pukul 9 pagi, pukul 9.30 pagi baru dia sampai di stesen. Itu pun kelibat kereta api belum kelihatan. Walaupun selalu lambat, dia tetap memilih kereta api ...

Aduhai duyungku, marni !

Image
Lokasi duyung ditemui. Hujan belum reda dari tengah hari tadi. Selain bunyi rintik hujan, lagu-lagu Bruno Mars turut ke udara dari komputer riba Imran. Dia ke dapur membancuh kopi segera kerana itu yang paling mudah dan mendamaikan. Matanya tidak berkelip melihat skrin komputer. Perlahan-lahan ditiupnya kopi yang dibancuh sebentar tadi. Soalan peperiksaan akhir tahun untuk darjah satu belum siap di draf. Tarikh tempoh untuk dia menghantar draf hampir tamat. Markah LINUS masih belum di masukkan ke pangkalan data. Dunia seolah-olah terasa sempit. Imran memerlukan percutian. Sudah lama dia tidak bercuti menenangkan fikiran, merehatkan badan. Dalam kepalanya terbayang beberapa tempat peranginan. Pantai yang bersih, pengunjung dari pelbagai negara, makanan-makanan yang menyelerakan dan pelbagai tarikan lain. Imran rasa dia sudah jumpa ubat kepada segala kekalutan dunia,  Pantai Mutiara. Petang itu juga dia mengemas pakaian dan beberapa alatan keperluan di masukkan ke dalam...

Lutfi dan Red Omnibus.

Image
Gambar diatas ialah van Volkswagen bukan Red Omnibus. Daripada jauh sudah kedengaran sayup-sayup suara azan. Lutfi mengalih kedudukan badannya. Selimut birunya ditarik sampai menutup kepala. Mak Salmah masak benar dengan perangai anaknya. Lagi nyaring azan dilaungkan, lagi liat anaknya hendak bangun. Anak tunggal Pak Selamat dan Mak Salmah ini kebiasaannya menolong ayahnya membuka kedai kopi, menjerang air panas, menyapu sampah di sekeliling kedai, menunggu lori ais datang, menggoreng telur mata dan mengangkat lauk-pauk yang dimasak emaknya ke kedai. Kedai Pak Selamat berseberangan dengan rumahnya sahaja. Kedai yang telah berusia 10 tahun itu hanya beratapkan zink-zink lama, dindingnya pula dari kayu yang sudah dimamah usia. Seawal subuh lagi akan ada penduduk kampung yang datang menghantar kuih untuk dijual di situ. Seusai solat subuh, maka berduyunlah datang jemaah masjid yang subuhnya hanya dua kerat. Roti canai, bihun goreng telur mata bergoyang, kuih-muih, dan lauk-pauk jadi ...

Kedai buku di pinggir kota.

Image
Cahaya menyusup di sebuah bangunan. “Su, saya rasa hubungan kita cukup sampai disini.” Hujan lebat di luar. Sekali-sekala kilat sabung-menyabung memancarkan cahaya putihnya. Iskandar masih duduk di kerusinya menghadap komputer riba sambil menyiapkan perenggan akhir cerpennya. Petang itu dirasakan begitu panjang. Kebiasaannya dia akan turun bermain bersama rakan-rakan atau berjoging mengelilingi kolejnya. Tidak hairanlah badannya seperti seorang ahli sukan. Bertubuh sasa, sedikit kumis dan sepasang mata yang redup. Selain bersukan, Iskandar juga seorang ulat buku dan sangat meminati tekstur teh tarik. Jadi, masa lapangnya akan dihabiskan bersama buku, secawan teh tarik dan menulis cerpen atau puisi. Dia kembali fokus menatap skrin komputer ribanya. Sisa-sisa cerpen itu perlu di noktahkan. Dalam fikirannya, Suraya perlu menerima balasan yang setimpal. *** Esak tangisnya jelas kedengaran. Begnya dicampak jauh. Habis terkeluar segala isinya. Suraya menyesal dengan perbuatanny...