Posts

Showing posts from November, 2015

Warkah buat mereka.

"Bukankah kecurigaan telah terbunuh ketika kita bersapa." Pemuda dan Gadis Tionghua, Usman Awang. Sepanjang setahun, kita telah menghilangkan rasa curiga dan menjadikannya suatu rasa yang tak dapat digambarkan. Ia, rasa bukan sesuatu yang dapat digambarkan. Yang pasti ianya antara dua, buruk dan indah. Kami andaikan pertemuan kita telah mencetuskan suatu rasa yang indah. Terima kasih tak terkata buat anda semua kerana sudi menyumbang tenaga, berkongsi idea, lalui suka dan duka bersama. Kami yakin hal-hal ini akan menjadi kenang-kenangan dalam hidup kita semua. Semoga secicip pengalaman ini dapat membantu kalian dalam mengharungi lautan kehidupan yang lebih luas. Teruskan berbakti dan sebarkan keindahan yang anda miliki supaya perkara ini dapat dirasai oleh semua ummat manusia. Sekian.