Posts

Showing posts from December, 2016

Soalan yang tergantung di langit malam

Kebanyakan dari kita tak pernah lepas dari terperangkap dengan soalan di lewat malam. Soalan-soalan ini hadir ketika bintang tidak lagi berkelip, kunang-kunang tidak lagi menyuluh lorong yang gelap, anak bulan belum lagi kelihatan dan disela waktu itu hadir pelbagai persoalan yang belum tentu ada jawapan. Ya, kadang-kadang setiap persoalan tidak ditemukan dengan jawapan dan mungkin kita temuinya di dalam persoalan yang lain. Hari ini langit malam seperti biasa. Bintang sebenarnya tak pernah berhenti berkelip, kunang-kunang tak pernah jemu menyuluh lorong yang gelap dan anak bulan muncul di sebalik kabur awan. Ketika inilah seribu macam persoalan hadir. Sewaktu mata sudah dikatup, dingin malam mula menyelimuti tubuh dan satu demi satu persoalan bermain-main di kotak fikiran. Akhirnya persoalan ini, hilang ditiup angin malam.