Posts

Showing posts from December, 2013

Rama-Rama

Image
Gambar disunting .  Seumpama rama-rama, Terbang bebas di udara tanpa ada halangan. Aman damai suka-suka, Riang ria tanpa ada rasa duka sengketa,  Rama-rama.  Ekspresi dirimu menawan hatiku, Ingin aku terbang bersamamu. Melihat kerenah melihat telatah,  Manusia yang sering terlaga.  Ekspidisi ini bagai tiada henti, Kan menjadi antologi diri. Terhentilah mimpi terhapuslah sepi,  Sanubari yang lebih berani.  Terminal yang pasti satu fitrah hati, Kerana yang sejati tiada kekal lagi. Terbanglah ke sini mencari abadi,  Terbanglah ke mari mencari hakiki.  Seumpama rama-rama, Melewati panorama yang penuh warna warni. Taman bunga taman damai,  Dengan aksi lincah berputik hidup yang harungi,  Rama-rama.

Aku menulis.

Ramli Sarip - Bukan kerna nama Jangan kau pandang bibir yang manis kerana dia bisa menghancurkan jangan kau pandang wajah yang indah kerana dia bisa meracunmu dengarlah hai teman dengarkan bersama aku menulis bukan kerna nama kerna sifat kasih pada sesama insan dan menyatakan kasih sayangmu kita sama semuanya sama apa yang ada hanyalah kehidupan Jangan kau dengar puisi dusta kerana dia bisa merosakkan jiwamu dengarkanlah puisi di pusaka yang telah turun temurun hari ini Jangan kau alas hatimu itu dengan secebis warna kehitaman dialah seperti anai-anai lambat laun hancurlah dirimu

Pagi.

Image
Dingin embun pagi, Syahdu awan kelabu, Disaat mentari tersenyum, Aku hanya terpaku, Tatkala embun menangis, aku turut menyeka air mata, Mungkin tuhan sedang berkata, hentikan air mata, Kerna Aku sentiasa ada, Menghempas pasrah menanti hikmah, Apakah mungkin adanya ruang, Harapan diimpi Redha ditelusuri, Mengharap kasih nan ilahi, Disini aku menanti titis syurgawi, Kerna aku yakin, Lautan kasih ilahi tiada bertepi.

Bumi Barakah

Image
Bayu angin menyambut ku datang, Sinar Dhuha menyapa gembira, Burung terbang dibumi berkat, Tasik terbentang luas mata memandang. Aku selami tasik nan luas, Menyelami diri sendiri yang tak pernah puas, Terkapai-kapai aku lemas, Jauh menyimpang dari landasan. Gerimis menitis seakan merintih, Puitisnya kasih tak pernah ditagih, Tinta menulis disemat kasih, Agar hati letih kembali pulih. Seakan ada kuasa ghaib yang menarik pandanganku, Melihat tak jemu-jemu ditemani pilu, Sejuknya mencengkam kalbu, Aku berbisik, itu semua kuasa-Mu. Andai bumi ini jejak pilihku, Dapat ku nikmati bait-bait kalam Ilahi, Tetapi semua menjadi memori, TakdirNya ku turuti, HikmahNya di nanti. Dibalik kabus ku temu pelangi, Walaupun kabur tetap ku susuri, Kisah ini satu memori, Darul Quran tersemat dihati. Fahmi kashfi. Hujan. 5:34PM. DQ

Pesanan dari Bangladesh.

Image
"Aku telah menjadi pelindung kalian. Jika kerajaan membunuhku tanpa keadilan, maka matiku itu syahid. Selepas kesyahidanku, Allah Maha Besar yang akan menjadi pelindung kalian. Dialah sebaik-baik Pelindung. Maka janganlah kalian khuatir. Aku memang tidak bersalah. Mereka hendak membunuhku kerana aku terlibat dengan gerakan Islam. Bukan semua orang bertuah untuk mati syahid. Sesiapa yang dikurniakan syahid oleh Allah, maka dia sememangnya orang yang bertuah. Jika aku menerima kesyahidan, maka inilah pencapaian yang terbaik dalam hidupku. Setiap titis darahku akan menambah kemaraan gerakan Islam dan menyebabkan kehancuran penindas. Aku tak risaukan diriku. Aku begitu prihatin dengan masa depan negara dan gerakan Islam. Setahu aku, aku tidak pernah buat salah.  Aku telah menginfakkan diriku sepenuhnya untuk gerakan Islam untuk menyelamatkan orang-orang Bangladesh. Aku tidak pernah tunduk pada ketidakadilan dan tidak akan sekali-kali di masa depan. Tak terlintas di fikira...

Mesej untuk Ummat Alam

Image
Seronok sangat bila bangun pagi macam ni (: Burung itu berkicau lagi Membelah hening terik pagi Aku sangka hidupnya indah sehari-hari Rupanya derita angkara manusiawi Pokok-pokok dijadikan sasaran Sungai-sungai jadi tempat buangan Udara tercemar dengan bunyi-bunyian Asap kenderaan diresap awan kolombus Masih ada burung yang berkicauan Sambut pagi dengan kedamaian Manusia berhati jiwa yang suci Berbahagialah alam dengan kedamaian. Fahmi Kashfi. 12:13PM. Alam.

Aku & Peribadi

Image
Di lorongan gelap itu kami telusuri, Berjalan dengan kaki sendiri, Perah keringat semai muafakat,  Sunyi gelap tak jatuh semangat,  Dataran Merdeka medan keramat,  Puisi dilontar hati bergetar,  Mencari peribadi yang penuh misteri,  Tiada peribadi sesal sendiri,  Ayuh tajdid hiasi Peribadi.  Fahmi Kashfi. 12:06PM. Sendiri. Turki nanti kami.

Aku.Tabung.Kembara.

Image
Assalamualaikum Menuai padi mengail ikan, Padi ditanak ikan dimakan, Yang jauh-jauh kita dekatkan, Yang rapat-rapat kita kekalkan. Dari Kokdiang singgah di Pekan, Datang bersama segunung harapan, Amalan menabung suatu kebajikan, Buat bekalan masa hadapan. Seringkali kita dengar kes-kes menabung tetapi tidak istiqamah  (berterusan). Salah siapakah ? Tabung Penabung Menabung Benda yang ditabung Ia bergantung kepada kemampuan dan kesedian seseorang untuk menabung. Tak ada tabung, macam mana nak menabung? Tak ada duit, tak boleh beli tabung. Bermula lah dengan sekecil-kecil usaha. Sepuluh sen, Lima puluh sen, Seringgit dan seterusnya. Kita nampak benda-benda macam begini sesuatu yang remeh. 'Alah, mak ayah kan ada. Mintak je la dekat diorang' 'PTPTN kan ado ?' 'Sheikh, kita nak selesai masalah ummat, tak dak masa nak menabung. Infaq,infaq !' So, what ? Salah ke nak bina kewangan sendiri, nak berdik...

Raikan Cinta.

M.Nasir - Raikan Cinta Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati Baru kupulang ke kampung sentosaku Baru tercapai segala maksudku Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua... Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ? Ke sana ke sini lari-lari kecil Bagai Siti Hajar mencari air Terpancur sinar di kering pasir Bekas hentakan kudus kaki Ismail Mari mawarku raikan cinta Tanpa cintaNya kita tiada Mawar cinta mawarku abadi Cinta pemilik segala Jadi.

Kami Mimpi Pelangi

Image
Nidji - Laskar  Pelangi Mimpi adalah kunci untuk kita menakhlukkan dunia berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya laskar pelangi tak kan terikat waktu bebaskan mimpimu di angkasa warnai bintang di jiwa menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga bersyukurlah pada Yang Kuasa cinta kita di dunia selamanya… cinta kepada hidup memberikan senyuman abadi walau hidup kadang tak adil tapi cinta lengkapi kita laskar pelangi tak kan terikat waktu jangan berhenti mewarnai jutaan mimpi di bumi menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga bersyukurlah pada Yang Kuasa cinta kita di dunia menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga bersyukurlah pada Yang Kuasa cinta kita di dunia selamanya selamanya TFTN. Kami ada Mimpi. Laskar Pelangi.

Uda Dan Dara

UDA DAN DARA Uda dan Dara Bertemu wajah rasa  Burung-burung menyanyikannya  Gunung-gunung sungai sawah padi melindungi  Melindungi kasih sayang agung dan murni.  Uda dan Dara Bersumpah keramat cinta  Kering lautan runtuh langit  Terbelah gunung gugur matahari  Berdua bersama berdua sehidup semati.  Uda dan Dara Bersanding tak berpelamin  Berijabkabul malam bening  Pohon-pohon mewali laut malam saksi  Malam bersatu kiamatlah alam dua hati.  USMAN AWANG