Catatan Ramadhan #2
Aku suka mengembara tapi aku jarang dapat lakukannya. Benarlah kata orang, "benda yang kita suka, tak semestinya kit dapat." Antara faktor yang yang menghalang minat aku adalah wang, masa dan hal-hal lain. Jadi, cara untuk memuaskan hati aku untuk mengembara adalah dengan melihat rakan-rakan atau orang lain mengembara dan membaca tulisan mereka tentang pengembaraan itu. Aku cukup teruja dengan mereka. Mengembara ke merata tempat, mengkaji masyarakat, melihat tinggalan sejarah, menikmati keindahan pantai dan sebagainya. Hasil tulisan mereka membuatkan aku begitu cemburu kerana mereka berpeluang melihat sendiri keindahan alam yang luas terbentang. Aku hanya mampu menatap gambar di Instagram, Facebook dan Twitter dengan harapan dapat menjejakkan kaki ke sana. Buat rakan-rakan, mengembaralah selagi ada kesempatan dan tulislah serta kongsikan pengalaman anda kepada semua. "Buai daku dengan cerita-cerita indahmu kawan, agar aku bisa diulit mimpi indah kesana."