Catatan Ramadhan #1
14 Ramadhan 1436
Hari ini media sosial kecoh memperkatakan tentang harga minyak yang naik lagi. Sebelum ini pula tersiar di akhbar-akhbar, kisah seorang anak kecil di pukul sehingga mengalami cacat kekal. Selain daripada itu, keadaan ekonomi Malaysia yang tidak stabil, berita negara Greece yang dikhabarkan Muflis dan pelbagai lagi hura-hara yang berlaku.
Namun, disebalik hura-hara yang heboh diperkatakan. Masih ada di celah-celah kekalutan itu sinar kemanusiaan. Banyak inisiatif sendiri yang dilakukan oleh penduduk bumi khususnya rakyat Malaysia bagi membantu antara satu sama lain. Misalnya, memberi makan kepada gelandangan, memberi kurma dan bubur lambuk untuk berbuka, memberi pendidikan percuma kepada anak yatim dan pelbagai lagi.
Saya percaya setiap orang ada keinginan untuk melakukan kebaikan dan saya juga percaya setiap orang akan gembira jika mereka berada di dalam lingkungan kebaikan itu. Satu perkara yang saya risaukan ialah sifat bersangka buruk terhadap orang lain. Jujur saya katakan, saya juga sering bersangka buruk bila melihat ada peminta sedekah datang kepada saya meminta duit. "Entah, entah dia ni sendiket minta sedekah." Ya, kita harus berwaspada. Namun, jika sangkaan kita salah.
Sangka buruk juga boleh membawa kepada permusuhan. Bila kita lihat rakan kita bermasam muka, bila ditegur dia tidak menyapa semula. Kita mula bersangka buruk. Walhal rakan kita mungkin ada sebabnya tersendiri. Hal yang sama terjadi kepada saya apabila ada seorang warga asing memanggil saya menumpang keretanya untuk pulang ke Universiti ketika menunggu bas di stesyen LRT. Ketika dia memanggil saya, pelbagai sangkaan buruk yang bermain di fikiran. "Dia nak culik aku ka, nak rompak aku ka." Namun sangkaan saya ternyata meleset.
Kita terlalu cepat menghukum sesuatu dan sering bersangka buruk terhadap orang lain. Saya menyeru agar kita semua bersama mencipta lingkungan kebaikan dan luaskan lingkungan kebaikan kita kepada orang lain. Sekian.
Comments
Post a Comment