Posts

Showing posts from 2018

Tentang hari yang akan selalu dikenang.

Image
Butir peluh jatuh satu-persatu. Detik jam bergerak laju dari biasaa. Di sekeliling banyak mata memerhati dengan perasaan yang pelbagai. Aku hanya tertunduk kaku. Kekok dengan persekitaran yang hingar. Peristiwa 7 tahun lalu mula bermain di pelupuk mata. Sewaktu matahari sepenggalah, hawa panas menghembus perlahan. Pokok beroleng-oleng melambai lemah. Aku duduk menghadap leteran ketua biro. Akibat terlalu bosan, habis rumput dicabut, tanah ditarah dan rakan sebelah dikutil. Bosan adalah musuh yang menggagalkan dalam senyap. Habis sahaja leteran, kami bergerak ke pelosok padang untuk tugasan lanjutan. Ketika bekerja jangan terlalu serius dan kuat mengarah-arah. Aku jadi muak dengan arahan yang bertimpa-timpa. Mujur sarapan pagi tadi menyelerakan dari leterannya. Dalam tak sedar, tugasan kami hampir selesai. Berjalan dari penjuru padang ke penjuru yang lain memakan masa yang panjang ketika matahari sudah terpacak di atas kepala. Di tengah padang, aku sempat berangan menjadi seoran...