2020 dan perkataan yang terbang.
Sewaktu tulisan ini ditulis, Aufa sudah menjengah usia 8 bulan 11 hari. Sepanjang lapan bulan itulah Abah tidak menulis apa-apa. Lebih teruk Abah juga tidak menghabiskan sebarang bahan bacaan. Ada 4 buku yang dibaca tetapi kesemuanya separuh jalan. Hangat-hangat tahi ayam kata pepatah melayu. Membaca bukan bertujuan mahu menunjuk tetapi sebagai manusia kita perlu ilmu supaya tidak diperbodohkan orang lain. Ingat Aufa! biar miskin harta, jangan miskin ilmu. Melihat Aufa membesar dihadapan Abah adalah sesuatu yang berharga. Abah sendiri melihat Aufa keluar, tersenyum, menangis, mengiring, ketawa,meniarap, merangkak dan sekarang duduk tanpa sokongan. Ada masa Aufa bermain sendiri, menangis kerana lambat disusukan, dikacau sewaktu tidur dan lain-lain lagi. Masa terasa cepat berlalu. Meskipun Abah bukan ayah yang terbaik. Namun, pengalaman ini adalah guru buat diri kita. Aufa, kutiplah pengajaran hidup dari orang disekeliling kita bukan hanya berfikir tentang diri sendiri sahaj...