2020 dan perkataan yang terbang.
Sewaktu tulisan
ini ditulis, Aufa sudah menjengah usia 8 bulan 11 hari. Sepanjang lapan bulan
itulah Abah tidak menulis apa-apa. Lebih teruk Abah juga tidak menghabiskan
sebarang bahan bacaan. Ada 4 buku yang dibaca tetapi kesemuanya separuh jalan.
Hangat-hangat tahi ayam kata pepatah melayu. Membaca bukan bertujuan mahu
menunjuk tetapi sebagai manusia kita perlu ilmu supaya tidak diperbodohkan
orang lain. Ingat Aufa! biar miskin harta, jangan miskin ilmu.
Melihat Aufa
membesar dihadapan Abah adalah sesuatu yang berharga. Abah sendiri melihat Aufa
keluar, tersenyum, menangis, mengiring, ketawa,meniarap, merangkak dan sekarang duduk tanpa sokongan. Ada masa Aufa bermain sendiri, menangis kerana lambat disusukan, dikacau sewaktu tidur dan lain-lain lagi. Masa terasa cepat berlalu. Meskipun
Abah bukan ayah yang terbaik. Namun, pengalaman ini adalah guru buat diri kita. Aufa, kutiplah pengajaran hidup dari orang disekeliling kita bukan hanya berfikir tentang diri sendiri sahaja.
Semoga ada lagi tulisan-tulisan pendek di masa hadapan. Untuk umi yang tak pernah jemu memberi senyum setiap kali pulang bekerja, terima kasih sayang!
Comments
Post a Comment