Monday, March 31, 2014

Aku Dan Saya.


Aku Dan Saya.

Aku ditemani bulan malam, dibawah kerlip bintang.
Berjalan tanpa henti hingga sesat dibumi sendiri,
Aku tenungi awan sambil bicara sendiri,

'Anda tak akan berjalan sendirian'
'You Never Walk Alone‘

Nafas aku hela panjang.
Senyum seorang kepada semua orang.
Aku lihat diri sendiri melalui semua orang.
Aku sedar, tahu dan mahu. Aku yakin 'Everything will be okay'.


***

P.S : Aku teringin sangat 'puasa' dari media sosial. Bakal aku cuba. Jaga-jaga media sosial !

Saturday, March 15, 2014

Bukan syair aku.



Bukan Syair Aku.


Malam mungkin lebih sunyi
Tanpa bulan dan bintang yang menghiasi
Kasih mungkin tak berbelah bagi
Di hati dalam diri sentiasa memenuhi
Sesekali luasnya langit hitam diperhati 
Tanpa senyuman yang mengiringi 
Bahkan tangisan yang melimpahi 
Tuhan bukan sengaja gelap di malam terang di hari
Kerana biar malam yang menjadi saksi 
Hilangnya kegelapan dalam mengoreksi diri 
Saat cahaya mula bersinar di ufuk pagi.

***

Wednesday, March 12, 2014

Pagi ini.

"Dari dengar lagu, ce hafal quran"


Acap, seronok sangat ke lagu 'Jamal' hang tu?
Pergh ! hang tak pernah test, mana hang nak tau.
hmm, bak sebelah earphone.

***

Ecah, hang dengar ayat Quran tiap-tiap masa tak bosan ka?
lol. hang tak pernah try, jangan dok macam-macam sangat.
Erk, okay. Pinjam Beats.

***

Manusia punya sejuta cita rasa untuk dipenuhi, punya seribu keinginan untuk direalisasikan,
tapi...
kita terkadang lupa.
kita selalu mendamba, mengadu, meminta kepada Yang Maha ESA
tanpa hirau apa sebenarnya tugas kita. Semua mahu ikut hati sendiri.
Ingat ! Berbakti selagi ada masa, berbudi setiap masa, memberi kepada siapa sahaja.

F.K

Sunday, March 09, 2014

Semalam.


Semalam.

Hari ini aku kembara setengah masa.
Pagi di kuliah, petang di bangunan, senja di kota, malam masih melata.
Aku terawan-awan di langit metropolitan. Bangunan tinggi buat aku rendah diri. Bahagia seketika bila manusia berjiwa dengan jiwa manusia merata di mana-mana.

'' Apek, letih la. Mana kerusi ? Aku nak duduk kejap.''
'' Alah duduk je la bersila kat mana-mana,''  mengomel Abe.

Minda kita dikawal. Kita telah disistemkan. Kenapa kita perlu mencari kerusi untuk duduk, walhal kita boleh memilih untuk duduk dimana-mana sahaja hatta di atas lantai. Ayuh rakan-rakan ! Lari dari kongkongan. Bertindak atas pilihan sendiri bukan mengikut kalangan majoriti.
Penat. Letih.
Kisah manusia semua berbeza, berbeda. Dia bahagia cara dia, aku derita cara aku. Mereka definisikan penat, letih itu hanya ilusi, mainan perasaan. Rehat itu realiti. Mengapa perlu rehat, jika tiada penat dan letih. 

***

Saat malam mencapai matangnya, kami pulang tapi ramai manusia mula tunjuk belang. Katanya malam masih muda, hidup hanya seketika. Berkumpul, menyanyi, berpeleseran, berpelukan dan berbagai-bagai. 
Ah ! Pedulikan semua itu. Kami tuju daerah intelektual dengan 'ular besi' yang sarat kekenyangan. Selamat malam Si bintang.

F.K #PrayforMH370

Blossom in beauty but be more than beauty,
With heart Happy Womens Day.

Saturday, March 08, 2014

Fatwa Pujangga.

Fatwa Pujangga


T’lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga.

Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cintamu setia.

Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak ku alamatkan.

Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Bang/Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua.

(Klik disini untuk lagu penuh.)

Friday, March 07, 2014

Kawan


Kawan
Aku terfikir
Apa benar aku seorang Kawan

Andai ada perihal aku yang salah
Pimpin daku bukan diherdik

Andai ada bicaraku yang menguris
Luah pada aku bukan dipendam

Andai kehadiran aku mengundang tidak selesa
Santuni aku bukan pergi tanpa bicara

Kawan
Andai kebaikan itu tinggi harganya
Kebaikan itu tak perlu dicanang

Tulislah kebaikan diatas batu
Supaya engkau ingat selalu

Andai keburukan itu hina sifatnya
Kebaikan itu tak perlu diheboh

Tulislah keburukan dipesisir pantai
Supaya ombak dapat menghapus jejaknya.

Jejak kaki dibumi nyata,
Selami hati santuni semua,
Kita manusia hidup bersama,
Sebarkan cinta hidupkan jiwa.

F.K

Sunday, March 02, 2014

Courage, Dear heart !


I had a wonderful weekend.
A though one.
Hope a love.

Friday, a blessing day.
I start my day with a cup of milk.
Walk along a road with sunshine.
 Back to the room when moon appeared.
I saw the star, the lovely one.

Saturday, a happening day.
I felt every single droplet of coffee.
A windy day and happy day.
Nationalist.
I hope it will come true.

Sunday, it is today.
BIS, Starbuck, Dapur Jalanan.
Walk non-stop.
I'll never walk alone.
Creator of the sky always be there.

F.K

Saturday, March 01, 2014

#TFTN2tahun


Sesampai aku di Rumah Kasih Keramat, rutin mengajar seperti biasa. Tiara, Atifah, Assyikin dan Fatihah duduk menghadap kakak dan abang yang berjiwa biasa-biasa dalam merealisasikan mimpi yang luar biasa. Mereka ada mimpi untuk dikecapi.

Sedang aku mengajar Tiara, datang Siddiq tidur dipangkuan aku. Panas badannya. Tiara separuh berbisik kepada aku, Dia demam. Aku meminta bantuan Hafiz untuk menidurkan Siddiq. Siddiq merengek, menangis. Datang Ustazah Hidayah, lalu aku bertanya, dah lama ke Siddiq demam. Ustazah Hidayah menjawab, '' Dia demam dari semalam lagi, pagi-pagi okay je main-main. Bila orang ramai datang, mulalah dia nak merengek,menangis.''

Perhatian. Itu yang kanak-kanak ini perlukan. Mereka kekurangan kasih sayang disaat mereka masih belum mengenal erti hidup yang sebenar. Senyum, ketawa mereka mampu menghilangkan penat lelah bekerja. Sedih, sayu mereka sangat memberi kesan kepada jiwa-jiwa. Anak-anak ini perlu diberi perhatian. Bukan sekadar perhatian malah lebih dari itu, iaitu Kasih sayang.

Semaikan kasih sayang anda kepada mereka yang mengimpikan.
Berikan perhatian anda kepada insan yang memerlukan.
Kami percaya setiap insan mempunyai potensi jika diberi peluang.

#TFTN2tahun