Berkongsi bahagia.
Semalam tuhan menampakkan kasih sayangnya terhadap manusia. Mana tidaknya, sejak awal pagi lagi aku dikurniakan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Bermula dengan ‘tweet’ dari seorang kenalan perihal poskad, kemudian dihidangkan pula dengan kek dari teman ‘instagram’ dan mendapat hadiah ulangtahun berupa roti, kaya, sup cendawan, baju kemeja dan beberapa pesanan ringkas. Perkara ini kebanyakan kita hanya memandangnya sebagai sesuatu yang kecil. Namun, pepatah inggeris menyatakan “Sometimes the little things bring the great joy” yang bermaksud, ‘Kadang-kadang perkara yang kecil membawa keseronokkan yang luar biasa.’ Begitulah juga perasaan aku bila diamati setiap perkara yang berlaku. Kata orang, setiap perkara ada hikmahnya dan hikmah bagi setiap orang berbeza-beza. Maka, bermulalah pengajian di semester yang baru. Awal-awal lagi aku disajikan dengan pelbagai program. Antaranya satu diskusi berkenaan pendidikan percuma. Namun, faktor masa dan tiada kenderaan membantutkan h...