Posts

Showing posts from April, 2020

Satu Ramadan, Di Tepi Sungai Dajlah.

Image
Satu Ramadan berlalu dan kita perlu syukur walaupun menjalani Perintah Kawalan, kita masih sempat merasai nikmat dalam bulan Ramadan. Syukur seterusnya saya panjatkan kerana dapat menghabiskan sebuah lagi buku yang bertajuk Di Tepi Sungai Dajlah karya Hamka. Buku ini menceritakan tentang pengalaman beliau ke Kota Baghdad, Iraq. Selain itu, buku ini juga menyelitkan sejarah munculnya Mazhab Syiah, kejatuhan Kota Baghdad di tangan Tentera Mongol dan Tartar dan banyak lagi kisah menarik. Sudahnya, saya mengelamun. Seperti selesai bacaan novel 1515, saya teringin ke Kota Melaka. Berdiri di atas runtuhan tembok Melaka. Menyusuri Sungai Melaka dan membayangkan kapal-kapal besar yang singgah di pelabuhan. Tidak dilupakan pengalaman membaca buku Segelas ‘Asir di Muara Nil, sudahnya hati terpaut mahu merasai sendiri keindahan Mesir yang digambarkan. Begitu juga dengan pengembaraan ini, saya teringin benar menyusuri sungai Dajlah. Mengunjungi muzium sejarah yang menempatkan b...

Pengalaman bercerita.

Image
Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang pengalaman menulis dan membaca. Hari ini saya akan kongsikan tentang pengalaman bercerita. Saya mungkin seorang pencerita yang gagal. Namun, menjadi seorang guru membuatkan kita tidak dapat lari dari teknik penceritaan. Maka telah berlaku satu peristiwa pada 17 tahun dahulu, semasa saya darjah 4. Rambut berkilat, disikat tepi rapat. Mujur tidak kancing baju sampai ke atas. Saya dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita kisah-kisah Nabi. Saya masih ingat ceritanya tentang Nabi Saleh dan kaum Tsamud. Jadi saya berhempas-pulas menghafal teks yang diberi. Ayat Al-Quran, syair, hadis, nasyid semua diselit bagi membuatkan penceritaan nampak menarik. Sambil menghafal, sambil mengapung-apungkan tangan ke udara dengan bergaya di hadapan cermin tandas. Begitulah saya, sering berangan-angan untuk menjadi hebat di depan cermin. Tandas sekolah saya bersebelahan dengan stor sukan yang diduduki oleh seorang jurulatih bola yang ga...