Satu Ramadan, Di Tepi Sungai Dajlah.
Satu Ramadan
berlalu dan kita perlu syukur walaupun menjalani Perintah Kawalan, kita masih sempat
merasai nikmat dalam bulan Ramadan.
Syukur seterusnya
saya panjatkan kerana dapat menghabiskan sebuah lagi buku yang bertajuk Di Tepi
Sungai Dajlah karya Hamka. Buku ini menceritakan tentang pengalaman beliau ke
Kota Baghdad, Iraq. Selain itu, buku ini juga menyelitkan sejarah munculnya Mazhab
Syiah, kejatuhan Kota Baghdad di tangan Tentera Mongol dan Tartar dan banyak
lagi kisah menarik.
Sudahnya, saya mengelamun.
Seperti selesai bacaan novel 1515, saya teringin ke Kota Melaka. Berdiri di atas
runtuhan tembok Melaka. Menyusuri Sungai Melaka dan membayangkan kapal-kapal
besar yang singgah di pelabuhan. Tidak dilupakan pengalaman membaca buku
Segelas ‘Asir di Muara Nil, sudahnya hati terpaut mahu merasai sendiri
keindahan Mesir yang digambarkan.
Begitu juga
dengan pengembaraan ini, saya teringin benar menyusuri sungai Dajlah. Mengunjungi
muzium sejarah yang menempatkan barang kuno dari kerajaan Babylonia dan
Hammurabi. Mungkin lebih asyik menikmati syair penyair tempatan di pinggir
Sungai Dajlah.
Semoga impian ini
tercapai.
Comments
Post a Comment