Tak berani ke takut ?

Bagaimana melawan ketakutan ?
Takut tinggi ?
Takut ular ?
Takut apa lagi ?

When you fear something, you need to face it.
Apabila anda takut sesuatu, anda kena hadapinya.

Mungkin itu cara terbaik untuk menghadapinya, hadapi apa yang kita takutkan. Gunakan cara ini dijalan yang betul, kita takut mencuri,  lalu kita mencuri. Itu salah. Gunakan ke jalan yang benar~

Aku takut tinggi. Bukan takut apa pun, cuma gayat. Cuti yang lepas, aku berkunjung ke Pulau Langkawi dan menaiki kereta kabel. Peh, takut dia. Masa nak naik boleh buat-buat tenang, bila dah dekat atas, tak berani aku nak tengok bawah. Aku ingat dah dapat hilangkan rasa gayat, tapi baru-baru ni aku pergi taman tema air dekat Sungai Petani, The Carnival. Ada satu gelungsur ni, punya la tinggi, nak naik pun takut tapi sebab kawan-kawan ajak, kena naik juga,  nanti kata penakut pula. Naik-naik, waaahhhh ! Tak mau dah, cukup sekali. Sampai sekarang masih gayat. Hmm~

Memandu. Sejak dapat lesen, aku bawa kereta pergi ke masjid sahaja, itu dekat. Tak tahu kenapa tak berani. Pelik. Oh, aku ingat. Pernah sekali, bawa kereta dari Rawang ke Petaling Jaya, pertama kli. Setiap kali nak masuk simpang, kena hon. Nak tukar lorong, kena hon. Sampai kereta belakang kena brek mengejut. Naifnya aku. Mungkin sebab tu tak berani nak drive ke mana-mana. Sampai satu hari, aku kena drive dari Shah Alam ke Keramat. Konon nak jadi hero. Itu jadi titik tolak perubahan. Dah la tak tahu jalan, tak pernah drive dekat bandar sibuk, hujan pula time  tu. Mencabar benar, nasib ada 'kekuatan'. Itu pun langgar juga side-mirror orang masa dekat tol. Lepas tu, dah biasa dah. Terima kasih kepada peluang, saya percaya jika kita bagi peluang, dia akan tunjuk keupayaannya.

Jadi, percaya pada diri, Anda mampu mengatasi. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.