Ramadan yang dulu

terkenang masa-masa dahulu...
Ramadan dahulu kala...

Sahur waktu yang paling kritikal. Nak bangun tu susah sungguh. Kalau dah bangun tu, usaha cari 'port' lain nak tidur, berkali-kali bangun dari tidur lepas tu tidur balik. Masa makan pun curi-curi juga tidur. Bila kena marah, mulalah terkebil-kebil. Apa yang buat aku bangun juga adalah, lepas sahur tidurlah balik. Haha.  Sementara nak tunggu subuh tu, sempat lagi tidur, kadang-kadang terlajak la juga. Bila tengok adik-adik aku buat balik benda yang sama, lawak pula rasa. Seharian berpuasa semestinya sesuatu yang meletihkan. Bila dah tak sahur, mulalah nak ponteng puasa. Alasan itu ini. bila dah berbuka, satu kegembiraan. Satu lagi bila terawih, bukan seronok terawih tapi seronok main. Aci ligan, polis and thieve, nyorok-nyorok, mercun dan segala bagai. Habis terawih, tadarus ramai-ramai.

Tapi itu semua dulu.

***


Comments