Mengenal erti kawan.


Kawan ?
Persoalan ini yang aku timbulkan sebelum dijawab oleh beberapa kenalan. Semoga kita menjadi seorang kawan.

Tatkala kita tiada teman, kita sering merasa kesunyian. Bila di kelilingi sahabat handai, ada perilaku sahabat yang mengguris hati. Jadi, apa sebenarnya erti kawan dan perlukah kita terlalu bersikap selektif dalam berkawan. Segala persoalan ini saya tidak dapat rungkaikan kerana kecetekan ilmu dan pengalaman. Namun, saya cuba berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang di kutip dalam hidup ini.

Dalam proses menuju zaman dewasa, kita semakin banyak mengharungi persimpangan-persimpangan yang memerlukan kita membuat pilihan. Ya, hidup ini berkisar tentang sebuah pilihan, kiri atau kanan, baik atau buruk. Terkadang kita silap dalam membuat pilihan tetapi perkara itulah yang mematangkan dalam kehidupan.

Kawan sememangnya suatu perkataan yang sinonim buat makhluk manusia. Jarang kita dapat dengar manusia tidak suka berkawan dan hidup sendirian. Saya adalah seseorang yang suka berkawan. Namun, saya sering gagal untuk menjaga hati dan perasaan mereka. Orang lain akan melayani kita sebagaimana layanan kita terhadap mereka. Jika baik perilaku kita, baiklah yang dibalasnya tetapi jika buruk layanan kita, bersiap-sedialah untuk menghadapi layanan yang sama.

Saya masih lagi mencari erti sebenar seorang kawan, mungkin kerana saya tidak pandai menghargai insan-insan di sekeliling. Jadi, sehingga kini saya masih buntu dalam memaknakan kawan dan menjadi seorang kawan yang sebenar-benar kawan kepada orang lain. Proses belajar dan mengenal sememangnya pahit dan banyak likunya tetapi saya memilih jalan ini supaya suatu hari nanti saya benar-benar tahu dan menghargai nilai seorang kawan.

Comments

Popular Posts