Posts

Showing posts from September, 2014

Suatu petang.

Suatu petang yang seketika hanya. Petang yang indah, jadi saya rakamkan ia di lembaran ini. Terima kasih !

Pembaca buku tidak berjiwa buku.

Image
Suatu petang, sengaja saya timbulkan satu perbualan bersama emak. "Mak, kami bajet nak baca seminggu satu buku." Emak saya dengan selambanya membalas, "Ikut hang lah. baca banyak-banyak tapi kena beramal banyak-banyak juga lah." Ini adalah salah sebuah kisah di petang hari bersama keluarga tercinta sewaktu cuti dahulu. kisahnya agak sekejap tetapi ianya membuatkan saya teringat-ingat pesanan emak. Ya, dalam proses membaca tidak semestinya kita terus menerus berubah mengikut acuan dan isi buku tersebut. Kita memerlukan ruang dan waktu untuk menganalisa segala isinya. Kemudian barulah jadikan ianya suatu idea yang perlu di terima atau tidak. Apa yang membuatkan saya sedikit terkesan dengan ayat emak ialah "beramal."  *** Pernah suatu ketika sedang Amin bermain, tiba-tiba dia bertindak terlalu mengikut emosi. Rakannya di bentas dengan keras, di tolak hingga jatuh. Sudahlah membuat onar, tidak meminta maaf pula. Perbuatan ini telah mencermin...

Lembaran baru.

Image
Tasik Serdang, Kedah. Setiap hari adalah hari yang baru. Setiap detik ada sahaja perkara baru yang berlaku. Saya telah melalui hari-hari yang sukar dan hari-hari yang indah. Ramai insan yang telah membantu untuk mencorak warna-warna dalam kehidupan saya. Mereka saya gelarkan 'kawan'. Kawan. Rakan. Kenalan. Sahabat. Namakan apa sahaja. Mereka inilah yang memercik warna pada kanvas hidupku. Memancar ceria di kala muram.

Hati umpama cahaya bulan.

Image
Terang, gelap dan samar. Hati ini umpama cahaya bulan. Ia akan memancar pada kelakuan dan sikap kita. Jadi sekiranya hati kita gelap dan samar, ia juga akan dapat dilihat pada sikap kita. Mudahnya, hati kita ini, boleh samar, boleh gelap dan jga boleh terang. Tetpi, samar, gelap dan terangnya bulan bukan kerana cahayana sendiri. Tetapi cahaya daripada matahari. Hati kita juga begitu, samar, gelap dan terangnya hati kita bukan kerana hati itu sendiri tetapi akibat daripada apa yang kita niatkan. Niat itu yang memancarkan cahaya kepada hati, ia juga memberikan gelap dan samar. Jadi, berhati-hati dengan apa yang kamu niatkan. "Di mana terangnya bulan - Baharuddin Bekri"

Kisah burung.

Image
Bukan burung merpati. "Pada zaman dahulu, ada seekor burung merpati yang tinggal di bumbung rumah seorang kaya. Burung merpati itu tinggal sendiri di rumah orang kaya itu. Setiap hari ia terbang mencari rezeki. Anak orang kaya itu sering memerhatikan burung merpati itu setiap hari, dari jendela biliknya. Namun pada suatu hari, anak orang kaya itu tidak lagi melihat burung merpati itu. Anak orang kaya itu naik ke bumbung rumah itu dan dia melihat sesuatu yang membuatkannya menahan nafas. Burung merpati itu tetap ada di situ, cuma tidak terbang selalu kerana sedang mengeram telur di sarangnya." Pengajaran Bukan semua benda hilang di sebabkan tragedi. Terkadang ia hilang kerana bagi membina kehidupan yang baru. Hidup kita juga begitu, jangan hilang kerana tragedi, tetapi hilanglah kerana mahu memulakann sesuatu yang baru." (Dipetik dari novel - Di mana terangnya bulan)

Jiwa baru.

Image
Salam sejahtera. Bermulanya satu pengembaraan dengan langkah pertama. Tidak logik jika dikatakan suatu pengembaraan bermula di pertengahan jalan, pasti ada permulannya. Semester baru bakal bermula. Setiap universiti sibuk dengan pelbagai program menyambut pelajar baru. Sebilangan mahasiswa pulang awal ke kampus bagi membantu persiapan pihak universiti menyambut kedatangan pelajar baru. Tahniah kalian ! Semestinya setiap permulaan sesuatu perkara pasti di mulakan dengan segunung harapan dan pelbagai azam. Azam tidak mahu tidur selepas subuh, mahu bersungguh dalam pelajaran, menumpukan perhatian terhadap persatuan, diet dan pelbagai lagi. Ya, setiap kali semester baru, tahun baru mesti perkara jni yang akan kita lalui. Pastikan setiap azam di sertakan dengan usaha. Jadi, doakan saya selamat bersama azam-azam yang di angankan. Jiwa manusia suatu perkara yang sukar dirungkai. Sejujurnya, saya masih belum mampu mengawal jiwa dan perasaan. Marah tidak kena tempatnya, ketawa se...