Pembaca buku tidak berjiwa buku.



Suatu petang, sengaja saya timbulkan satu perbualan bersama emak. "Mak, kami bajet nak baca seminggu satu buku." Emak saya dengan selambanya membalas, "Ikut hang lah. baca banyak-banyak tapi kena beramal banyak-banyak juga lah."

Ini adalah salah sebuah kisah di petang hari bersama keluarga tercinta sewaktu cuti dahulu. kisahnya agak sekejap tetapi ianya membuatkan saya teringat-ingat pesanan emak. Ya, dalam proses membaca tidak semestinya kita terus menerus berubah mengikut acuan dan isi buku tersebut. Kita memerlukan ruang dan waktu untuk menganalisa segala isinya. Kemudian barulah jadikan ianya suatu idea yang perlu di terima atau tidak. Apa yang membuatkan saya sedikit terkesan dengan ayat emak ialah "beramal." 

***

Pernah suatu ketika sedang Amin bermain, tiba-tiba dia bertindak terlalu mengikut emosi. Rakannya di bentas dengan keras, di tolak hingga jatuh. Sudahlah membuat onar, tidak meminta maaf pula. Perbuatan ini telah mencerminkan akhlak yang buruk, walhal Amin adalah seorang ulat buku. Orang yang membaca mesti mempunyai suatu acuan akhlak yang baik. Rakan-rakannya berpendapat, buku-buku yang di bacanya masih tidak dapat mengubah akhlak seseorang.

***

Seorang pembaca buku tetapi tidak berjiwa buku. Saya berpendapat sesorang yang membaca pelbagai genre buku seharusnya mempunyai sifat yang sensitif terhadap sekeliling. Maksud akhlak mengikut Kamus Pelajar ialah tingkah laku atau kelakuan yang baik. Antara perkara yang perlu dititik beratkan ialah berkaitan akhlak. Jadilah seorang sensitif terhadap akhlak, sentiasa mengambil kira kesan kepada sesuatu perbuatan.

***

Sempat saya luangkan hujung minggu saya bersama program Menalar Makna Diri bersama Ustaz Hasrizal. Antara nasihat beliau ialah "Bila kita membaca buku, tak perlulah nak tubuhkan sebuah kumpulan khas bagi golongan pembaca buku. Bacalah seperti biasa, ajaklah semua orang membaca."
Sekian. Selamat melukis.

Comments