Kisah burung.

Bukan burung merpati.

"Pada zaman dahulu, ada seekor burung merpati yang tinggal di bumbung rumah seorang kaya. Burung merpati itu tinggal sendiri di rumah orang kaya itu. Setiap hari ia terbang mencari rezeki. Anak orang kaya itu sering memerhatikan burung merpati itu setiap hari, dari jendela biliknya. Namun pada suatu hari, anak orang kaya itu tidak lagi melihat burung merpati itu. Anak orang kaya itu naik ke bumbung rumah itu dan dia melihat sesuatu yang membuatkannya menahan nafas. Burung merpati itu tetap ada di situ, cuma tidak terbang selalu kerana sedang mengeram telur di sarangnya."

Pengajaran

Bukan semua benda hilang di sebabkan tragedi. Terkadang ia hilang kerana bagi membina kehidupan yang baru. Hidup kita juga begitu, jangan hilang kerana tragedi, tetapi hilanglah kerana mahu memulakann sesuatu yang baru."

(Dipetik dari novel - Di mana terangnya bulan)

Comments

Popular posts from this blog

Pencarian hati !

One Big Family :)

The journey.